Breaking News

Drama Hilang Yang Kembali


Assalamualaikum... 

Sememangnya Cik Nor ni kaki drama tapi drama waktu malam jer yang Cik Nor layan. Waktu siang tak sempat nak layan sebab banyak kerja nak buat. Almaklumlah Cik Nor kan dah jadi suri sepenuh masa dah sekarang ni. Hehe. 

Drama ni memang complicated sikit dan mengelirukan kita yang menontonya. Mana tidaknya sejak kehilangan Daniel hingga Daniel muncul semula. Dari mula Daniel muncul memang Cik Nor dah tak percaya yang Daniel masih hidup. 

Masa Razif kena pukul masa cari Daniel pun dah jadi tanda tanya, siapa yang pukul dia. Rupanya Razif terlibat dan merupakan ketua dalam perculikan kanak-kanak di Pulau Randai. Pandai betul Razif berlakon dan menyembunyikan kerja hitam dia. 

Part paling tak boleh diterima bila rahsia Ikmal terbongkar selepas kematian isterinya. Anaknya sendiri melaporkan kepada pihak polis kegiatan haram bapanya. 

Tapi drama tergantung jugak la sebab Fara still feedback kat hospital dan Danish pun still dalam lokap. Bunga pun tidak tampil menceritakan kisah sebenar. Yang pasti Razif dan Randi yang menyamar sebagai Daniel mati dibunuh. 

Drama ni memang best, lain dari drana yang biasa kita tonton sebelum ni. 

5 comments:

  1. Best drama ni..cuma itulah tak sempat nak share dekat blog hehe..

    ReplyDelete
  2. dah letak dlm playlist utk tengok. biasanya ammi tgk dalam MRT je. Kalau kat rumah memang tak sempatnya.

    BTW, salam perkenalan.

    ReplyDelete
  3. alamak, drama ni kat siaran mana ek? hahaha da lama tak layan tv ni..

    ReplyDelete
  4. drama ni kin layan hahaha best la

    ReplyDelete
  5. jarang drama melayu complicated mcm ni

    ReplyDelete