Herba Dan Rempah McCormick Berwajah Baharu
Rakyat Malaysia di seluruh
negara akan dipersembahkan dengan wajah baharu bagi rempah kegemaran mereka di
rak-rak kedai apabila McCormick, pengeluar herba dan rempah yang terkenal di
dunia, menyuntik nafas segar ke dalam rangkaian produknya dengan pembungkusan terkini
yang lebih menarik dan bergaya.
Dengan logo yang dikemas
kini dan warna-warna menarik, pengguna kini dapat mencari produk McCormick
kegemaran mereka dengan mudah di rak-rak kedai. Imej kontemporari dan yang
bertumpu kepada penggunaan kod warna baharu hijau, merah dan oren untuk setiap
kategori produk, membolehkan pengguna memilih apa yang diperlukan dengan mudah,
sama ada mereka menginginkan herba, rempah atau perasa.
Anda mencari inspirasi
sambil memasak? Label baharu disertakan dengan pelbagai cadangan dan idea
tentang cara untuk menggunakan setiap produk, sama ada untuk ditabur di atas bahan
tertentu, digandingkan dengan satu lagi produk McCormick, atau ditambah ke
dalam sajian kegemaran.
Menurut Mohan Alagappar, Pengurus
Besar GBA Corporation Sdn Bhd, pengedar eksklusif bagi McCormick, “Sebagai
pakar dalam pengeluaran herba dan rempah, McCormick memahami pengguna kami dan
mengetahui apa yang mereka ingini. Wajah baharu direka supaya lebih jelas dan
lebih menarik pandangan, dengan nama produk lebih besar dan maklumat yang jelas
untuk kesenangan pengguna kami. Paling penting, pembungkusan lebih menarik ini
terus mencerminkan janji jenama kami untuk menambah kesegaran dan kelazatan
rasa kepada setiap sajian masakan.”
Banyak produk McCormick sudah
berwajah baharu, termasuk rangkaian produk popular seperti Black Pepper Cracked, Oregano Leaves, Paprika Ground, Mixed Herb, Chili
Flakes dan lain-lain yang boleh didapati di saluran runcit utama dan juga
pasar raya di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut
tentang herba dan rempah McCormick atau idea-idea resipi, sila layari laman web
www.mccormick.com.
nak beli lah nanti! cantik wajah baru dia hehe
ReplyDeleteLawa wajah barunya ni
ReplyDeleteSelalu gak nmpk kat pasaraya tapi tak pernah beli.. Tertarik dengan packaging dia...
ReplyDeletetapi penutup hijau ttp x berubah ;-)
ReplyDeleteLZ selalu guna jenis McCormick ni Cik Nor, wah sekarang berwajah baru tapi masih mengekalkan penutup warna hijau..
ReplyDeletecantik packaging ni :)
ReplyDeleteni pulak macam menarik minat untuk memasak. ohoiii
ReplyDeletetak pernah beli brand ni.. nanti nak try gak la hahahha
ReplyDelete