Breaking News

I Can See Your Voice Malaysia - Minggu 1


Assalamualaikum..

Hari ni 16/02/2020 bermulanya I Can See Your Voice Malaysia musim ke 3.  Yang musim 1 Cik Nor tak layan sangat sebab tak tahu apa sebenarnya program macam ni. Bila tengok musim ke 2 macam syok la pulak. haha. Musim ke 2 Cik Nor tengok sampai last episod. Gigihkan Cik Nor?haha

Program ni mencari yang mana penyamar dan yang mana penyanyi sebenar. Seorang penyanyi akan dijemput setiap minggu untuk memilih mana yang menyamar dan mana yang sebenar. Minggu pertama musim ke 3, penyanyi jemputan adalah Sham Visa. Di akhir rancangan sekiranya penyanyi jemputan tepat memilih penyanyi sebenar, calon yang terpilih akan terus dapat membuat single kalau tak salah Cik Nor. Tapi seperti biasa dari musim pertama hingga musim ke 3 diakhir rancangan calon yang salah dipilih oleh artis jemputan a.k.a penyamar akan membawa pulang wang tunai RM3,000.00 tunai.
Untuk musim ke 3 juri-juri tetapnya ialah Mark Adam, Jihan Muse dan Yusry KRU. Seelan Paul tak ada untuk musim ke 3 ini. Pada minggu 1 juri jemputan ialah Mira Filzah dan Ropie.


Rancangan lain Cik nor suka tonton Liga Lawak Superstar Akhir

4 comments:

  1. tak suka season 3 sebab dah tak ada VT padahal VT tu yang kelakar. Dah takde segmen juri dengar suara sebenar. Dah macam teka personaliti dah. Bosan!

    ReplyDelete
  2. eh eh hari ahad tu kan...lupa nak tengok..nanti nak tengok balik kat youtube...

    ReplyDelete
  3. musim 1 & 2 pun sy tgk gitu2 je hehehe

    ReplyDelete
  4. Dulu tak suka sgt tgk ICSYVM ni..Lepas tertengok hat lama2 punya, eh best jugak. tapi musim baru ni tak ada yang segmen dengar suara sebenar..

    ReplyDelete