Breaking News

Susu Fernleaf 100% Susu Dari New Zealand




Assalamualaikum...

Bila sebut pasal susu mesti ada yang suka dan tak kurang pula yang tak suka. Yang suka tu tak usah cakap la. Asal sebut jer susu mesti butang jer mata. Kalau yang tak suka tu, macam-macam jenis mimik muka boleh kita lihat. Ada yang nak muntah, ada yang tak boleh bau susu dan macam -macam gelagat yang agak menjengkilkan boleh korang lihat. Sebelum ni Cik Nor pun tak suka sangat minum susu. Nak cari yang serasi dengan Cik Nor agak susah jugak la. Ada sesetengah susu tu boleh membuat Cik Nor cirit birit.


Sehinggalah Cik Nor bertukar kepada susu jenama Fernleaf. Susu dari jenama ini betul-betul serasi dengan Cik Nor. Sekali minum tak ada apa-apa kesan negatif kepada perut Cik Nor. Bak orang kata susu Fernleaf ni terbaik dari ladang. Kalau korang nak tahu di Fernleaf, lembu tenusu adalah jiwa dalam industri tenusu mereka dan para peladang mereka menjaga lembu-lembu mereka dengan penuh dedikasi.


Apa yang korang kena tahu pasal Fernleaf ni, di New Zealand mereka mengusahkan ladang mereka secara semulajadi iaitu memberikan kebebasan kepada lembu mereka untuk meragut di padang rumput yang subur. Oleh kerana itulah susu yang dihasilkan mempunyai sumber makanan semulajadi kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan kita. Ia juga mengandungi banyak nutrien penting lain seperti protein yang berkualiti tinggi, vitamin A dan vitamin D.

Lembu Tenusu Dan Rumput

Dari apa yang Cik Nor baca, bukan semua lembu tenusu diberi makan rumput. Habis lembu-lembu ni makan apa? Di New Zealand dengan tanahnya yang subur, kadar hujannya yang baik dan cahaya matahari yang banyak menjadikan salah satu tempat yang terbaik di dunia untuk menghasilkan susu.  Ia merupakan salah satu negara yang lembu tenusu dapat meragut rumput secara bebas,  tanpa terkurung dalam kandang, yang aman rumput mereka adalah rumput yang berkkualiti tinggi dan terbaik dari alam supaya mereka dapat menghasilkan susu berkhasiat yang berkualiti tinggi.


Biar betul 90% masa dihabiskan untuk meragut rumput secara bebas pada hari yang cerah? Memang betul sebab dengan cara ini lembu tenusu mereka secara tidak langsung mendapat kandungan vitamin D yang sihat. Oleh itu, lembu tenusu mereka menghasilkan susu dengan tahap vitamin D yang tinggi berbanding lembu tenusu lain yang sering terkurung di dalam kandang.

Lembu Tenusu Menghasilkan Susu Secara Semula Jadi

Apa yang pasti rumput yang berkualiti tinggi, iklim yang sesuai, udara dan air yang bersih, lembu tenusu mereka menghasilkan susu secara semula jadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu. Ini lah susu yang memang terbaik dari ladang kerana ianya dihasilkan secara semulajadi.



Pakar Tenusu

140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu, peladang yang berdedikasi dimana mereka bangga dengan kerja mereka, memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu bermula daripada air yang bersih, rumput yang berkualiti sehinggalah produk sedia untuk diedarkan kepada pengguna.


Susu Fernleaf ini dihasilkan penuh dengan 100% manfaat terjamin dari New Zealand.  Susu Fernleaf UHT ini hadir dalam 3 variasi yang begitu lazat iaitu Full Cream, Low Fat dan Chocolate. Ia boleh didapati dalam pek 1 liter dan 200ml.  Cik Nor dah cuba ketiga-tiga variasi ini ternyata ketiga-tiganya berjaya menawan hati Cik Nor. Kenapa pilih jenama lain kalau Fernleaf terbaik untuk korang?

14 comments:

  1. susu kotak ni sy jarang sikit minum kecuali dia tambah kurma ke, strawberi ke... br boleh telan... kalu putih semata payah sket hahaha

    ReplyDelete
  2. susu yang dipercayai ramai kan semestinya Fernleaf la

    ReplyDelete
  3. Nie la lembu yg ditunggu tu yer cik nor.. comel la boleh buat deco dlm rumah..

    ReplyDelete
  4. Fernleaf sememangnya jenama susu yang dikenali dan digemari ramai termasuklah saya sendiri

    ReplyDelete
  5. sukanya susu ni! tambah yang coklat hehe

    ReplyDelete
  6. cik nor pun dgn lembu viral ni ekk :) hi hi hi hi
    fernleaf ni kat otai brand kat malaysia.
    sedap.
    anak2 aida suka minuman milk based gini.
    kalau stop kat petrol pump, confirm diorang borong air ni.

    ReplyDelete
  7. teringat dlu masa kecik² klu keluar iklan susu lembu ni...
    automatik mulut buat bunyi lembu..kekekeke

    ReplyDelete
  8. Tiba2 sedap.. tapi yang selalu beli coklatlah. Sekejap je dah habis

    ReplyDelete
  9. LZ suka susu Fernleaf ni terutama perisa coklat..

    ReplyDelete
  10. mek suka beli fernleaf buat stok. dia tak berbau susu sangt

    ReplyDelete
  11. kalau kat rumah ni yg habiskan susu ni cik ash hahaha.. abe cik ash bab susu kurang hahaha

    ReplyDelete