Hadiah Penghargaan Sebagai Althea Angels
Assalamualaikum..
Sungguh tidak Cik Nor sangka dalam menjaja #beautyblogger, Cik Nor terpilih sebagai salah seorang Angels untuk Butterfly Project. Alhamdulillah..Rezeki yang kita tak pernah tahu. Sebelum Cik Nor dapat tahu yang Cik Nor salah seorang Angels, Cik Nor dah perasan lepas sorang-sorang post pasal pemilihan ni. Masa tu dah fikir memang tak ada harapan nak terpilih sebagai Angels. Memang betul-betul redha dah kalau tak terpilih. Sedih kan baca cerita Cik Nor ni.hehe
Namun semua itu sementara sahaja. Kegembiraan jelas terpancar dimuka Cik Nor (eh, macam orang nampak) bila menerima email dari PR Syahira. Syukur sangat-sangat bila terpilih sebagai Angels. Sebagai tanda penghargaan, Althea dengan berbesar hati memberi point percuma kapada semua Angels. Jom tengok apa Cik Nor beli dengan point tersebut.
Petal Velvet Power
Petal Velvet Power dicipta untuk mencerahkan dan melicinkan kulit dengan formula khas yang mengandungi pigmen merah jambu dan ungu untuk menghidupkan kulit yang kusam. Zarah-zarah halusnya membantu mengekalkan sebum diluar tanpa mengeringkan kulit supaya kulit segar seperti kelopak bunga. Sementara itu bau yang menenangkan begitu menenangkan deria bau.
Innisfres's Camellia Essential Shampoo
Innisfree's Camellia Essential Shampoo memberikan tepat apa yang rambut anda diperlukan. Formula pelembab yang lembut menguatkan lagi rambut. Minyak camellia yang berasal dari Pulau Jeju, amat bagus pembaikan rambut yang bermasalah. Dengan menggunakan syampu ini rambut korang akan lbih lembut dan bermaya. Syampu bebas silikon ini sesuai untuk semua jenis rambut terutama yang mempunyai rambut sensitif dan rapuh.
Calmia's Oatmeal Therapy Cleasing Tissues
Calmia's Oatmeal Therapy Cleansing Tissues adalah mesti ada, terutama bagi korang yang sentiasa on-the-go. Katakan selamat tinggal kepada kotoran. Tisu ini mampu menghilangkan kotoran dan juga solekan kalis air (seperti mascara) tanpa mengeringkan kulit. Selain dari oat, ia juga mempunyai campuran ekstrak tumbuhan lain seperti kacang hijau, aloe dan betik untuk mengekalkan kulit lembap dan lembap.
Mini Pore Waterclay Mask
Mini Pore Waterclay Mask membantu merawat kulit sensitif atau pun masalah jerawat. Ia tidak mengeringkan kulit. Mask ini tahan lama dan sesuai untuk semua jenis kulit. Ia mudah dipakai dan dibuat dari bahan-bahan semulajadi.
Semasa Cik Nor membuat pesanan ini ada tawaran dengan pembelian RM100 ke atas akan dapat tote bag sempena ulang tahun ke 3 Althea. Yehaa..dapat barang free lagi..hehe. Korang kalau rasa berkenan dan saja-saja nak cuci mata dengan produk Korea ni, Korang boleh lawati : Althea. Mula-mula cuci mata jer dulu, bila dah cukup duit jangan lupa beli yer. Best tau guna produk dari Althea ni. Tak cuba tak tahu. Bila dah cuba terus jatuh hati..hehe
Terbaek. Tahniah :)
ReplyDeletewahhh..bestnyaa.. tahniah..
ReplyDeleteamboiii sukanya dia melompat smpi ke bintang ya... bertambah cun laa pasni ;-)
ReplyDeleteamboi..seronoknya.....apa-apa pun tahniah yaa
ReplyDeletelaneige ! all time feveret. althea ad diskaun sekarang 15% untuk pengguna laneige.
ReplyDeletewah bestnya.untunglah jad althea angels
ReplyDeleteWawwww cayalah cik Nor. Best tu
ReplyDeleteMeriah hadiahnya.. Tahniah..
ReplyDeleteWahhh tahniah ciknor
ReplyDeleteSeronoklah jadi angel ni. Oatmeal pun dapat, bak sini sikit nak makan..eh!
ReplyDeleteSemua produk best yang Kak Nor beli tu.
ReplyDeletebanyak jugak tu! menarik nak tau pasal innisfree tu
ReplyDeleteoatmeal tu dah try..mmg best..nnti bebila nak repeat lagi beli..
ReplyDeletetahniah cik nor syampoo dia tu dia best tak...
ReplyDeleteUntungnya cik nor.. dah jd angel pula.. makin come la cik nor.. petal velvet powder tu mmg kita teringin nak beli..
ReplyDelete