Bila Ko Buat Silap
Assalamualaikum..
Minggu lepas adalah minggu duka bagi Cik Nor tetapi ada ada juga kegembiraan disebalik duka itu. Pasal yang gembira itu nanti Cik nor cerita semula dalam entry akan datang. Dalam entry ni Cik Nor cerita pasal yang duka dulu lah yer. Duka bukan pasal ada kematian ke apa tapi duka sebab buat silap. huhu.
Begini ceritanya, minggu lepas engineer dan bos Cik Nor ada mesyuarat di Kuala Lumpur. Seperti biasa Cik Nor lah akan booking tiket flight untuk diaorang tu. Masa booking tiket flight tu buat bersama-sama dengan engineer Cik Nor. Cik Nor ni jenis yang tak confident bila buat sesuatu yang penting. Nak kena ada orang lain jugak tolong sahkan ianya betul dan tepat.
Cik Nor dah tengok betul dan engineer dah sahkan betul, maka Cik Nor booking la tiket flight untuk dua orang. Dah la booking tu tiket pergi balik. Harganya around RM500++. Dengan senang hatinya booking tanpa melihat semula detail flight yang di booking. Sampai lah hari nak berlepas baru semua orang perasan tiket flight tu salah. Sepatutnya flight mula-mula dari Kota Bharu ke KLIA2 tapi Cik Nor g booking KLIA-Kota Bharu.
Memang dah tak boleh buat apa-apa dah sebab dah check in online. Masa dapt tahu tu memang dah ketaq lutut takut kena marah dengan bos. Memang bos marah jugak masa tu tapi Cik nor berkali-kali mintak maaf. Nasi dah menjadi bubur, memang burn la tiket flight tu. Untuk engineer Cik Nor terpaksa booking yang lain pada hari yang sama tapi masa yang berbeza.
Bos Cik Nor whatsapp dan dia macam marah-marah pasal silap ni. Cik Nor mintak maaf sekali lagi dah cakap kat dia sukarela Cik Nor potong gaji untuk membayar ganti rugi tersebut. Kalau tak cakap macam tu mesti dia lagi bising.huhu. Maka hujung bulan ni bermulalah seisi memotong gaji, pasrah la. Bila Allah kata tu bukan rezeki ko, maka ko kena redha.Berhati-hati macam mana sekali pun tetap juga berlaku kesilapan.
Kalau korang kat tempat Cik Nor, adakah korang akan buat macam Cik Nor juga untuk bayar ganti rugi syarikat?
yea..saya rasa saya buat menda yg sama utk elakkan bos lagi marah dengan kita...kurang-kurang buat macam tu, sejuk sikit hati dia..lagipun memang salah kita..huhu...
ReplyDeleteya Allah ..kesiannya..banyakkan bersabar ya..tak apa Allah akan bantikan yang lebih baik..anggap sebagai satu ujian memantapkan iman..sedekah kan sahaja..
ReplyDeleteya Allah banyak tu jumlahnyaa.. harap2 lah bos tak marah lama2.. sabar dan anggaplah ini ujian untuk jadi hambaNya yang lebih baik. kite takde kat tempat cik nor, kalau kite di tempat cik nor, mesti dah kecewa dan menangis.. sabar yaa..
ReplyDeletesha selalu jugak kalau buat salah suruh potong gaji, tapi insyaAllah nanti datang la rezeki lain tu. semoga dipermudahkan urusan ciknor lepas ni ye :)
ReplyDeleteUjian :) Kalau syaza, personally bayar je.. or potong gaji.. bossm pun marah2.. nanti lagi bising.. inshaAllah rezki kak di tempat lain..
ReplyDeleteKesian cik nor, sabar k. Semoga urusan kerja lepas ni lebih dipermudahkan dan berjalan lancar.
ReplyDeletesabar ler Cik Nor -
ReplyDeleteKalau masalah yg melibatkan pekerja - duit syarikat, memang tak boleh lari dari dikenakan potong gaji. x boleh nk elak. biarlah kena potong gaji drpd kena tindakan tatatertib yg lain... sabar ya cik nor...
ReplyDeleteSemoga makin murah rezeki cik nor lepas ni ,itulah kekadang ada hikmah disbealik yg berlaku ya cik nor sabar deh.. kalo wani buat benda sama jugakk huu
ReplyDeleteAlahai kesiannya CikNor, tapi rasanya kalau saya kat tempat CikNor pun akan buat benda yang sama sebab taknak rasa serba salah. At least kalau dah buat camtu, tenang sikit hati walaupun sedih duit gaji kena potong..huhu..
ReplyDeleteAduhaiii mmg betul duka tu Cik Nor. Yelah dah salah kitakan terpaksalah redho. Sebagai penalti atas kecuaian kita. Kalau kita tak buat mcm tu lagilah kita rasa bersalah kan
ReplyDeleteAlahai ciknor.. kesiannya. Manusia x Kari Dari kesilapan mungkin Ada hikmahnya perkara ini terjadi
ReplyDelete