Breaking News

Kenapa Cik Nor Berhenti Kerja? - Part 2


Assalamualaikum..

Kalau korang baca entry Kenapa Cik Nor Berhenti Kerja? mesti korang perasan Cik Nor ada tulis ada sambungan dia kan? Hari ni Cik Nor nak sambung sikit la pasal entry tu. Nanti korang cakap cerita Cik Nor tergantung  pulak,

Selepas Cik Nor terima whatsapp dari majikan Cik Nor yang menyuruh agar Cik Nor tidak masuk kerja, Cik Nor terus tanya pendapat kawan-kawan. Mereka bagi nasihat supaya Cik Nor berhenti dan jangan nak merayu lagi untuk kerja kat situ. Mereka juga menyuruh Cik Nor membuat laporan ke Pejabat Tenaga Kerja, KWSP dan Perkeso. Cik Nor terus buat laporan tersebut semasa mengambil semua barang Cik Nor di rumah sewa.  Tidak sampai sebulan Cik Nor di panggil untuk perbicaraan bersama dengan majikan. Kalau ikutkan dalam laporan yang dibuat Cik Nor akan dapat pampasan lebih kurang RM8k ++ dari cara pemberhentian Cik Nor oleh majikan tempat kerja Cik Nor. Namun Cik Nor mintak bayaran sebulan gaji dengan caruman KWSP & Perkeso sahaja.

Biar orang kata Cik Nor bodoh tak fight untuk dapatkan RM8k tu sebab Cik Nor tahu majikan Cik Nor tak kan bayar pun kalau turun naik Mahkamah  Buruh. Cik Nor pilih untuk cara dia mudah bayar kerana ia tidak membuatkan Cik Nor serabut dan mengganggu kerja-kerja blogging Cik Nor. Lain-lain yang dia tak bayar tu jawab la dia kat Sana nanti, Kat dunia Cik Nor tak nak tuntut dah. Cik Nor redha dan pasrah andai sampai situ sahaja rezeki Cik Nor.

Yang pasal aduan ke KWSP  kawan sekerja dah kata dia dah bayar sehingga ke bulan Cik Nor berhenti kerja. Manakala Perkeso mungkin dia dah bayar sebab kawan sekerja ada whatsapp dia cari semua salinan slip gaji staf untuk dikumpulkan. Kalau masih tak bayar lantak dia lah sebab dia yang berdepan dengan undang-undang. 

Sekarang Cik Nor masih lagi menganggur dan alhamdulillah sejak tak bekerja ni Cik Nor banyak dapat job berbayar. Doakan Cik Nor cepat dapat kerja dan banyak dapat job berbayar dalam dunia blogging. Aamiin

21 comments:

  1. semoga dipermudahkanNya juga segala urusan Cik Nor.. Aamiin

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudhakan segala urusan cik nor.

    Sedikit dari apayang saya tahu.

    Sekiranya majikan menyuruh kita berhenti kerja, tanpa hitam putih.

    maka kita tidak patut berhenti sebaliknya terus ke tempat kerja dan mula membuat laporan kepada pejabat buruh dan sebagainya.

    jika kita berhenti tanpa hitam putih, maka ia akan menjadi kelemahan kita apabila dibicarakan kes nanti. ia akan dianggap tidak ke hadir ke tempat kerja.

    walau apa pun ia bergantung dengan keadaan dan masalah sebenar, hanya sekadar berkongsi

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan segala urusan cik nor

    ReplyDelete
  4. Betul tu cik nor. Kadang2 tak guna fight sebab takut last2 x dapat apa pun. Semoga dimurahkan rezeki ye. Blogging pun boleh buat duit jugak janji rajin

    ReplyDelete
  5. Rezeki ada di mana2.
    yang penting kita usaha

    ReplyDelete
  6. Aamiin..insyaallah..ada rezeki lain Cik Nor..yg penting pas ni tak stress nk mengadap bos macam tu lagi...

    ReplyDelete
  7. Seharusnya majikan yg x berperikemanusiaan sebegini dibawa ke muka pengadilan. Baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah!

    ReplyDelete
  8. semoga dipermudahkan segala urusan cik nor. insyaAllah ada rezeki yg lebih baik lagi

    ReplyDelete
  9. Semoga urusan kak nor dipermudahkan dan mendapat keadilan. Aaminn

    ReplyDelete
  10. Semoga urusan dipermudahkan. Rezeki ada di mana-mana.

    ReplyDelete
  11. semoga ciknor dipermudahkan segala urusan. Yakin dengan rezeki Allah. Mesti ada yang kerja yang lebih baik lagi menanti ciknor.

    ReplyDelete
  12. Insya Allah Cik nor, rezeki di mana-mana.

    ReplyDelete
  13. moga di mudahkan rezki cik nor,nego la cik nor hehhehe

    ReplyDelete
  14. Insya Allah rezeki ciknor lebih murah tapi bukan Di situ.. dunia Allah ini luas

    ReplyDelete
  15. Sikitnya pampasan. Biar majikan cik nor tu menjawab kat akhirat nanti..

    ReplyDelete
  16. insya'Allah...moga murah rezeki cik nor! mana tahu lepas ni rezeki mencanak2, jadi blogger tersohor Malaysia!

    ReplyDelete
  17. aaminn..semoga ciknor dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
  18. insya allah rezeki ada di mana2 yg penting kita jgn berhenti berusaha...chaiyok cik nor!

    ReplyDelete