Breaking News

Bahagia


Assalamualaikum..

Tajuk kemain hebat tapi ceritanya tidak sehebat tajuk. Eh, boleh pulak macam tu Cik Nor ni. Orang tajuk mesti selari dengan isinya. Bahagia tak semestinya sedang dilamun cinta atau sebagainya. Bahagia bila sesuatu yang korang impian itu berjaya dicapai. Betul tak korang?hehe

Cakap pasal bahagia ni, nak cerita la kat korang. Korang ingat tak dalam entry Apa Korang Buat Bila Ada Masalah Cik Nor ada cerita masalah Cik Nor kat situ. Alhamdulillah..berat doa korang semua permohonan Cik Nor tu dah diluluskan. Sama dengan hari Cik Nor salah booking tiket flight tu. Dalam duka Cik Nor ada manis rupanya. 

Masa siang tu dah check, tengok website eperolehan masih under construction. Sampailah petang masih tak boleh buka. Tak apa lah mungkin banyak benda yang diorang nak baiki lah tu. Ayat cuba sedapkan hati.hehe. Malam tu  saja-saja gatal tangan cuba la buka website eperolehan. Eh boleh buka la pulak. Masa buka tu memang tak jangka permohonan lulus tapi bila tengok berdaftar rasa macam nak lompat bintang tang-tang tu gak. Apa-apa pun terima kasih Ya Allah makbulkan doa hamba Mu yang lemah ni.

Malam tu jugak download sijilnya dan terus hantar kat bos Cik Nor. Tengok betapa excitednya Cik Nor bila masalah yang membelenggu hidup selama ini telah selesai. Kalau sebelum ni memang tak ada hati nak pergi kerja. Ye lah, tanpa kelulusan kod bidang tu apa pun tak boleh buat. Asal masuk pejabat mesti dial nombor pejabat Kementerian Kewangan Malaysia , Unit Pendaftaran Syarikat. 8 jam kerja tak pernah satu pun telefon diangkat. Email tak payah cakap la, setiap hari mesti ada jer email Cik Nor hantar. Rasanya pengawai pemproses cakap Cik Nor kurang waras dah.haha. Mana taknya..setiap hari mesti Cik Nor hantar email kat dia kecuali hari minggu.

Gamaknya orang tu dah bengang asyik terima email dari Cik Nor, tu dia cepat-cepat luluskan permohonan Cik Nor. Eh,macam tak logik jer apa yang Cik Nor katakan ni. Mungkin dah sampai masa untuk dia mengesahkan permohonan Cik Nor. Yelah masuk minggu ke-3 tak kan tak ada  apa-apa tindakan lagi. 

Cuma satu jer pesan Cik Nor apa pun masalah kita, tak kira besar atau kecil ingat Allah selalu. Sujud lah, berdoa lah, nescaya Allah Maha Mengetahui dan Maha Pengasih. InsyaAllah..Allah akan makbulkan tak kira cepat atau pun lambat.

15 comments:

  1. betul cik nor..yg penting berdoa..kuasa berdoa...

    ReplyDelete
  2. betul tu yang penting apa pun masalah doa dulu mintak ngan Allah kan...

    ReplyDelete
  3. Dia lah yakni Allah tempat meminta ..alhamdulillah nukmat bahagia

    ReplyDelete
  4. betul tu...setiap permasalahan InsyaÁllah ade jalannya yg penting kita usaha...doa pada Allah swt..

    ReplyDelete
  5. Tahniah CikNor! Kalau company takde kod bidang susahla nak apply tender kerajaan kan..rindu pulak rasanya nak duk depan eP ni isi borang tender >_<

    ReplyDelete
  6. Syukur Alhamdulillah settle kerja Cik Nor

    ReplyDelete
  7. Alhamduillah syukur CikNor.. LZ tumpang gembira bila CikNor berjaya tangani masalah ini..

    ReplyDelete
  8. Betul tu cik nor.. Apa yang berlaku ada hikmah dan kena sentiasa Allah

    ReplyDelete
  9. Betullah tu. Semua perkara atas izinNya. Berdoa ajelah kepada Dia kan...
    Lega ye Cik Nor urusan keje dah selesai

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah dipermudahkan urusan ciknor mungkin brrkay doa juga tu

    ReplyDelete
  11. Permohonan apa tu ciknor?
    Erm.. Btul. Kalau kita dah usaha, kita berdoa, berserah dan tawakal.
    Kdang penat menunggu, dah takde feel kadang, tengok2 elok diluluskan..
    Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  12. masalah bkn melemahkan kita tp sebenarnya menguat dan mematangkan kita. kalau siapa x nk masalah, sila jd org x siuman ;-)

    ReplyDelete