Breaking News

Apa Korang Buat Bila Ada Masalah


Assalamualaikum..

Topik Cik Nor memang tak pernah lagi dari masalah. Tapi memang tipu lah kalau ada yang tak ada masalah. Kalau ada yang tak ada masalah memang bagus la. Tak pening kepala nak fikir.  Masalah yang kita hadapi tak kiralah dirumah atau pun ditempat kerja. Semuanya berkaitan masalah.huhu

Macam Cik Nor sekarang ni masalah kat tempat kerja. Kat rumah sewa pun ada masalah juga tapi tak adalah besar sangat macam kat tempat kerja. Dalam entry sebelum Cik Nor ada cerita tapi lupa entry yang mana 1. Cik Nor ada buat pembaharuan sijil kementerian kewangan Malaysia untuk syarikat tempat Cik Nor kerja sekarang. Semasa membuat pembaharua tersebut Cik Nor dah terpadam salah satu kod bidang syarikat. Allahuakbar.. memang menggigil dah kat situ bila tanya staf eperolehan, mereka kata kena tunggu 1 tahun baru dapat tambah kod bidang tersebut. Tapi bila confirm balik dengan staf kementerian kewangan, kalau terpadam semasa buat pembaharuan boleh terus tambah lepas buat bayaran. Lega dah kat situ.

Yang jadi masalahnya sekarang Cik Nor dah tambah kod bidang tersebut tapi ditolak oleh pegawai kementerian kewangan kerana dokumen sokongan tak mencukupi. Mana Cik Nor tahu kena hantar dokumen macam nak review.  Cik Nor dah hantar lagi permohonan dan lengkapkan semua dokumen sokongan yang di perlukan. Tapi yang menjadi masalahnya tempoh untuk pengesahan tersebut mengambil masa yang agak lama iaitu 7 hingg 14 hari bekerja. Sedangkan Cik Nor perlukan kod bidang tersebut untuk membuat tuntutan dan juga perjanjian projek.

Memang berat dugaan Cik Nor kali ni. Bos pulak asyik bagi tekanan supaya kod bidang tersebut lulus dalam masa yang singkat. Cik Nor dah cuba slow talk dengan pegawai kementerian kewangan tapi katanya kalau luar Kuala Lumpur mengambil masa 30 hari bekerja. Ini lagi membuatkan jantung Cik Nor macam nak tercabut. Apa yang Cik Nor harapkan agar pegawai pemproses iaitu Puan Afifah Ariffin cepat meluluskan dan mengesahakan permohonan tambah kod bidang tersebut. aamiin

Buat masa sekarang Cik Nor hanya mampu berdoa dan buat solat hajat agar Allah bantu Cik Nor menyelesaikan masalah ini.  Setiap kali selepas berdoa Cik Nor akan sujud balik doa dalam hati dengan seikhlas mungkin agar pun tersebut cepat mengesahkan dan meluluskan permohonan yang Cik Nor buat. 

Korang semua tolong doakan Cik Nor agar masalah ini dapat diselesaikan dengan cepat dan jayanya.. aamiin

11 comments:

  1. ala..nieyl x suka kalau ade perasan cmtu lagi-lagi bab keje...tapi betul la klu tak ade salah kita tak tahu nak cara nak perbaikinya...apa-apa pun nieyl doakan semoga masalah cik nor ni cepat diselesaikan..Amin...

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan urusan ciknor, sha kalau masalah kat rumah mmg boleh handle lagi kalau bab kerja ni kadang susah nak handle huhu

    ReplyDelete
  3. Moga dipermudahkan semuanya Cik Nor..
    Sis kalau ada masaalah, Sis lebih suka membaca, tak kisah buku apa, dan ada masa suka pandu kereta, dalam pada memandu tu, otak macam-macam fikir. Sampai ada satu tahap, sambil berdoa tu, tiba-tiba masaalah tu Allah permudahkan..
    Jangan putus berdoa ye Cik Nor, Allah sentiasa Ada..

    ReplyDelete
  4. aamiin..tak suka kan bila ada masalah macamni..tapi tue la nak tak nak kena hadap jugak..semoga dipermudahkan cik nor..

    ReplyDelete
  5. saya doakan cik Nor dapat atasi masalah dengan tenang dan sabar..

    istighfar dan selawat sebanyak yang boleh..

    nanti akan datanglan penyelesaian kepada masalah

    ReplyDelete
  6. insya allah... setiap masalah pasti ada penyelesaiannya... jgn putus doa dan harapan...

    ReplyDelete
  7. semoga dipermudahkan buat cik nor.. setiap orang ada masalah hihihi... lama gak nak menunggu kod bidang tu..

    ReplyDelete
  8. Moga dipermudahkanNYA hendakNYA.. InsyaAllah.. Aamiin..

    ReplyDelete
  9. Semoga segalanya dipermudahkan... Amin, amin....

    ReplyDelete
  10. Kita faham masalah cik nor tu. Sebab daftar mendaftar nie memang kerja Fiza sekarang. Kadang-kadang bos nak jwpn cepat sedangkan bukan bidang kuasa kita untuk cepat atau lambat. Semoga segala urusan kerja cik nor dipermudahkan.

    ReplyDelete
  11. Allahuakhbar. Memang boleh menggigil satu badan la pun kalau kita pun jadi mcm ciknor. Yela, berkaitan dengan hal kerja kan. Hal penting pula tu.

    ReplyDelete