Breaking News

Resepi Keria Gula Melaka Versi Cik Nor

Sumber gambar dari pakcik google

Assalamualaikum..

Malam tadi Cik Nor terlebih rajin, tiba-tiba terasa nak buat kuih keria gula melaka. Buka apa, ada ubi keledek yang mak dah rebus lebihan dia buat kuih Chek Mek Molek elok jer dok dalam peti. Tunggu dia buat kuih tu balik tak tahu bila la. Mintak izin dari dia nak guna ubi keledek tu. Dia bagi kebenaran, apa lagi yabedabeduuu..haha. Jadi tak jadi jangan cerita, janji buat dulu..haha

Jom kita tengok apa resepi nya.

Resepi Keria Gula Melaka

Bahan-bahan doh Keria :


  • 1/2kg ubi keledek warna oren 
  • 1  cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan repung pulut
  • 2 sudu kecil garam
  • sedikit minyak masak



Bahan-bahan untuk salutan gula/sira:
  • 1 ketul gula melaka
  • 1 sudu besar gula putih
  • 1/2 cawan air

Cara-cara menyediakannya :


Cara-cara untuk kuih keria

       1. Rebus ubi hingga empuk dan toskan airnya. Apabila ubi sudah sejuk, lenyekkan ubi sehingga             hancur.
           2.  Kemudian tambah tepung gandum dan tepung pulut sedikit demi sedikit hingga doh kurang                melekat. Masukkan sedikit minyak masak supaya doh senang dibentuk.
             3. Leperkan bebola doh dan buat lubang di tengah. (lebih kurang macam nak buat donut)

             4. Ulang proses sehingga habis dan goreng di dalam minyak panas sehingga keperangan.

             5 .Kacau atau gaul kuih keria yang digoreng tadi dalam gula pekat yang sedang mendidih                         sehingga sekata

        Cara membuat salutan gula melaka/sira

              1. Tumbuk halus gula dan masak di dalam kuali sehingga mendidih dan pekat.(gula melaka tu                 kalau malas nak tumbuk boleh jer biar dia hancur sendiri semasa proses mengcairkan gula                   melaka dan gula putih.

              2. Biarkan dia sampai pekat dan berbuih barulah dimasukkan kuih keria yang telah siap digoreng             tadi.

        Selamat mencuba

        21 comments:

        1. rajinnya dia time hujan2 begini ya

          ReplyDelete
        2. nak gi makan kuih keria di umah cik nor la...kalu ada teh O lagi sedap!

          ReplyDelete
        3. habis makan ke tidak kuih kerian ni..hehehe

          ReplyDelete
        4. habis ke dok? pos la ko humaira etek hahahha

          ReplyDelete
        5. Hebat dan rajin Kak Nor. Meh la sikit nak rasa :)

          ReplyDelete
        6. Hahah buat terliur btoi lahhh .. Nak try lah nanti seba nmpk mcm senang heee

          ReplyDelete
        7. petang2 ni rasa macam mau makan kuih pulak lepas bc entri ni hehe

          ReplyDelete
        8. Alahai sedapnya keria gula Melaka

          ReplyDelete
        9. Rajinnya masak.. Saya suka beli aje, kalau nak makan sendiri. Nanti buat banyak, termakan banyak juga! 😌

          ReplyDelete
        10. pernah buat sekali je dl. Pastu dah tak buat lagi, takde orang nak makan kuih keria.Huhuhu.. kalo dekat, nak gak tumpang makan umah ciknor

          ReplyDelete
        11. Ohh tepung pulut kena letak jugak ehh.... ingat tepung gandum je. Tepung pulut tu untuk apa ye Cik Nor?
          Ni faveret anak bujang akak ni....Sedapnya tengok keria cik nor ni

          ReplyDelete
          Replies
          1. tepung pulut untuk lembutkan adunan tu kak..:)

            Delete
        12. Rajinnya cik nor nanti boleh try buat ikut resspi ni hihihi

          ReplyDelete
        13. Sedapnya makan keria..laparla pulak rasanya..

          ReplyDelete