Breaking News

Ingat Senang Ke Jadi Blogger?


Assalamualaikum..

Malam entry merapu lagi, harap korang tak jemu baca blog Cik Nor ni. Mana tak nya dah 2 ke 3 entry asyik ke laut jer. kihkih. Nak buat macam mana idea tarak mari. Taip entry ikut apa yang keluar kat kepala jer ni. Otak fikir tangan laju jer taip. Berfaedah ke tidak entry ni hanya korang yang menilainya. Eh, macam pertandingan la pulak Cik Nor ni.

Berbalik kepada tajuk kat atas tu. Ingat senang ke jadi blogger? Nak senang tapi tidak sesenang yang disangka. Bukan setiap masa idea datang mencurah. Ada masa korang kena bertapa depan laptop sampai idea datang. Kalau idea tak datang jugak maknanya korang kena tutup laptop dan pergi ke mana sahaja mencari idea. Betapa susahnya nak menghasilkan satu entry. Memang nak struggle 1 entry setiap hari memang tak dapat bagi Cik Nor la. Setiap hari memang agak ketandusan idea.

Itu bab menulis idea personal. Kalau yang buat review lagi dasyat. Tiga hari tiga malam dok fikir nak buat ayat apa. Kalau buat cincai-cincai confirm kena banned dengan PR. Masak weh kalau buat entry review ni. Kalah orang bercinta. Orang bercinta pun tak macam kita tulis entry review. Tu Cik Nor la, korang mungkin tak macam Cik Nor banyak idea.

Tu bab menulis, bab ambik gambar tak payah cerita la. Selagi tak puashati, selagi tu tangkap gambar. Kadang-kadang tu sampai berpuluh-puluh keping. Yang nak guna cuma 2 3 keping jer sebenarnya. Nampak tak betapa susahnya nak jadi seorang blogger berjaya. Cik Nor blogger suam-suam kuku jer.haha. 

Korang kalau ada yang teringin nak jadi blogger tu fikir-fikir dulu. hehe. Bila dah jadi blogger ini lah padahnya, macam Cik Nor ni. Mood asyik ke laut jer. Tu jarang tulis review dah sebab idea tak mari bila kita banyak masalah. Part time blogger macam Cik Nor ni banyak cabaran sikit. Kena korban masa dan tenaga setiap hari untuk sentiasa updates blog. Apa-apa pun selamat datang blogger baru..hehe

32 comments:

  1. Setuju ciknor .
    Bila dah terjebak jadi blogger bari tahu susah senang .
    Kadang nak publish satu entri pun tak sempat, kadang no idea nak create entri .

    ReplyDelete
  2. hahahha mujur sgt la kalau dpat 1 entry sehari tambah2 cam cik sue skrg,kijoan berperang ngan humaira je la huhuuu

    ReplyDelete
  3. Kadang sebagai blogger kena doa juga minta allah sentiasa beri idea dan mood berblog..inshaAllah cuba jalan ke pekan kah,pasti ada yang menarik ada lah ilham tu nanti ya

    ReplyDelete
  4. Buat entri kalau ada idea dan bahan.

    ReplyDelete
  5. Betul tu cik Nor.. kadang-kadang kekeringan idea. Pening nak karang apa lagi dekat blog hehe

    ReplyDelete
  6. Betul tu Cik Nor. Sama la ngan kinah. Kalau sakit lagi la blog tu macam tak terurus je kan cik nor

    ReplyDelete
  7. takpe..ciknor otai.Tengok tu..dah 21 entri october yea.. gudluck ciknor.. sekali idea datang..penuh list entry ciknor

    ReplyDelete
  8. betul..lagi-lagi kalau review yg berbayar...lagi ar pitam

    ReplyDelete
  9. Cik Nor dah lama berblog pun dilanda ketandusan idea, apatah lagi blogger picisan seperti LZ ni..
    LZ akui bulan Oktober bulan blog LZ terabai.. Selain busy dengan tugas hakiki dalam masa yang sama ketandusan idea untuk blogging..

    ReplyDelete
  10. huhu. tu tk masuk baba blogwalking lagi. nak jaga traffic lagi. adooiiiii. tapi, mek percaya, bila orang dh suka kita, sehari tk tgk blog dia rasa kosong je.

    ReplyDelete
  11. hahaha yang part tulis review tu betul, kadang kunci bilik taknak orang ganggyu

    ReplyDelete
  12. In syaa Allah cik nor pasti boleh.. mmg tak mudah nak jadi blogger.. huhu

    ReplyDelete
  13. tak senang, bila datang kebuntuan untuk menulis

    ReplyDelete
  14. Cik Nor Otai dah idea merapu pun cantik je ayatnya..Hehe!! BTW blogger baru kat sini..hehe

    ReplyDelete
  15. Betul setuju. Ingat senang jadi blogger. Gambar kena snap banyak2 bagi puas hati.. Tak elok snap lagi dan lagi

    ReplyDelete
  16. Mmg betul tu Cik Nor.... memang memerah otak sungguh kan... Tu yg tetiba hilang dari radar tu...hihi

    ReplyDelete
  17. jgn cepat mengalah cik nor...keep it up, don't give up!

    ReplyDelete
  18. Setuju sgt dgn Cik Nor. Kadang-kadang penat memerah otak cr idea

    ReplyDelete
  19. betul. I definitely agreed. Orang nampak mudah but the truth is kite je yg faham.

    ReplyDelete
  20. Setuju sgt. Idea Ada mencurah2 tapi mood menulis Pula xde. Acaner tu

    ReplyDelete
  21. Betul tu ciknor.
    Kalau ketandusan idea tu, adoiyai.. Stress kan. Tapi jari jemari sibuk nak menaip.

    ReplyDelete
  22. susah tau jadi blogger ni. Rabia jadi blogger.Sampaikan kawan2 rabia sekali nak jadi blogger.Diorang ingat senang jadi blogger kot.

    ReplyDelete
  23. Nak menulis pun.Tengah fikir idea..Bukan senang nak jadi blogger.

    ReplyDelete
  24. setuju..ramai ingt, bestnya jadi blogger..dorang tak tau nak buat satu entry tu kena amik masa..tgk mood..idea lagi..that's y la blogger caj setiap artikel kalau yg review...bukan berkira..masa, tenaga, segala bil yg kena byr utk publish satu entry tu..terpaksa berkira.lgipun tu pendapatan sampingan blogger sendu cam kita ni,kan cik nor ;)

    ReplyDelete
  25. Kalau tak ada idea memang sunyi sepilah blog..

    ReplyDelete
  26. Zumal pun camtu idea tu entah dah tenggelam jauh di dasar lautan

    ReplyDelete
  27. myra pun macam tu jugak. that's why myra akan suka2 pg cafe hopping utk dapatkan inspo sana sini. hikhik

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  28. plg sedih tgk, otai2 lama yg 'cemerlang' dan 'kencang' menulis dulu kita senyap dilanda badai... ke manakah mereka? adakah sudah melupakan dunia blog selamanya???

    ReplyDelete
  29. Da lama tinggal blog, dulu rajin, ni baru nak up balik.. Blog pun hala balai. Huhu.. Blog ni serius cantik.. Content pun power2. Salute lah

    ReplyDelete