Breaking News

Jom Kongsi Kegembiraan Bersama Keluarga - It's All About You


Assalamualaikum..

Minggu lepas terasa lama sangat tak makan pizza. Rasa teringin sangat nak makan. Dok fikir mana yang cepat nak order pizza. Buka facebook tengahari tu nak blogger dok kongsi pasal Dominos Pizza sempena Kempen It All About You.  Cik Nor pun apa lagi terus jer la berkenan nak order Dominos Pizza. Pilihan Cik Nor petang tu Cheedar Cheese Tarik - BBQ Chicken. Sebenarnya Cik Nor main order jer tu, tahu mana 1 yang paling sedap..eh.. rasanya semua sedap. hehe.


Untuk pilihan roti pula Cik Nor pilih breakstix sebab sebelum ini Cik Nor dah pernah cuba yang ada kulit kayu manis tu. Nak saintifik dia kat Dominos Cik Nor lupa la pulak. hehe. Dua -dua pilihan roti kat Dominos ni sedap. Tak rugi kalau korang cuba kedua-duanya. Kalau tak caya jom la cuba sendiri.


Cik Nor order online jer ni. Tersangat lah mudah. Mula-mula memang agak kekok jugak nak buat tempahan secara dalam talian ni tapi bila kawan-kawan dah ajar jadi mudah la pulak.  Apa yang penting korang kena sign up dulu kat website Dominos Pizza yer. Nanti senaang dia nak masukkan data korang seandainya korang membuat pesanan dalam talian. 

Bila dah sign up dia akan bagi cadangan cawangan mana korang nak pick up order korang tu. Macam kat Kelantan ada 3 cawangan Dominos Pizza ni. Satu kat Pengkalan Chepa, 1 kat Kubang Kerian dan 1 lagi dalam bandar Kota Bharu. Oleh kerana Cik Nor nak pick up sebelum balik kampung, Cik Nor pilih cawangan dalam bandar Kota Bharu. Kat situ paling smooth bagi Cik Nor rasa.


Dah pilih cawangan mana nak pick up, korang kena pilih pizza pulak nak makan yang mana. Cik Nor pilih BBQ Chicken with cheddar cheese tarik dan harganya kena tambah RM4.70 dari harga asal. Tambah pun tambah la janji makannnya enak dong. hihi. Roti pula Cik Nor pilih breakstix dan 2 tin air 7up. Puas hati dengan pilihan korang terus masuk dalam cart. Kalau korang nak sambung order pun boleh atau nak terus proceed bayaran pun boleh.  

Cara bayaran dia pun mudah sangat. Nak bayar secara tunai pun boleh. Nak guna pembayaran secara internet banking pun boleh. Cik Nor pilih pembayaran secara tunai jer sebab RM5.00 sahaja termasuk cukai perkhidmatan. Mudahkan order pizza secara dalam talian ni.


Cik Nor order petang khamis tu dalam pukul 3.30  petang dan set kat form order tu nak ambik pukul 5.45 petang. Punyalah gigih keluar awal dari pejabat, sekali sampai kat Dominos Pizza dalam bandar Kota Bharu pukul 6.10 petang. Nasib la staf Dominos tu tak marah. hehe. Nak buat macam mana semua jalan jem sebab waktu tu waktu puncak orang balik kerja. Maka bertanbahlah Cik Nor menghadap jem sebelum sampai ke Dominos Pizza. hehe


Dah pick up pizza terus bergegas keluar sebab nak balik kampung. Masa kat bandar Kota Bharu cuaca baik lagi. Bila dah sampai pertengahan jalan cuaca dah mulai gelap segelapnya. Masa tu memang dah cuak sangat sebab Cik Nor memandu sorang-sorang. Sempat jugak la tekan minyak sampai 120km/j. Jangan salah sangka, Cik Nor guna highway baru dan tak banyak kereta tu boleh pecut laju sikit. Kalau jalan biasa 60km/j jer.hihi. 

Ingat sempat la sampai dekat-dekat dengan rumah masa hujan lebat. Namun aturan Allah itu kita tidak mengetahui. Sampai kat Peringat, hujan turun selebat lebatnya hingga Cik Nor terpaksa gunakan level viper yang paling laju. Alhamdulillah bila dah masuk kawasan Machang hujan mulai reda dan beransur berhenti.


Kalau tak silap Cik Nor sampai kat rumah lebih kurang 15 minit sebelum masuk waktu solat isyak. Laju jer Cik Nor masuk rumah, semua orang ingat Cik Nor sakit perut. hehe. Bila ayah tanya Cik Nor jawab tak solat magrib lagi la. huhu. Alahmdulillah sempat solat magrib walaupun waktu dah agak semput. 

Begitu lah cerita Cik Nor disebalik kegembiraan untuk berkongsi pizza bersama keluarga. Gigih kan Cik Nor walaupun pelbagai rintangan melanda. hehe. Panjang sangat dah membebel ni, apa kata korang lawati website : https://www.dominos.com.my/itsallaboutyou/ untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini. Jangan tak tahu Dominos Pizza dah 17 tahun bertapak di Malaysia. Lama juga kan. Rasa macam baru jer Dominos ini ada kat Malaysia. hehe. Cik Nor dah cuba, korang bila lagi?





13 comments:

  1. wahhh sedapppnyaaa pizza! tetiba terasa nak makan pizza lak lepas baca entry ni hahahaa

    ReplyDelete
  2. sedapnya....sama la last week pun makan pizza juga...

    ReplyDelete
  3. Lamanyaaaaa tak makan domino,nak bodek ayah humaira la,sedaknyoooo tgk cik nor make hehhehe

    ReplyDelete
  4. Semalam baru makan pizza Domino ni Cik Nor. Flavour yg sama BBQ dengan Tuna Temtation .... Satu lagi Fobulous Box .... puas hatilah sebab dah lama tak makan....

    ReplyDelete
  5. Cik Nor..kita selalu order dominos ni..mmg feveret..sedap dari satu lagi tu...

    ReplyDelete
  6. Memang best dominos ini.. Kalau kita awal pun dia okay je.. Kita lambat pun dia okay je.. memang service dia terbaik..

    ReplyDelete
  7. Sedapnye dominos.. mujur dah makan jugak bos belanja.. hehe

    ReplyDelete
  8. kisah nya di sebalik makan dominos pizza.

    ReplyDelete
  9. selain sedap domino jg murah tu yg selalu beli n mkn ramai2 hehehe

    ReplyDelete