Breaking News

Bila Internet Ko Slow Macam Siput

Assalamualaikum..

Rasanya dah 2 3 hari kot Cik Nor tak updates blog. Bukan malas ataupun apa, sebenar line internet kat rumah Cik Nor tak berapa nak bagi kerjasama. Jeles la tu kita layan facebook ngan blog sokmo. hihi. Jenuh weh cari tempat yang ada connection kuat. Connection kena kuat sebab Cik Nor kena buat hotspot nak guna laptop. Korang jangan tak tahu, tepi tingkap, tepi pintu, atas katil, atas meja solek semua Cik Nor letak phone. Alih-alih..korang tahu kat mana ada connection kuat???

Hahaha..sebelum tu Cik Nor gelak dulu la. Connection paling kuat ialah tepi dinding sebelah laptop tempat Cik Nor buat kerja ni jer. Tak perlu susah-susah nak letak tempat yang tinggi ko. Tak boleh nak salahkan phone jugak sebab sekarang kat Kelantan musim hujan. Kalau dah tiba musim hujan coverage tak berapa nak ok sangat. Kadang-kadang dok luar rumah pun tak dapat line 4G ko. Apa nak dikata. hehe

Korang yang mana rindu komen-komen ciput Cik Nor tu, tunggu yer. Bila-bila masa jer Cik Nor akan terjah blog korang. Hehe. korang jangan delete pulak komen ciput Cik Nor tu jer. Mana tahu bila Cik Nor bersara lepas ni korang akan rindu.haha. Perahsantan sekali sekala tak per kan?

Oklah malasa nak merapu. Stop kat sini dulu. InsyaAllah..entry baru akan ada cerita menarik bukan merapu lagi..hehe

13 comments:

  1. hahahah terima kasih cik nor hiburkan kita pukul 1.15 pagi ni...aahahha

    ReplyDelete
  2. Hehehe... Patutlah dah lama tak nampak Cik Nor..

    ReplyDelete
  3. tmpt xdisangka tu la rupanya line tenet kuat..
    haha..

    sni pon line xbpe cantik.. line kat tmpt keje pon xok..
    jap ada jap ilang..
    sabo jela dh masuk musim ujan ni..

    ReplyDelete
  4. okey, kita tunggu next entry yg menarik tu. hehe. besa lah cik nor, kwsn kg line telefon mmg out sikit. kat kampung saya, DIGI langsung out of service dalam rumah. kalau nak juga berFB ke apa, kena duk luar rumah. ate jenuh weiii..

    ReplyDelete
  5. X musim hujan slow gak ni hahaha..

    ReplyDelete
  6. sama menyiput jugek nih!! ke kiter berjiran?haha

    ReplyDelete
  7. kala mcm siput nak update pun jadi mls kan huhuhu

    ReplyDelete
  8. Abe kie dok dkt pekan tanah merah ni line 4G ok belako. Tp bila balik ke kg di Machang n Pasir Mas cuma line Maxis je yg ada. Heran gak sbb kg2 tu cuma 4km dari pekan. Geram tul!

    ReplyDelete
  9. Bila internet slow ni ..tergendala kerja2 kan

    ReplyDelete
  10. aduh..kesian dgr nasib cik nor ni

    ReplyDelete
  11. jemput ye komen entri terbaru aida.
    entri throwback jer byk ha ha ah :)

    ReplyDelete