Drama Insan Terpilih Adaptasi Dari Kisah Benar
Assalamualaikum..
Pasti ramai yang tonton slot cerekarama minggu ni kan? Cik Nor juga tidak ketinggalan menonton Slot Cerekarama minggu ni yang bertajuk Insan Terpilih. Mula-mula tengok citer ni tak perasan lagi cerita ni berdasarkan kisah besar. Macam biasa jer la layan. Bila dah sampai ending dia baru perasan yang drama ni berdasarkan kisah benar.
Korang yang lain drama ni mesti berair jugak mata kan tengok? Cik Nor berair jugak mata tapi cover-cover la sebab tengok ramai-ramai. Malu weh orang tengok tiba-tiba Cik Nor seorang yang menangis beria-ria. hehe. Tapi drama tu memang menyentuh hati la.huhu
Mana tak menyentuh hatinya, walaupun si Firdaus tu gila tapi tak mengganggu orang lain. Malah dia juga rajin membersihkan kawasan kampung dan juga masjid.Kalau orang normal tak ada yer nak membersihkan kawasan kampung setiap kali nampak sampah di tepi jalan. Makin dibuang sampah tu adalah. Bila nampak sampah buat macam tak wujud jer kan?hehe
Begitu juga dengan masjid, jarang nampak orang pergi masjid atau singgah masjid tu bersihkan kawasan luar dan dalam masjid. Tinggalkan sisa sampah, adakan? Mereka berfikiran begitu kerana setiap masjid ada yang akan mencucinya tapi mereka silap kerana masjid tempat kita beribadat kenalah sama-sama kita bersihkan. tak gitu korang?
Satu lagi perangai si Firdaus yang patut dipuji bila dia tidak meminta-minta makanan bila lapar. Dia makan atau minum apa sahaja apa yang dia jumpa di tepi jalan. Kalau orang gila yang kita jumpa kat mana-mana mesti meminta sedekah atau meminta makanan dari sesiapa sahaja.
Part yang akhir sebelum dia meninggal dia mintak izin nak azan, part tu Cik Nor dah rasa si Firdaus tu akan meninggal. Bila balik rumah dia tiba-tiba solat dan meninggal dunia ketika sedang berzikir. Masa tu air mata Cik Nor macam tak boleh ditahan lagi dari keluar. huhu
Bagi korang yang belum layan lagi drama ni boleh layan kat youtube. Pasti menitis air mata korang bila sampai part ending.
Drama lain yang Cik Nor layan : DIA - Episod Akhir
Alahaiii! tak tengok la pulak citer ni kat kampung masa ni busy duk membawang huhuhuhu...
ReplyDeleteTak tengok pulak. bolehlah nak layan kat youtube malam nanti.
ReplyDeleteBest giler kan citer ni...akak sampai menangis tau....
ReplyDeleteYa Allah bagusnya cerita Ni.. org file pun tahu bezakan yg baik Dan buruk
ReplyDeletetgk sikit je cite ni...tgk ramai2 umah abah,tak snaggup plak dok berlinang air mata huhuu
ReplyDeleteSedih betul tengok cerita ni. sobs sobs
ReplyDeletesedih giler cite ni..mulia sungguh hati firdaus tu wpon dia gila kan
ReplyDeletex dan tgk sbb tido awal ms tu hehehe
ReplyDeleteMenangis tgk drama ni...teresak²..terlalu sedih dan pilu di hati
ReplyDeleteMenangis tengok drama ni sedihh sgt
ReplyDeletemenitik ayer mata tengok cite ni... :(
ReplyDeleteTak.tengok lagi nak layan gak ni.. Ramai review kata best ni
ReplyDeleteTak tengok pun...sebab masa tu kat kg. Yelah tengok tajuk pun mcm best! CN apa khabar sihat ke
ReplyDeletex sempat tgok tp dah muatturun di youtube. nanti free abe kie tgok la.
ReplyDeleteDrama ni sedih sangat ternangis juga husniey tengok baru ni.. layan online je
ReplyDeletemenangis oii sampai bengkak mata :-)
ReplyDeleteaduhh mesti sedih sangat cerita ni!
ReplyDelete