Bila Ko Terlupa Orang Hantar Kad Raya
Assalamualaikum..
Kalau makanan memang dah lama basi ni tapi kad raya sampai bila-bila pun boleh simpan. Hehe. Dah lama sebenarnya Cik Nor teima kad raya ni tapi banyak masalah yang melanda sebelum raya membuatkan Cik Nor terlupa akan kad raya ni. Hari menyelongkar beg balik kampung beg balik kampung Cik Nor masa kerja dulu maka terjumpa la kad raya ni.
Cik Nor harap tuan kad raya ni tak kecik hati la sebab lewat updates story pasal kad raya yang dia hantar ni. Korang tengok gambar pun korang dah tahu siapa pengirim kad raya ni kan? Siapa lagi kalau bukan blogger Cik En. Alah blogger yang berasal dari Perak tu. Dia bekerja sebagai pembantu veterinar kalau tak silap la. Korang yang ada masalah berkaitan haiwan peliharaan boleh la ke blog beliau atau boleh email dia untuk pertanyaan.
Macam mana Cik Nor boleh dapat kad raya dari Cik En ni? Sebenarnya sebelum raya dia ada create kan google form untuk kawan-kawan facebook dia untuk dapatkan kad raya cantik dari dia. Cik Nor pun apa lagi, laju-laju la isi form tersebut. Dah orang nak bagi tak kan tak nak cuba nasib kot. Cik Nor ingatkan dah tak dapat sebab kad raya ni Cik Nor terima selepas raya. Nasib la gi hantar kunci pejabat kalau tak memang tak dapat la kad ni. hehe.
Cik Nor sebenarnya dah jumpa Cik En ni kat luar masa dioarang singgah Kota Bharu sekembalinya dari bercuti di Pulau Perhentian. Tengok muka macam sombong tapi peramah jugak orangnya walaupun kali pertama jumpa. Entry Cik Nor jumpa Cik En tu kat SINI
Korang yang nak kenal dengan lebih dekat Cik En ni boleh klik link yang Cik Nor bagi kat atas tu. Apa-apa pun terima kasih Cik En sebab pos kad raya ni Cik Nor. Semoga persahabatan kita di alam maya kekal selamanya. aamiin
Dah makin pupus aktiviti menghantar kad raya ini..
ReplyDeleteallahu. rindu nya pada zaman kad raya ni. dedulu saat paling best bila posmen mai umah hantar kad raya ^_^
ReplyDeletewah dah habis raya haji baru ingat ni..ahahahhahah
ReplyDeletedah lama berlalu rayanya hehe
ReplyDeleteselamat tahun baru sis
nasib baik igt hehehe
ReplyDeletebest kalau masih dapat kad raya zaman sekarang ni
ReplyDeleteRabia pun simpan lg kad Raya dari blogger
ReplyDelete