Breaking News

Hadiah Top Komentor Dari Shikin Razali


Assalamualaikum..

Cik Nor kalau tak update pasal hadiah memang tak sah kan? Kalau bukan review produk, cerita pasal hadiah jer la. Lain-lain cerita tak ada lah kan?haha. Tak apa la, kalau korang nak baca, bacalah. Cik Nor saja jer nak abadikan kat blog ni supaya orang yang bagi tu tahu kita buat penghargaan kat hadiah yang dia bagi. Kalau belek-belek semula ada juga kenangan yang nak dibaca nanti.

Hadiah ni Cik Nor dapat dari blogger Shikin Razali sebagai pemenang top komentor blog dia. Cik Nor suka blogwalking kat blog kawan-kawan. Korang jangan la marah kalau Cik Nor komen pendek-pendek.haha. Cik Nor kejar masa la, banyak blog nak kena blogwalking tau. Dalam blogwalking tu tak sangka juga Cik Nor boleh jadi top komentor,

Sebenarnya Shikin dah lama mintak alamat Cik Nor, kalau tak silap masa Cik Nor masih kerja lagi  Tup-tup lepas bulan ke 2 Cik Nor berhenti baru hadiah ni sampai. Cik Nor pun dah lupa pasal hadiah ni sebenarnya. Masa abam posmen telefon nak hantar barang pun Cik Nor masih terpingga-pingga barang apa. Dah la dia cakap dari Bomba Malaysia. Arghh..sudah..masa tu dah fikir pasal dokumen kat tempat kerja lama. Tapi pelik kenapa atas nama Cik Nor. Bila dia sebut nak pengirim Cik Nor masih blur lagi. Then fikir balik, la ni mesti Shikin sebab dia kerja kat bomba.

Hadiah dia dekat 2 minggu juga sampai kat pejabat  lama Cik Nor kat Kota Bharu tapi Cik Nor terpaksa tunggu ada event dulu baru g ambik hadiah ni. Kebetulan event hari sabtu, pejabat tutup. Terpaksalah Cik Nor suruh staf letak kat kedai hardware untuk memudahkan Cik Nor datang mengambilnya di hujung minggu.

Sampai sekarang Cik Nor masih tak cerita kenapa Cik Nor berhenti kerja.haha. Dah masuk 4 bulan Cik Nor jadi penganggur terhormat. Bukan tak nak mintak kat tempat lain tapi kebanyakan kerja ada had umur. Umur Cik Nor pulak dah masuk kategori kertu dah jugak.haha.

Doakan moga Cik Nor selalu murah rezeki walaupun tak mempunyai pekerjaan tetap seperti sebelum ni.Apa-apa pun terima kasih buat Shikin Razali sebab bagi hadiah ni kat Cik Nor, Makin bertambah la koleksi bekas makanan Cik Nor. hehe. Hadiah lain yang Cik Nor pernah dapat Cik Nor Dan Hadiah Pengomen Tegar. Korang kalau nak kenal dengan Shikin ni boleh klik link yang Cik Nor bagi kat atas tu.

13 comments:

  1. Lawa bekas tu.. tahniah ciknor. In Shaa Allah, rezeki ada dimana-mana tak semestinya dengan kerja tetap. Mereka yang bekerja sendiri pun ramai yang sukses

    ReplyDelete
  2. Tahniah ciknor. Wah masih sempat bw. Hehe kira power tau! Bukan mcm ika, huhu mcm chipsmore. Sekejap ada, sekejap takda.

    Ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2019/09/temporary-mini-library-2019.html

    ReplyDelete
  3. tahniah pemenang.. kepada tt, semoga dimurahkan rezeki dan bagi hadiah lagi.. huhuhu

    ReplyDelete
  4. comel gak bekas tu,sama la kita banyak koleksi tipuware heheheh..

    ReplyDelete
  5. dapat hadiah mestilah happy Cik Nor..disebabkan happy makanya sebab tulah Cik Nor update. Betul tak?

    ReplyDelete
  6. tak pe cik nor..rezeki ada di mana-mana...dri blog pun boleh jana pendapatan..

    ReplyDelete
  7. Tahniah ciknor. InsyaAllah cik nor akn dpt kerja yg lebih bagus lg

    ReplyDelete
  8. waaa bestnya dapat tupperware...alhamdulillah, tahniah cik nor!

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, selamat sampai jugak hadiahnya.. hihi maaf la Cik Nor sebab lambat hantar hadiah tue, atas sebab-sebab yang tak dapat nak elak.. hopefully persahabatan kita Insha Allah akan kekal hingga ke akhirnya...

    ReplyDelete
  10. wah untung la dapat tu.. nak etek la hahaha

    ReplyDelete
  11. Seronok dapat tupperware tu kak nor. tahniah

    ReplyDelete