Breaking News

JOHOR BAHRU DESTINASI YANG IDEAL

Assalamualaikum


Tiba masanya Cik Nor menulis pasal permata selatan negara kita ni iaitu Johor Bahru. Actually kat JB ni macam-macam tempat kita boleh pergi untuk bercuti. Dalam era ekonomi yang agak down ni, its a safe journey, yelah nak release stress tapi duit tak berapa nak ada kalau nak ke luar negara, so apa lagi, bercuti dalam Malaysia je lah. Tapi no worries, akan Cik Nor share kat mana korang boleh pergi ke JB.

Sumber gambar dari google

Tanjung Puteri atau Puteri Harbour adalah salah satu tarikan terbaru di Johor yang boleh korang lawati bersama seisi keluarga. Dengan keindahan pantai yang bersih dan luas, kawasan pelabuhan ini sudah semestinya akan memberi ketenangan jiwa kepada orang bandar yang nak bersantai bersama family. Ada macam-macam rekaan arca yang diperbuat daripada buluh. Bila dah puas berjalan dan mengambil selfie, ada banyak choice of restoran dan tempat makan yang best di sekelilingnya. Tempat parking kereta pun banyak, tak perlu pening kepala lagi. Pemandangannya semasa matahari terbenam, speechless. Hehe.

sumber gambar dari google

Dalam kawasan Tanjung Puteri ini jugak, terdapat juga tarikan lain yang pastinya interesting seperti Sanrio Hello Kitty Town dan Thomas Town. Peminat Hello Kitty pasti excited dengan rumah lengkap berkonsepkan Hello Kitty dengan bilik tidur, dapur dan ruang tamu di Hello Kitty Town. Bagi peminat kereta api Thomas, Thomas Town menanti dengan replika kereta api serta Windmill Ride, Colin Crane Drop Ride, Harold Helicopter ride, dan pastinya kereta api Thomas untuk dinaiki. Terdapat juga karakter kartun popular yang lain seperti Angry Bird, Barney, Bob The Builder, dan Pingu. Pusat membeli belah, restoran serta kafe turut disediakan untuk kemudahan pengunjung. Bukan sekadar untuk anak kecik, orang dewasa pun tentu ramai yang minat dengan karakter kartun ini. So bersiaplah dan ajaklah anak-anak korang ke, anak buah ke, janji budak-budak yang kenal kartun ni, sure diorang happy gila.

Sumber gambar dari google

Kalau dah ada kat JB, jangan lupa untuk singgah ke Kilang Bateri. Bazaar ala hipster yang asalnya merupakan kilang bateri ini sering menjadi sebutan warga Johor kerana suasananya yang santai dan bersahaja. Pelbagai jenis makanan yang popular di Instagram ada di sini seperti makanan berkonsepkan western oleh LabbyBros dan kacang pool oleh Cupchai. Korang juga boleh membeli-belah di butik terkemuka di instagram antaranya jenama dari Costuro, SuperSunday dan JohoBaru. Bagi korang yang ulat buku, di sini terdapat kedai buku istimewa iaitu Projek Buku. Kedai gunting rambut 1855 berkonsepkan moden juga ada di sini bagi lelaki yang inginkan gaya rambut yang paling updated dan trending. Projek usahasama pelbagai jenama dan keluaran tempatan ini begitu membanggakan dan mendapat perhatian oleh ramai orang.

Sumber gambar dari google

Danga Bay used to be sebahagian daripada Pantai Lido yang ditambak kini menjadi pusat tourism yang terkemuka kerana pembaharuannya yang menarik perhatian pengunjung. Terdapat 4 tarikan utama di Danga iaitu pusat membeli belah Danga City Mall, Danga World Mini Theme Park yang menempatkan karnival game sesuai untuk korang bawak family macam ferris wheel, merry-go-round dan pirate ship ride. Korang sekeluarga juga boleh menaiki tram atau basikal untuk mengelilingi sekitar Danga Bay. Akhir sekali, tak sahlah kalau tak makan-makan restoran dan kafe istimewa yang ada berdekatan.

Sumber gambar dari google

Okay destinasi yang last ni bahaya sikit sebab ia berhantu. Haha kenapa berhantu? Bukan hantu yang buat orang takut tu tau tapi yang boleh menghabiskan segala harta kita yang ada. Pada yang kaki shopping, jangan lupa untuk singgah di Johor Premium Outlet. Pusat membeli-belah ini sering dipilih oleh orang ramai kerana variasi kedai berjenama yang menjual pelbagai pilihan pakaian, beg tangan, kasut dengan potongan harga 25% ke 65% setiap hari. Selain itu, senibina kawasan ini yang berkonsepkan kolonial dan landskap taman tentunya menjadi kawasan yang unik untuk mengambil gambar kenang-kenangan bersama orang tersayang.

Sumber gambar dari google

Just in case kalau korang nak stay dan bermalam kat JB korang boleh buat research tentang hotel yang ada di JB. Korang boleh buka website Traveloka untuk compare harga antara hotel yang sesuai dengan bajet korang. Selain tu, korang boleh terus book jugak kat situ. Senang kan? Sekarang ni tiada masalah kalau korang taktau Hotel in Johor Bahru sebab korang dah boleh buat research awal-awal.

12 comments:

  1. Johor byk tempat jugak bole dilawati

    ReplyDelete
  2. Nanti nak gi Johor haruslah survey hotel kat Traveloka dulu 😁😁😁

    ReplyDelete
  3. Macam ni kalau nak pergi Johor kena search Traveloka dulu ni. Baru best

    ReplyDelete
  4. Johor ni banyak lagi tempat tak habis pusing. Hehe.. puteri harbour ni pon tak sempat lagi nak pegi.

    ReplyDelete
  5. Teringin ke Johor ..anak lelaki Etuza ada sekali visit di Johor..

    ReplyDelete
  6. lama dah tak pergi johor.. last tahun 2010 tak silap hahaha

    ReplyDelete
  7. CT tak penah sampai JB lagi tau. memang plan nak trip jjcm ke sana.. hehe jom CikNor =D

    ReplyDelete
  8. johor tu nmpk je dekat tp jauh... ms pegi senggarang hari tu pun dah terasa lelah...bila laa nak smpi niiiii hahaha

    ReplyDelete
  9. semua tempat di atas aida dah gi.
    i love JB. tanah tumpah darah melahirkan ku hi hi hi...

    ReplyDelete