Breaking News

Tourism Malaysia - Media & Industry Appreaciation Dinner 2019

Assalamualaikum..

Ini lah kali pertama sejak memegang tittle blogger, Cik Nor mendapat jemputan dari Tourism Malaysia ke Program Lawatan Media dan Malam Penghargaan Media pada 13-15 Disember 2019. Masa terima jemputan macam-macam perasaan datang, ada rasa nak pergi, ada rasa nak tolak pun ada. Almaklumlah Cik Nor ni menulis blog jer, jarang nak interframe sangat kat umum. Bila tanya pendapat family, diaorang bagi green light. Cik Nor apa lagi on jer la.


Cik Nor dan geng media Kelantan bertolak seawal pukul 2.00 pagi dari Kota Bharu, Kelantan dengan menaiki bas yang telah disewa khas oleh Tourism Malaysia. Tentang pengangkutan tu Cik Nor review kemudian yer. Kami terpaksa bertolak awal kerana bas ini akan berhenti di 2 buah negeri lagi iaitu Terengganu dan Pahang. Agak mencabar jugaklah perjalanan kami yang dari Kelantan ni kerana memakan masa lebih kurang 14 jam untuk tiba di Kuala Lumpur.


Sepatutnya pukul 5.00 petang kami dah bergerak ke Seputih Glass House tapi kerana kelewatan sampai di hotel perjalanan kali ke Seputeh Glass House terpaksa ditunda ke pukul 5.30 petang bagi memberi peluang untuk kami bersiap. Alhamdulillah..kami sampai di Seputeh Glass House lebih kurang pukul 7.00 malam. Punya lah haru, kad nama Cik Nor terlupa nak bawak. Maka terlepaslah nak menang cabutan bertuah malam tu. Ber huhu lah Cik Nor dalam hati..hehe


Majlis makan malam ini di adakan bagi menghargai jasa media dan industri pelancongan yang banyak menyokong dalam mempromosikan Malaysia di mata dunia sepanjang tahun 2019. Lebih kurang 350 tetamu yang di jemput untuk menghadiri majlis penghargaan ini. Antara yang hadir ke majlis ini ialah blogger, editor, wartawan, editor kandungan media sosial, pengusaha hotel dan semua yang terlibat dengan industri pelancongan.


Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Dato Musa Yusof bersama dengan YB Tuan Muhammad Baktiar Wan Chik iaitu Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Budaya.

Pada majlis tersebut beliau berharap semua pengamal media akan terus menyebar luas liputan dan publisiti yang positif mengenai Malaysia dalam pelbagai platform media. Bagi para penggiat industri, semoga usaha anda berterusan dan dilipatgandakan dalam melonjakkan kualiti perkhidmatan dan pembangunan produk pelancongan.



Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada wakil-wakil Kerajaan Negeri atas sokongan bagi menjayakan kempen promosi pelancongan domestik mahupun antarabangsa di peringkat negeri. 


Majlis ini dihoskan oleh pelakon dan pengacara terkenal tanah air iaitu Fahrin Ahmad. Pelbagai selingan menarik disedaikan sepanjang majlis berlangsung. Antaranya nyanyian, silap mata dan cabutan bertuah (yang haru sangat sebab Cik Nor tak bawa kad nama..huwaa)


Tema makan malam kami pada malam itu ialah blue and white. Gelabah biawak weh cari baju tema tu. Udah la Cik Nor ni jarang hadiri majlis rasmi, nasib baik jumpa dress up untuk malam tu. Paling best dinner pada malam tu Cik Nor dapat berjumpa dengan kawan-kawan blogger yang dikenali didunia maya sahaja. Masing-masing teruja sangat bila dah jumpa ramai-ramai macam ni. Wakil dari Pantai Timur lebih kurang 20 orang berkumpul untuk sama-sama memeriahkan Malam Penghargaan ini.


Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Budaya, mengalu-alukan kehadiran semua penggiat industri pelancongan dan rakan-rakan media cetak mahupun digital ke majlis ini. Saya difahamkan terdapat sekitar 160 pengamal media dari seluruh Malaysia yang bersama kita pada malam ini. Kehadiran anda menunjukkan tanda sokongan padu yang amat kami perlukan bagi merancakkan lagi industri pelancongan negara, lebih-lebih lagi dalam perjalanan menuju ke Tahun Melawat Malaysia 2020




Terima kasih tidak terhingga kepada Tourism Malaysia Wilayah Timur kerana sudi menjemput Cik Nor untuk sama-sama hadir ke majlis berprestij ini dan sama-sama bergandingan bahu dengan pengamal media lain untuk mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020 dan Tahun Melawat Kelantan 2020.


Kenangan dan penghargaan paling indah yang tak mungkin dilupakan sepanjang bergelar blogger. Terima kasih Tourism Malaysia.

3 comments:

  1. tahniah cik nor. bukan senang dpt invitation macamni. memang berbaloi cik nor terima. seronok tu. sis jeles. hehe.

    ReplyDelete
  2. wow! seronoknya kak nor dapat invitation dan join travel media macam ni. Tahniah Kak Nor!

    ReplyDelete