Breaking News

Barang Dah Diambil Tapi Resit Pemberitahuan Baru Diterima


Assalamualaikum...

Ini kisah minggu lepas punya. Oleh kerana balik kampung dengan blog sekali Cik Nor ajak bercuti. Hehe. Susah naka guna internet kalau kat kampung. Nak kena duduk kat luar luar baru line internet laju. Kalau tengahari tengah syok-syok kita layan internet ada tetamu datang. Berlarilah kita menutup segala internet access. Kalau malam idok hakak berani dok kat luar rumah sesorang malam-malam buta.haha

Panjang betul mukadimahnya, lama nau nak ke cerita sebenar. Haha. Begini ceritanya, Cik Nor ada dapat tawaran untuk review satu produk kecantikan. PR yang tawarkan tu memang dah kenal Cik Nor dan dia dah ada alamat Cik Nor cuma tunggu barang sampai jer. Tengok blogger lain dah dapat, kenapa Cik Nor tak dapat lagi ni. macam pelik lah kan. Terus mintak no. tracking dengan PR tu sebab dah seminggu berlalu barang tak terima-terima pun lagi. 

Terkejut ko bila tracking barang tu dah lama sampai Kota Bharu dan dah dibuat penghantaran tapi tak tinggalkan resit pemberitahuan bahawa barang tak dapat dihantar. Aduhh..bengang sangat-sangat dengan pos malaysia ni. Asal surat berdaftar jer mesti dia cakap Cik Nor tak ada dirumah., sedangkan alamat yang Cik Nor bagi tu alamat pejabat. Dia yang tak nak naik tinggat 2 lepas tu dia tulis Cik Nor tak ada kat rumah atau pintu berkunci. hurmm.



Tengok tarikh kat tracking tu, alamak dah lama sangat barang ni sampai. Kan tak pasal-pasal dia return balik kat pengirim. Hari khamis dah hari ke-7 barang sampai dan dalam hati kuat mengatakan barang akan dihantar semula kepada pengirim. Sebelum pukul 5 petang mintak dengan bos keluar awal sebab nak pergi ambik barang ni.

Sampai-sampai tu staf pejabat pos cakap line tenet dia problem tak boleh nak check barang ada lagi ke tak? Cik Nor senyum jer, padahal dalam hati nak ajer aku terbalikkan komputer dia ni kalau tak dapat check barang aku kat mana.haha. Alhamdulillah ..line internet dia ok dan dapat check barang Cik Nor kat mana. Masih ada lagi kat Kota Bharu.

Pagi semalam buka grill pejabat terus nampak resit pemberitahuan ni. Alahai abam posmen, ku dah pergi ambik barang tu ko baru nak hantar resit ni. Buang masa betul la..huhu. Cik Nor muskil, dia datang hantar ke tak barang pada khamis (20/12). Tengok kat tracking dia tak dapat hantar pukul 4 petang macam tu la. Bila tengok kat resit pemberitahuan ni pukul 2 petang pulak. Ke macam dia kira masa dia hantar tu..haha.

Cik Nor kena bertindak cepat sebab yang dihantar ni produk review, kalau hadiah memangkan staf jer suruh ambik. Korang pernah kena macam Cik Nor tak?

10 comments:

  1. hahaha.. mcm2 kes pos laju.. apa2 pun tahniah dpt job review :)

    ReplyDelete
  2. Tak pernah kena sebab apa2 barang mmg fiza letak alamat pejabat.

    ReplyDelete
  3. dulu abe kie order hp di lazada. setiap hari check di mana hp tu berada. teruja betul nak dptkan hp baharu tu sampai tel gdex tanya kenapa x hantar pada hari yg sepatutnya.

    ReplyDelete
  4. ada kena terbaru kes barang dari lazada.. ninja van dia kata mari hantar 3 kali tak ada rumah parokkk kita 24 jam dekat rumah ni...last mintak refund semula.. huhuhu

    ReplyDelete
  5. Oooo tak sangka pulak erk pos laju macam2 masalah.. Harapkan pos laju jelah terutama yang pendalaman. Redha je gamaknya. hehehehe

    ReplyDelete
  6. pening doh poslaju loni..sadis sungguh!

    ReplyDelete
  7. biasa kalau dappat tracking mmg selalu juga check kalau lambat sangat mmg pergi pick up jer tak tgu dah resit pemberitahuan tu hihi

    ReplyDelete
  8. biasa sekali dua gitu.. baru2 ni ada yang nak kasi hadiah top comentator. gitula. kita ada je kat rumah tapi sebenarnya diorang tak jumpa alamat tu. tengok kat record fail fail padahal x call ke apa ke. esoknya baru call ckap x dpt reach n parcel da return. apa kes ? da return baru nk call.

    sabar jela..

    ReplyDelete
  9. Rumah Zumal dorang selalu tinggal barang dalam almari yang ada diluar je.

    ReplyDelete
  10. agaknya hjg2 thn brg byk jd dia pn pening dgn kerja2 yg belambak smpi semuanya drag dan x selesai...

    ReplyDelete