McDonald's Malaysia Teruskan Usaha Bantu Golongan Kurang Berkemampuan Di Pantai Timur
Assalamualaikum
Minggu lepas, hari khamis (13/12/2018) Cik Nor bersama rakan blogger dan rakan media yang lain telah dijemput ke satu majlis komuniti yang di anjurkan oleh McDonald's Malaysia. Majlis ini berlangsung di McDonald’s Pandu-Lalu Pengkalan Chepa ini turut menyaksikan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” yang merupakan program tahunan McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.
Program "Kembali ke Sekolah"
Program "Kembali ke Sekolah" mendapat sokongan francaisi dan rakan-rakan perniagaan McDonald’s, di mana ianya bertujuan menghulurkan bantuan kepada lebih 17,000 kanak-kanak sekolah rendah dari golongan miskin bandar di seluruh negara dengan memberikan set pakaian sekolah baharu. Setiap kanak-kanak ini menerima 1 set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut sekolah, dan sebuah beg sekolah untuk persediaan memulakan sesi persekolahan tahun 2019. Keseluruhan sumbangan di bawah program "Kembali ke Sokolah" tahun ini adalah melebihi RM1.7 juta. Di Kelantan, seramai 841 orang kanak-kanak sekolah rendah dari golongan miskin bandar menerima pek ini.
Program "Kembali ke Sekolah" adalah amat penting untuk McDonald's dan RMHC kerana ia memberi bantuan kepada kanak-kanak sekolah rendah dari golongan kurang berkemampuan dan miskin bandar.
Kanak-kanak ini adalah pemimpin masa hadapan negara dan pengalaman pembelajaran yang mereka lalui adalah sesuatu yang amat penting McDonalds Malaysia. Melalui program “Kembali ke Sekolah”, mereka berharap usaha ini dapat membantu mengurangkan beban kewangan keluarga kanak-kanak yang terlibat dan memberi motivasi kepada kanak-kanak ini untuk memulakan tahun persekolahan yang baharu dengan penuh keyakinan,
Banyak inisiatif-inisiatif yang diumumkan pada majlis tersebut termasuklah sumbangan zakat, pelantikan belia asnaf ke program perantisan McDonald’s,
dan penyerahan pek "Kembali ke Sekolah" kepada 841 kanak-kanak sekolah
rendah dari keluarga miskin bandar di Kelantan untuk persiapan sesi
persekolahan tahun 2019.
Sumbangan
zakat McDonald’s
Pada majlis komuniti ini McDonalds Malaysia telah mengumumkan sumbangan berjumlah RM484,100 melibatkan pelbagai inisiatif bagi membantu golongan kurang bernasib baik dan miskin tegar di Kelantan.
Antara tetamu kehormat yang dijemput dalam acara komuniti ini ialah Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama
Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Dr Haji Nik Mohd Azlan bin Abd
Hadi dan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad YB. Sahibul Samahah Dato' Haji Shukri bin Mohamad, Mufti Kerajaan Negeri Kelantan dan Tuan Haji Abdullah bin Mat, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.
Penyerahan zakat perniagaan ini telah diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) melalui Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Haji Nik Mohd Azlan bin Abd Hadi. Dalam ucapan beliau, beliau dan rakyat Kelantan berterima kasih kepada McDonald's
Malaysia kerana memenuhi kewajipan zakat kepada negeri Kelantan hari. Bukan
itu sahaja, inisiatif lain yang diumumkan pada acara ini juga menunjukkan komitmen
McDonald’s dalam melibatkan diri membantu golongan yang kurang bernasib
baik,
Untuk pengetahuan korang yang masih belum tahu, McDonald’s Malaysia kini di bawah
pemilikan baharu Kumpulan Reza. Mereka telah memenuhi kewajipan zakatnya sejak tahun
lalu kerana ia merupakan entiti perniagaan yang 100% dimiliki oleh umat Islam.
Kumpulan Reza adalah syarikat yang memiliki dan mengurus kesemua cawangan
McDonald’s di wilayah barat dan selatan Arab Saudi secara eksklusif sejak 20
tahun lalu.
Pengarah Kanan Sumber Manusia McDonald Malaysia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonal's Malaysia iaitu En. Azhar Darbi menyatakan McDonal's Malaysia akan terus
melaksanakan kewajipan zakat apabila tiba masanya, kerana zakat adalah kaedah
untuk mengurangkan kemiskinan dan merupakan sebahagian daripada tanggungjawab
sebagai umat Islam.
Program
perantisan McDonald's Malaysia
Menyentuh tentang Program perantisan McDonald’s dimana program ini adalah
sebahagian daripada Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di bawah Kementerian
Sumber Manusia. Pensijilan SLDN oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD) yang merupakan
salah satu usaha restoran khidmat segera ini untuk meningkatkan piawaian
pembangunan modal insan syarikat serta memupuk bakat baharu.
Pihak McDonald's Malaysia mengalu-alukan para belia
dari golongan asnaf di negeri Kelantan untuk menyertai program perantisan mereka.
Tempoh latihan program adalah selama 18 bulan di mana para perantis akan menerima
latihan praktikal dan pembelajaran teori di dalam kelas. Sebaik sahaja mereka
menamatkan program ini, mereka layak untuk bekerja di restoran McDonald's
sepenuh masa. Di samping itu, program ini juga membolehkan mereka untuk
mempelajari kemahiran sepanjang hayat.
Selain
mendapat manfaat dari penajaan penuh program latihan, setiap perantis juga
diberi elaun bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta
makanan percuma. Cik Nor difahamkan sehingga tahun 2025, McDonald's Malaysia mensasarkan pertambahan 10,000 peluang perkerjaan lagi kepada golongan belia yang kurang bernasib baik.
Bagi yang masih belum mengetahui McDonald Malaysia telah meluaskan inisiatif kemasyarakatan di Kelantan dengan menubuhkan Rumah Ronald McDonald (RMHC) yang ke-2 di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan dan masih dalam proses pembinaan. Rumah ini merupakan rumah
persinggahan yang menyediakan kemudahan penginapan kepada keluarga pesakit kanak-kanak
yang menjalani rawatan di HUSM atau hospital lain di sekitar Kota Bharu.
RMHC yang dijangka siap pada awal tahun
hadapan merupakan kediaman yang mempunya kelengkapan penuh seperti 18 buah bilik tidur,
ruang makan, dapur, bilik dobi, bilik TV, bilik permainan, dan lain-lain
kemudahan untuk penghuni.
Dengan penubuhan rumah ini pihak McDonald's Malaysia berharap ianya dapat
meringankan beban kewangan keluarga pesakit kanak-kanak yang terlibat di
samping menyediakan kemudahan yang selesa dan berpatutan demi memastikan
keluarga dapat berada dekat dengan anak-anak mereka.
Korang semua kalau nampak tabung RMHC tu kat mana -mana kaunter jangan lupa untuk menderma. Sekurang-kurangnya derma korang tu dapat meringankan beban rakyat Malaysia yang memerlukan.
Untuk maklumat lanjut layari : https://www.mcdonalds.com.my
Korang semua kalau nampak tabung RMHC tu kat mana -mana kaunter jangan lupa untuk menderma. Sekurang-kurangnya derma korang tu dapat meringankan beban rakyat Malaysia yang memerlukan.
Untuk maklumat lanjut layari : https://www.mcdonalds.com.my
wah banyak eh program mcdonalds ni
ReplyDeletealhamdulillah..membantu pada yg memerlukan..good program Mcdonald..
ReplyDeleteKita setiap minggu mkn mcd kira mcm menderma jugak la kan.. hehe
ReplyDeleteterbaek program sebegini.. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah seronok budak2 dpt baju baru. Bagus program sebegini Tahniah McDonald
ReplyDeletemesti budak2 ni gembira dpt peralatan baru utk sesi persekolahan nnt...
ReplyDeletebanayk rupanya program2 MCD ni
ReplyDeleteBagus kan inisiatif yang dibuat oleh McDonald’s ni. Moga lebih banyak syarikat besar tampil hulurkan tangan ringankan beban
ReplyDeletebgus mcdonalds ni..banyak program amal dia buat
ReplyDeleteAlhamdulillah, seronok adik2 nak mulakan sesi 2019 nanti dengan persalinan baru..
ReplyDeleteAlhamdulillah, bagus McDonald's ni
ReplyDeleteMcD terbaik
ReplyDelete