15 Fakta Menarik Tentang Kucing
Assalamualaikum..
Kepada yang suka kucing, hari ni Cik Nor kongsikan 15 fakta menarik tentang kucing yang korang tidak ketahui.
- Kucing boleh mengesan gempa bumi. Secara logik, ianya juga boleh masuk akal. Tetapi dari segi teori, ia masih belum dipastikan kesahihannya. Menurut sumber Reader’s Digest, tapak kaki kucing mampu mengesan gempa bumi yang bakal berlaku. Tapak kaki kucing adalah satu bahagian tubuhnya yang sensitif dan peka pada gegaran bumi.
- Kucing boleh menelan dan mencerna makanan tanpa perlu mengunyah.
- Kucing juga bermimpi. Secara azalinya kita tahu bahawa kucing suka terlena walaupun sekejap. Namun apabila si kucing tidur nyenyak, ia juga menghasilkan gelombang deria dalam otak mereka sama seperti ketika manusia sedang tidur.
- Kucing tidak memahami sebab mereka dihukum jika melakukan kesalahan. Mereka harus dipuji dan diberi ganjaran untuk tingkah laku yang diingini sebaliknya.
Baca juga : Bila Anak Kucing Dicuri Orang
- Kucing menghidu hidung masing-masing kala bertemu. Ianya salah satu cara mereka mengenali dengan lebih mendalam antara satu sama lain. Namun, tidak semua kucing akan melakukan perkara ini. Hanya kucing yang sudah mengenali antara satu sama lain yang berani untuk berbuat demikian. Ianya membantu mereka untuk mengenal pasti kenalannya serta mengetahui personaliti kucing tersebut lebih mendalam.
- Saintis masih tidak dapat mengenal pasti apakah punca kucing ‘purring’.
- Kucing akan menghasilkan ‘purring’ ketika menghela nafas dan juga menghembus karbon dioksida.
- Kucing muda mempunyai nada ‘purring’ secara monoton berbanding kucing yang sudah lanjut usia.
- Mereka masih mengekalkan kadar vokal anak kucing untuk berkomunikasi dengan tuannya.
- Sama seperti anjing, kucing juga boleh jatuh sakit atau mati jika memakan coklat.
- Kucing akan memejam atau mengedip matanya jika secara tidak sengaja dia mempunyai hubungan mata dengan manusia. Jika anda cuba untuk menjinakkan seekor kucing liar, cuba kedip mata anda dan pandang ke arah lain kala merenung matanya.
Baca ini : Kecik Dalam Kenangan
- Berikan kucing daging mentah setiap hari demi memastikan gusi dan giginya sentiasa sihat dan kuat.
- Kucing boleh menerima haba atau kepanasan dengan baik kerana secara azalinya keturunan kucing dahulu kala adalah binatang yang menetap di gurun.
- Nadi kucing berdegup sekitar 160-240 denyutan seminit. Ianya bergantung pada umur kucing. Semakin lanjut usia kucing, semakin lambat kadar nadinya.
- Kucing juga berpeluh seperti manusia. Tetapi tidak pada bulu atau kulitnya. Sebaliknya mereka berpeluh melalui tapak kakinya. Jika anda merasakan lembapan pada sekitar tapak kaki kucing, berikan mereka sedikit rendaman pada air agar si comel boleh kekal hidrat.
Sumber : SINI
Baru tahu kucing x boleh makan coklat rupanya .hehe
ReplyDeleteRabia suka sgt main kucing
ReplyDeletekucing kuat tido. purata diorg tido 19 jam sehari....
ReplyDeleteBanyak kelebihannya kucing ini..
ReplyDeleteKucing saya Dia suka melepak, masa tengok tv, baring Dan sebagainya, tapi yang tabiat Dia tak boleh tinggal, badan Dia Sandra Kat badan macam Dia mengimpit.
ReplyDelete