Breaking News

Bila Orang Kampung Makan Makanan Barat


Assalamualaikum..

Bila baca tajuk mesti korang nak tergelak kan? Mana tak nya, mana ada lagi orang jakun makan makanan barat kecuali Cik Nor yang jarang-jarang jumpa ni. Haha. Sila jangan kutuk depan-depan. Kalau nak kutuk jugak sila kutuk kat ruangan komen supaya semua orang boleh baca kutukan korang tu. Adilkan?haha

Begini ceritannya, dalam bulan Ogos kot Cik Nor terima voucher dari PR sebab selalu publish media release dia. So, Dia bagi reward lah kat Cik Nor berupa voucher Nandos bernilai RM30.00. Tarikh luput voucher hujung tahun ni. Tapi Cik Nor pergi tebus awal sebab Cik Nor niat nak berhenti kerja dan bermastautin kat kampung. Apa cerita pasal kerja Cik Nor sekarang? Korang tunggu la dalam entry akan datang. Hehe

Nak tebus voucher ni kena pergi Aeon Mall. Tempat paling malas Cik Nor nak pergi. Bukan apa, tempat dia luas sangat. Macam nak patah kaki menapak dalam tu. Bohong kan Cik Nor ni. Bukan semua kedai Cik Nor masuk kan? Certain kedai yang Cik Nor berkenan jer Cik Nor singgah. Pusing-pusing dalam tu sampai puas hati. Akhir sekali pergi la tebus voucher tu.

Masa nak pilih apa yang nak makan pun dah nampak kejakunan kat situ. Nasib kawan yang teman tu lebih kurang jakun macam Cik Nor jugak. Kalau tidak haremm kena gelak.haha. Cik Nor pilih ayam yang 1/2 ekor, salad dan air minuman. Ada terlebih sikit la dari voucher tu, dalam RM1 atau RM2 Cik Nor kena bayar guna tunai.

Tanya kawan, nak makan kat situ atau nak tapau bawak balik. Dia cakap tapau la kak, sedap sikit kita makan kat rumah. Cik Nor on sahaja. Balik-balik umah terus buka sebab tak tahan bau yang harum semerbak sejak dalam kereta lagi. Sekali cuba, kenapa tawar macam makanan hospital.haha.Apa lagi buka lah sos yang dia bagi tu. Mak aii, kenapa pedas dan masam ni. Aduii..memang bukan citarasa Cik Nor ni. Akhir sos cili jadi pencecah paling best. Manakala sos yang masam dan pedas tadi Cik Nor gaul makan dengan salad.haha.

Ke Cik Nor salah ni? Sos yang masam dan pedas tu untuk mana sebenarnya?haha. Mohon penjelasan kepada yang suka makan kat nandos tu. Tolonglah kakak mu yang jakun ni supaya tidak jakun lagi bila makan di Nondos.haha. Sekian.Kejakunan ku terselah.haha

8 comments:

  1. jgn tanya sy... sy x penah mkn nando... kalu ayam sj penah laa tu pun org kasi heheh

    ReplyDelete
  2. haha esok2 pasti boleh lakukkannya

    ReplyDelete
  3. sha pun takpernah makan nandos hahahaha :3

    ReplyDelete
  4. Hehe..kita pun tak tahu ciknor. Blog pergi sana mesti terjah dapur penyet je hehe

    ReplyDelete
  5. Saya dulu pun mula2 macam cik nor gak.. Sos dia tu ada jenis2 dia.. Pilih ikut selera kita..saya tak ingt yg mana satu sedap.. Jarang masuk ke nandos ni..

    ReplyDelete
  6. Saya lagi la cik nor.. tak pernah masuk nando, apatah lagi makan..

    ReplyDelete
  7. hihi. nandos tu memang sos nya masam pedas cik nor. sedap. mek slalu ambik yg wild herbs

    ReplyDelete
  8. sama la kita cik nor xpernah makan nandos hahaha...

    ReplyDelete