Terimbau Kenangan Ke Bukit Tinggi, Indonesia
Assalamualaikum..
Cik Nor kalau nak cerita pasal
travel memang tak banyak la sebab Cik Nor jarang travel jauh-jauh. Paling jauh
pun ke Padang, Indonesia. Itu pergi dengan kawan kaki travel. Kebetulan pulak
tiket kapal terbang memang murah yang amat. Cik Nor apa lagi lagi, terus sahaja
on bila kawan offer. Nak buat macam mana Cik Nor ni bukan tahu sangat bab-bab
travel ni. Tambah-tambah ke luar negara memang fail la.
Kalau masa Cik Nor travel dulu
tak banyak travel agency yang tawarkan perkhidmatan percutian ke luar negara.
Kalau nak pergi pandai-pandai lah cari maklumat dalam internet. Kalau rezeki
menyebelahi kita, kita akan dapat bercuti dengan aman. Kalau sebaliknya banyak
kita kena berhabis. Tapi kalau korang memilih ARBA Travel percutian ini
korang akan lebih lancar dan indah.
Bercuti ke luar negara ni banyak
perkara yang nak kita kena ambik tahu. Bermula dari menempah tiket kapal
terbang, tempat penginapan, tourist guide dan macam-macam lagi. Perancangannya
biasanya mengambil masa yang lama. Di ARBA Travel semua ini tidak berlaku
kerana perkhidmatan mereka meliputi keseluruhan
pakej yang ditawarkan. Kita hanya perlu membayar kos yang ditawakan dan
semua mereka akan uruskan dari hari kita berlepas hingga ke hari kita kembali
semua.
Macam Cik Nor dulu terpaksa
mencari sendiri tourist guide dan tourist guide tu kami kena bayar mengikut
tempat yang kami ingin pergi. Bila berhenti makan, kami akan membayar makan dia
sekali. Banyak juga kena keluar bajet
lain walupun sesetengah telah kali settle kan sebelum berlepas ke luar negara.
Tidak dinafikan bila bercuti tanpa perkhidmatan travel agency kita terpaksa
menyediakan bajet sampingan semasa kita berada di sana. Mana tidaknya ada yang
perlu kita bayar tanpa diduga.
Memang jauh perbezaannya kalau
kita bercuti sendiri dengan menggunakan perkhidmatan travel agency.
Perbelanjaan lebih jimat dan keselamtan kita terjamin kerana kita berjalan
dalam kumpulan tidak bersendirian atau berdua.
Arba Travel menyediakan itinerary
khusus bagi setiap destinasi yang korang inginkan. Selain itu juga mereka juga menyediakan
tourist guide yang mesra dengan pelancong terutama dari Malaysia.
Tempat penginapan juga
kadang-kadang menjadi masalah bila kita travel sendirian. Mana tidaknya, kalau
cari yang murah dan jauh dari bandar kita kena bayar lebih untuk pengangkutan.
Bila cari dikawasan bandar harga nya boleh tahan mahal . Kalau dengan ARBA Travel kita boleh memilih untuk menginap dimana mengikut bajet yang kita mampu.
Malah pengangkutan juga di sediakan oleh mereka. Jadi kita perlu pening untuk
memikirkan tentang tempat penginapan dan juga pengangkutan. Semuanya terpulang
kepada kita. Kita selesa untuk menggunakan private bus yang disediakan ataupun untuk menaiki pengangkutan awam.
Dulu masa ke Cik Nor ke Padang,
Indonesia tempat makan tak menjadi masalah kerana majoriti rakyat Indonesia
beragama islam tapi perlu berhati-hati juga.
Tapi bila kita ke negara lain kita perlu mencari sendiri tempat makan
yang halal dan kadang-kadang tu susah juga nak jumpa kalau tempat tu kita
pertama kali sampai. Dengan ARBA Travel
itu tidak menjadi masalah kerana kita akan dibawa ke tempat makan yang halal
malah sesetengah restoren ada menyediakan makanan Malaysia.
Bab-bab membeli cenderahati ni
Cik Nor tak ambik tahu sangat sebab ikut mood nak membeli ke tak. Tapi kalau
masuk mana-mana kedai cenderahati niat dihati hanya untuk melihat sahaja tapi
ada pulak yang memaksa, memang hilang mood nak membeli. Tapi dengan tourist guide ARBA Travel mereka
tidak membawa kita ke tempat-tempat seperti itu.
Kemain panjang Cik Nor bercerita
pasal pengalaman lama travel dengan kawan telupa pulak nak bagitahu korang dengan ARBA Travel korang
boleh dapatkan servis visa Australia murah RM20. Pilihan ditangan korang, mana yang baik untuk korang travel.
best kalo travel guide ok dengan pakej yang awesome...sama la, kalo kita cari supir sendiri, kita kena bayar makanan dia...kalo by pakej dari tour agency, biasanya semua tu da termasuk dalam harga pakejnya...
ReplyDeleteSeronok bila travel.. Bukit Padang pun salah satu wish list nak pegi nti.. hehe
ReplyDeleteKlu dpt pakej menarik, ikut travel company pun ok..sbb semua depa dah atur kan.. :)
Nampak muda remajanya Cik Nor time tu ya...
ReplyDeleteIalah sekarang dah banyak pilihan untuk travel cara mana yang kita suka kan...
nak travel kena cari agensi travel yang betul betul boleh dipercayai.
ReplyDeleteJarang dan bukan senang nak cari pakej travel muslim macam ni kan...kita tengok ARBA Travel tu mmemang servis dia baguslah, semua siap...ada rezeki nak juga travel dengan ARBA Travel ni..
ReplyDeletetahun bila ni cik nor g Padang? lama ke duduk sana?
ReplyDeleteHakak Indon pun tak sampai lagi CN....Mmg seronok kan bila dpt travel ni. Eloklah pi jalan jalan sebelum kahwin CN.... nanti dah kahwin nak bawak anak lagi banyak pulak costnya hihi
ReplyDelete