Dapat Sampel Dari Kotex
Sumber gambar dari google
Assalamualaikum..
Minggu lepas staf tempat kerja Cik Nor bawak naik satu sampul surat. Nasib dia tak buka. haha. Kak Nor sampul surat apa ni kat bawah? Ohh..ada orang orang hantar surat untuk Kak Nor la tu. Padahal Cik nor sendiri pun tak tahu apa isinya. Cik Nor pun main cakap jer.hihi
Sebelum ni banyak Cik Nor isi sampel percuma, tapi Cik Nor tak pasti yang mana sampai dulu. Bila buka sampul surat tu. Ohh.. ini sample dari kotex. Dah lama juga mintak baru sampai sampelnya. Form untuk isi sample ni Cik Nor jumpa kat blog siapa entah. Dah dia kata nak sample percuma sila isi. Cik Nor apa lagi, bunyi barang percuma terus jer la isi. hihi.
Barang percuma siapa tak nak oii. Boleh jimat belanja weh..Kotak sample tu lebih kurang macam gambar kat atas tu la. Gambar kat atas tu Cik Nor ambil dari google. Yang Cik Nor dapat tu, Cik Nor dah bawak balik kampung dan lupa nak snap gambar. Bila balik kampung semua lupa weh..hihi
Dalam kotak tu terkandung 2 keping pad untuk overnight, 2 keping pad slim dan 6 keping pantyliner. Banyak jugak dia bagi walaupun sampel. Yang overnight tu besar sangat, Cik Nor bagi kat kakak Cik Nor. Cik Nor cuma ambik yang slim dan pantyliner jer. Biasa kalau yang sampel macam ni Cik Nor buat stok dalam handbag. Mana tahu tiba-tiba period ketika ditempat kerja. Kalau tak ada spare memang masak weh. hehe
Kalau siapa-siapa ada link untuk mintak sampel meh la kongsi dengan Cik Nor. hehe
lama dah tak isi.Sebab tak sampai-sampai sample.Tak tahu dari oversea ke hape..Ekekeke..
ReplyDeletepink gitu... sy dr dulu pakai jenama kotex tp skrg dah tkr ke libresse...
ReplyDeleteEh! samalah kita sebelum jenama Librese keluar Mrs. A pun guna kotek gak tapi lepas dah kenal Librese terus tukar jenama tu
Deletebestnya...suka kalau dapat barang free ni..hahahaha...tapi kita dah tukar jenama lain sekarang ni.
ReplyDeletedulu sellau jugak isi free sample ni tapi dah dapt takguna huhuhu so skrg bg jelah sapa yang guna isi hehe
ReplyDeleteala..awat tak share form tu kat sini gak, cik nor..ai pun suka gak menda free2 ni...
ReplyDeletekita pun suka free sample nie..jenama kotex mmg serasi dgn fiza dari dulu..
ReplyDeleteYang ni Fiza dah dapat lama dah. ada share kat blog juga
ReplyDeletenieyl pun selalu dapat sample² ni..rajin sgt nieyl ni isi form hehehe
ReplyDeleteselalu jugak dapat sample ni sebab rajin2 isi form online :D
ReplyDeleteMyra | The Grey Lines Between
suka dengan jenama kotex
ReplyDeleteSaya pun suka pakai kotex, tapi biasa pilih laurier jugak. Dua2 best..
ReplyDeleteWahh dapat yang tu ke?? Cantiklah ciknor. Sy dapat yang purple gelap tu.
ReplyDeleteBest kotex ini.. sample dia bagi banyak.. Kalau keluar produk baru je mesti ada bagi sample.. syok..
ReplyDelete