Domino’s Pizza & Pepsi Black Memberi Ganjaran dengan Hadiah Bernilai RM130,000 kepada Pelanggannya
Nikmati pizza Domino’s kegemaran anda yang dipadankan bersama Pepsi Black
tanpa kalori semestinya tidak akan pernah mengecewakan. Domino's Pizza telah
bekerjasama bersama rakan kongsi syarikat perniagaan minuman, iaitu Etika dalam
menjayakan satu peraduan baharu yang menarik buat semua pencinta pizza yang menawarkan
peluang untuk memenangi hadiah bernilai lebih daripada RM130,000!
Berpegang pada janjinya untuk terus mempertingkatkan
pengalaman buat pelanggannya, Domino’s Pizza telah melancarkan peraduan yang
dinamakan sebagai Setiap
Orang Adalah Pemenang, ‘Everyone’s A Winner’, yang dicipta khas untuk pencinta
pizza tegar dengan hadiah-hadiah yang menakjubkan untuk dibawa pulang. Hadiah
utama merupakan sebuah kereta baharu, Honda City bernilai RM80,000. Selain itu,
terdapat sejumlah hadiah bernilai sehingga RM130,000 untuk direbut. Antara hadiah lain adalah tiga buah Samsung Galaxy S9, 10 unit Logitech
G560 Speakers Gaming, 20 unit Samsung Gear VR berserta Alat Kawalan, 50 baucer
pizza Domino’s bersaiz besar berserta Breadstix / Cinnastix percuma tanpa had
dengan pembelian minimum, sah selama 2 minggu. Peraduan ini akan bermula pada 8
Oktober hingga 4 November 2018 dan dengan setiap pembelian Domino's Bold
Combos, pelanggan akan layak menyertai peraduan ini.
Pada pelancaran peraduan ini, Linda Hassan, Naib
Presiden Kanan, Pemasaran, Domino's Pizza Malaysia dan Singapura berkata,
"Peraduan ini adalah satu peluang yang baik untuk kami memberi ganjaran
kepada para pelanggan dengan pelbagai hadiah untuk dimenangi. Semua orang
mempunyai peluang yang luas untuk menang! Kami berasa amat berbesar hati dengan
sokongan berterusan yang diberikan oleh pelanggan kami selama ini dan peraduan
ini adalah cara kami untuk memberi penghargaan buat mereka."
"Minuman ringan memang sepadan bila digabungkan
bersama pizza. Bekerjasama dengan Pepsi Black melalui Etika adalah satu bonus
untuk kami. Dalam persekitaran yang dinamik dan berubah-ubah ini, pelanggan
sentiasa mencari sesuatu yang baru dan menarik. Oleh itu, kami menggunakan
inovasi untuk memberi tawaran dan perkhidmatan yang lebih maju ke hadapan.
Domino's Pizza menekankan pendekatan yang berpandangan jauh ke hadapan apabila
membangunkan produk baharu serta meningkatkan perkhidmatan kami untuk memenuhi
keperluan pelanggan yang sentiasa berubah-ubah. Ini melengkapi ciri-ciri Pepsi
Black sebagai minuman masa hadapan. Sebagai rakan kongsi, mereka memahami visi
kami dan sejajar dengan aspirasi yang sama untuk menggerakkan jenama ke
hadapan, "kata Linda.
"Kami telah bekerjasama dengan Domino's Pizza dan
menerusi kolaborasi ini, kami telah menyediakan pelanggan dengan platform yang
menarik untuk memberikan satu pengalaman yang berbeza buat mereka. Resipi kola
yang unik kami dibangunkan berdasarkan sentimen pengguna dengan kemajuan
teknologi inovatif. Demi memahami gaya hidup pengguna yang mendambakan produk harian
yang sihat, Pepsi Black adalah satu pilihan ideal bagi mereka yang ingin
menikmati kola tanpa sebarang kalori, dengan penuh rasa padat. Kami mempunyai
ciri-ciri yang sama dengan Domino’s kerana kami berkongsi segmen pengguna
bersama. Kerjasama seperti ini mewujudkan peluang yang berharga untuk pengguna nikmati,
" kata Santharuban T. Sundaram, Naib Presiden Pemasaran di Etika Sdn Bhd.
Sebagai jenama yang sentiasa menawarkan nilai hebat
kepada pelanggan, mulai 8 Oktober dan seterusnya pelanggan Domino’s Pizza boleh
merebut Bold Combos yang terdiri daripada Bold Buddy Combo pada RM35.90 dan
Bold Super Combo pada RM55.90. Di samping itu, pelanggan boleh menikmati 2 Pizza
Deals yang boleh didapati dari RM28.30 untuk dua pizza bersaiz biasa, RM47.15
untuk dua pizza bersaiz besar dan RM66.05 untuk dua pizza bersaiz Xtra besar.
Untuk ganjaran yang lebih banyak, pelanggan boleh memilih 2 Pizza Deals dengan
Keju Ekstra daripada hanya RM30.65 untuk dua pizza bersaiz biasa dengan 50% ke
atas Keju Ekstra, RM50.45 untuk dua pizza bersaiz besar dengan 50% Keju Ekstra
dan RM70.30 untuk dua pizza bersaiz Xtra besar dengan 50% ke atas Keju Ekstra.
Penyertaan untuk peraduan
ini adalah mudah. Dengan pembelian sebarang pizza berserta Pepsi Black 1.5L
pelanggan layak menyertai peraduan. Pelanggan kemudian hanya perlu menyertai
permainan ‘Kira Pepsi Black dan Pizza yang tersembunyi’ dan letakkan slogan
yang paling kreatif menerusi laman web www.dominos.com.my/EveryoneIsAWinner. Pelanggan yang mempunyai mata terkumpul tertinggi semasa tempoh
peraduan akan memenangi sebuah kereta. Di samping itu, bagi setiap pembelian sebarang
pizza yang berserta dengan sebotol 1.5L Pepsi Black, pelanggan akan mengumpul 1
mata dengan setiap RM1, manakala dengan setiap pembelian 2 Pizza Deals berserta
Pepsi Black 1.5L atau Bold Combos, pelanggan akan mendapat 2x mata ganjaran.
Peraduan terbuka kepada semua pelanggan di Semenanjung Malaysia. Bagi pencinta
Domino’s Pizza di Malaysia Timur, tunggukan pengumuman selanjutnya.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peraduan
Domino's Pizza Malaysia's Everyone’s A Winner serta sebarang promosi yang akan
datang, sila layari laman web kami di www.dominos.com.my/EveryoneIsAWinner.
Singgah pagi jumaat yg mendung....
ReplyDeletesuka dominoooo
terbaek :)
ReplyDeletewahhh macam-macam hadiah ada tu.
ReplyDeleteRabia nak hadiah Samsung Galaxy S9
ReplyDeleteLumayan hadianya kan..siapalah yang bertuah tu..benar2 rezekinya
ReplyDeleterezeki sapa laa yg dpt kereta tu yek
ReplyDeleteMemang bertuah siapa yg dpt kerete tu..
ReplyDeletelame tak ngap dominos.
ReplyDeletelama x makan dominos cik nor belanja deh hahahaha
ReplyDelete