Breaking News

Bila Anak Kucing Dicuri Orang


Assalamualaikum...

Hujung minggu lepas adalah minggu yang agak sedih bagi keluarga Cik Nor. Bukan sedih sebab apa tapi sebab terkilan bila anak-anak kucing peliharaan kami tiba-tiba hilang tanpa dikesan. Nak kata kena langgar kereta, tiada kesan-kesan atau bangkai disekitar rumah. Kalau kena langgar mesti seekor jer yang kena. Apa yang peliknya dua ekor yang hilang. Kucing Cik Nor ni 3 beradik semuanya. Yang hilang 2 beradik. Dalam gambar kat atas tu, yang 2 ekor kat depan tu yang hilang. 

Sekarang yang tinggal cuma yang kat belakang tu jer. Kesian pulak yang tinggal tu, kadang-kadang pergi depan rumah tunggu yang 2 ekor tu balik sebab kebiasaan yang 2 ekor depan tu nakal selalu menyorok dari dia. Tapi penantian dia hampa bila adik-beradik yang ditunggu tak kunjung tiba. Allahuakbar..tiba-tiba terasa sebak bila ingatkan ketiga-tiga beradik ni. Mereka tak pernah berenggang walaupun tidur. Mesti sederet jer tidur walau kat mana mereka tidur. Ya Allah..tak sanggupnya nak meneruskan entry ni. Rasa nak mengalir dah airmata ni.

Memang kami ada niat nak bagi kat orang anak-anak kucing ni. Tak sangka pulak jadi macam ni, kot ya pun berkenan kat anak-anak kucing kami janganlah main curi macam tu. Kalau mintak cara elok kami tak tolak permintaan tu. Walau apa pun kami tak halalkan dan tak redha pada yang curi kucing kami tu. Kami tak putus berdoa moga orang yang curi tu terbuka pintu hati untuk mengembalikan semula kucing kami itu.

Kejadian ni berlaku di siang hari ketika semua orang dirumah Cik Nor sedang lega membuat kerja harian. Kalau berlaku malam kami tak kisah sangat sebab malam kami memang lepas diaorang kat luar rumah tanpa letak dalam mana-mana sangkar. Semua orang kat rumah tu kat perasan bila orang masuk kawasan rumah dan ambik kedua-dua ekor kucing tersebut. Anak-anak kucing Cik Nor ni memang tak main luar kawasan rumah. Biasa mereka main di sekitar parking kereta jer. Ini bermakna orang yang curi tu masuk ke halaman rumah Cik Nor. Ini boleh dikatakan menceroboh kawasan milik orang lain. huhu

Kepada yang mencuri anak-anak kucing Cik Nor tu, kembali kan lah mereka. Kami sentiasa berdoa moga Allah pertemukan kami dengan mereka semua tak kira dalam apa keadaan sekali pun. Aamiin.

16 comments:

  1. comel baby cat... ada la tu bawak main...

    ReplyDelete
  2. kucing kalau comel memang orang curi, kalau kucing liar tak nak pulak ambil.

    ReplyDelete
  3. kesiannya, semoga kucing cik nor dikembalikan, tapi klau org yg ambil tu betul2 ambil n jaga elok2, alhamdulillah..jgnlah diapa-apakan kucing tu..huhu..

    ReplyDelete
  4. Sabar ya Cik Nor.. harap dapat jumpa balik kucing-kucing tu ya..

    ReplyDelete
  5. Macam2 hal. Kucing pun nk curi. Adududu

    ReplyDelete
  6. Alahai mmg gitu lah kalau comel mmg kena krbas org yg xde sivik

    ReplyDelete
  7. Harap terbuka hati orang itu untuk minta izin dari Cik Nor..
    Sedih bila anak kucing kesayangan hilang camtu..

    ReplyDelete
  8. Mungkin peminat kucing yang ambil.
    Memang sedih kalau kucing kesayangan hilang atau mati.

    ReplyDelete
  9. Ala.. Siannya yg sekor tu.. Sedey baca, dia tggu yg adik badik dia lagi 2 ekor tu.. Huhu.. Moga dpt semula yg 2 ekor tu...

    ReplyDelete
  10. kucing pun ada perasaan kasih dan sayang kesian dia ternanti2..tak baik tau sapa yang ambil tu

    ReplyDelete
  11. ayoyo bahaya! ciknor kena pasang cctv pasni

    ReplyDelete
  12. tu laa masalah org kite...time kucing tu skt, comot... sorang pun x layan...bila dah gebu sihat... sng je dia songlap...

    ReplyDelete
  13. alahaii..sedihnya kalau kucing hilang. kalau nak cakaplah kan. at least tahu kemana kucing tu

    ReplyDelete
  14. kesian yang sorang tu, mesti tercari2. semoga 2 beradik tu kembali semula...ameen

    ReplyDelete
  15. alahai...
    moga berjumpa balik ye, ciknor.
    aida ni penggeli kucing.
    tapi anak2 aida biar diorang mesra kucing.
    ada la rasa syg kat kucing.

    ReplyDelete