Petua Jaga Kesihatan Cara Cik Nor (2)
Assalamualaikum..
Malam ni tak idea sangat nak tulis apa. Jom Cik Nor bagi petua jaga kesihatan. Semenjak dah nak 4 series ni, Cik Nor asyik kongsi petua jaga kesihatan jer kan. hehe. Kesihatan kena jaga tak kita tua atau pun muda. Betul tak korang?
Petua ni adik Cik Nor yang dapat. Entah dari mana dia dapat tak tahu la. Tapi memang berkhasiat dan berguna kepada sesiapa sahaja yang kurang makan ulam-ulaman. Adik Cik Nor dia suka makan ulam tapi jenis malas nak mengunyah lama. Macam kambing dia kata.haha. Dia dapat idea dari Petua Jaga Kesihatan Cara Cik Nor. Dia blend susu segar, kurma dan pegaga. Katanya macam minum smootie dia kan. Kalau blend dengan ais lagi sedap. Tapi Cik Nor tak buat la, dah nama jaga kesihatan mana boleh letak ais. Cik Nor cuma letak dalam peti ais kejap sebelum minum supaya dia sejuk sikit.
Jom kita tengok apa khasiat pegaga ni :
- Membantu menyembuhkan luka dengan menegangkan kulit dan meningkatkan antioksidan di bahagian yang luka.
- Jus pegaga membantu mencegah kanser kulit yang disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran ultra unggu.
- Ia boleh meningkatkan kecerdasan minda dengan melindungi sel otak dari pendedahan toksik.
- Digunakan untuk merawat parut pembedahan dan kesan penegangan kulit sewaktu mengandung.
- Baik untuk para ibu yang baru melahirkan bayi dengan membantu mengekalkan kembali bentuk badan.
- Jus pegaga juga boleh digunakan untuk merawat ulser mulut.
- Daun pegaga yang dikisar dan kemudiannya dijadikan jus boleh digunakan untuk merawat demam panas.
- Membantu meredakan masalah penghadaman dan mengatasi masalah buasir.
- Jus pegaga juga dipercayai dapat membantu mencerdaskan mental dan emosi. Ia dipercayai boleh meningkatkan kebaikan prestasi kanak-kanak yang mengalami kecacatan akal.
- Membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kulit dan tekanan darah tinggi.
Banyakkan kebaikan pegaga ni. Adik Cik Nor dia minum jus pegaga ni sebelum tidur. Lena tidur dia kata.hehe. Korang kalau rajin boleh la buat hari-hari. Tapi kalau malas, 2 kali seminggu pun ok lah. Apa-apa pun air kosong kena minum banyak-banyak yer. Air kosong penting untuk tubuh badan kita.
kena balik cari daun pegaga ni
ReplyDeletehaishh... cik nor rajin sungguh amalkan petua... bgs la cik nor ni...
ReplyDeletebagus kak nor . rabia dulu minum jugak jus pegaga.sekarang tak minum dah.hehe
ReplyDeleteaduh..kalau minum air campur pegaga macam tak lalu masuk tekak.tapi suka kalau pegaga buat ulam. sedap!
ReplyDeletedok kg ok lg sng nk cari pegaga...dok bndr harapkan pasar je laa hahahah... btw kepahitan pegaga tulah tersembunyi 1001 khasiat
ReplyDeletenanti nak try petua cik noor ni. thanks for sharing..
ReplyDeleteterbaek :)
ReplyDeletekita rela makan gitu je dari buat smoothie ni..haha..risau tekak tak baper nak tima...
ReplyDeletePegaga buat ulam sedap. Tapi kalau buat air tak tahu la boleh telan ke tak Fiza nie..
ReplyDeleteutk minum, aida x brape berani. hi hi hi hi takut tak bleh masuk tekak.
ReplyDeletebut, sgt suka makan berulamkan pegaga.
ohsem.
selalu buat ulam je, nak cuba buat jus ikut petua cik nor pulak lepas ni :D
ReplyDeleteterbaik la cik nor
ReplyDelete