Bila Pergi Kenduri Waktu Cuti Umum
Assalamualaikum..
Minggu cuti sempena tahun baru Cina korang pergi mana? Cuti panjangkan? Tak kan tak pergi mana kot. Hehe. Hari jumaat mula-mula cuti dok melanguk kat rumah jer. Pagi-pagi tu ok la. Bila dah tengahari, tiba-tiba kepala berdenyut dan pening. Tak tahu kenapa, mungkin perut dah masuk angin sebab lewat makan. Huhu. Lupanya peistiwa hari jumaat tu, kita proceed ke hari sabtu yang penuh dengan peristiwa.
Gambar pelamin kat atas tu, tempat kenduri no. 1 kami pergi pada hari sabtu. Kami pergi awal sikit sebab nak pergi 2 lagi tempat kenduri selepas tu. Pelamin tu kemas lagi sebab penganti lelaki tak sampai lagi. Sempat la ambik gambar pelamin. Kami dok kat tempat kenduri tu dalam setengah jam macam tu jer. Keluar dari tempat kenduri tu tengok jalan smooth jer. Rupanya sekejap sahaja smooth nya. Nak sampai ke traffic light punya lah lama. Mesti korang tertanya-tanya, dari mana nak ke mana. Dari Tanah Merah ke Machang jer sebenarnya.hehe
Dah la masa tu pukul 1.00 petang, bahangnya bukan main lagi. 2 jam jugalah menunggu untuk lepas traffic light. Pukul 4.00 petang sampai rumah. Nasib sempat solat zohor. Oleh kerana perancangan dah jadi lain macam, kami tukar perancangan. Lepas solat asar pula kami ke tempat kenduri ke 2 dan ke 3. Tak kisah la makanan ada lagi ke tak, yang penting tunjuk muka. Hehe.
Lebih kurang pukul 6.00 petang kami sampai ke tempat kenduri no. 2. Tak lama kami kat situ, sebab ada satu lagi tempat kenduri nak dituju. Agak rushing jugak la sebab mengejar masa yang dah hampir magrib. 6.30 petang kami ke rumah no.3. Nasib la jarak rumah kenduri no.2 dan no.3 tak jauh sangat. Korang jangan tak tahu, tiga-tiga tempat kenduri tu Cik Nor bantai makan nasi. Kalau Cik Nor gemuk jangan salahkan Cik Nor yer. Kihkih.
Tak pernah rasa sepenat ini pergi kenduri. Nasib la hari ahad tu cuti lagi. Boleh la rehat puas-puas. Kalau tak cuti memang mc dah hari ahad tu.hihi. Dah macam cuti raya kat Kelantan walaupun Cuti Tahun Baru Cina jer. Setiap tempat jalan jem. Paling kesian polis traffik yang sentiasa bekerja walaupun orang lain seronok bercuti. Terima kasih polis traffik.
sakan no.. hehehee..best tu kan. Kalo ina g makan kenduri byk tempat.yG pertama akan mkn nasi,tempat kedua akan makanan bubur2 kalo ada lah.. pastu kalo ada kenduri lagi..ratah ayam aje
ReplyDeleteKalau Kelantan memang camtu asal cuti. Tak kira cuti apa, umum ke apa ke warganya tetap mau pulang. Pendek kata cuti dan jem memang dah sinonim sangat dalam Kelantan ni hehe
ReplyDeleteTapi bagus la ciknor semua boleh bantai nasi tu kalau ciktie aihhh xlarat dah arr
Biasa la Cik Nor...kalau cuti mmg ramai la org ambil peluang nak buat kenduri..kalau Kelantan & cuti umum..x jammed mmg x dah..haha
ReplyDeletehahaha
ReplyDeletebiasalah tu
memang ramai lah jawabnya
hehehe
Musim orang berkenduri je ye.. memang keletihan lah.. hehehehe
ReplyDeleteseronoknya dpt g kenduri... kita xde jemputan pun... kekeke
ReplyDeleteSeronok g kenduri kawin kan
ReplyDeletewah meriah makan lauk kenduri tu
ReplyDeletewaaaa.. mmg bnyk tempat.. hehe
ReplyDeleteJemput singgah tgk entry terkini k.. :)
1. Senarai Pengomen Tegar FEB 2018
2. Misteri Jenazah
3. Budak berpakaian seragam sekolah merokok
4. Tukar Nama Link Blog [25 FEB 2018]
tercari2 sy pic pengantin😊
ReplyDeleteTime cuti panjang macam tu memang ramai yang buat kenduri... tapi yang tak tahan tu sesak semua tempat ramai orang.. huhuh
ReplyDeletewaa..sampai 3 kenduri yea dalam satu hari..nama pun musim cutikan
ReplyDeletetime cuti memang bersusun kenduri. jimat xyah masak ahahah.. last month ade 4kawan kawen hari yg sama. jenuhla..
ReplyDelete3 rumah tu.. puas makan nasi.. hehe
ReplyDeleteCantik pelamin kat atas tu, Zumal pun asalkan cuti je dapat la makan kenduri. Save bajet. Hehehe...
ReplyDeleteTak pe de....bantai makan pun tetap kurus dan cun.... bantai ajelah cik nor sementara boleh makan ni....Sok sok dah sakit tengk org makan je lagi sakit hati
ReplyDeletekat melaka pun jem jugak, cik nor.
ReplyDeletehmmmmm penuh dgn org luar dtg holiday.
aida pun ada wedding kena gi jugak. sib baik dedekat aje.
kalau merentas daerah tu hu hu hu bercinta gak nak gi!