Breaking News

Apa Orang Cari Kat Blog Korang?


Assalamualaikum..

Baca tajuk macam blog hebat jer orang nak cari apa kat blog Cik Nor. Setiap hari mesti Cik Nor tengok keyword apa orang cari kat blog Cik Nor. Kebanyakkan keyword yang diorang cari tu mesti berkaitan dengan apa yang selalu Cik Nor tulis. Tak kiralah makanan, personal, petua dan macam-macam lagi lah.

Bila tengok keywords kat atas tu rasa nak tergelak bila baca goyang kaki dapat duit. Entry apa yang Cik Nor pernah tulis macam tu? Tengah fikir jugak ni ada tak ayat tu Cik Nor tulis dalam entry. hihi. Yang lain-lain tu seperti limau purut, inai, dominos tu memang Cik nor pernah tulis entry berkaitan. Memang tak hairan lah kalau banyak carian untuk perkataan-perkataan tu. 

Sejak bila pulak goyang kaki boleh dapat duit ni? Cer bagitahu caranya, macam mana nak dapat duit dengan goyang kaki jer.haha. Zaman sekarang ni kalau tak kerja memang makan pasir la jawabnya. Serba serbi guna duit zaman sekarang ni, tak ada yang percuma kecuali udara. hehe. Ingat zaman dulu-dulu jer hidup susah. Zaman sekarang ni lagi susah. Ada kerja tapi gaji ciput sedangkan barang keperluan setiap hari makin meningkat. Tapi bila fikir-fikir balik tak ada guna mengeluh. Ada sebab Allah buat kita susah dan ada sebab Allah buat kita senang. Apa yang penting ingat Allah selalu tak kita senang atau susah.

Rezeki Allah ni luas, rajin berusaha maka dapat lah hasil yang lumayan. Jika goyang kaki tanpa sebarang usaha, masuk angin keluar asap la jawabnya. hehe. Lain tajuk, lain isi kandungannya..hihi. Jangan panggil blog Cik Nor kalau tak merapu..hihi

14 comments:

  1. kadang boleh tersenyum sendiri tengok keyword apa yang naik kat blog kita...

    ReplyDelete
  2. wah nanti rabia nak research jugaklah apa yg org suka baca blog rabia ni

    ReplyDelete
  3. memacam kalau tgk kat keyword tu..kdg tu terpikir, eh ada tulis meh entry yg guna keyword tu...haha

    ReplyDelete
  4. Entri2 yg meletup di laman Cik Nor..tahniah

    ReplyDelete
  5. hehehe.. dah lama tak tengok keyword2..nanti nak tengok gak la apa yang diorang cari kat blog TB

    ReplyDelete
  6. Ciknor tgk yang kat blog ke dari nuffnang? Kita punya kat nuffnang dah berkuburrr dah. Teruk betul kan.

    Ciknor, blh la goyang kaki dapat duit. Orang dok enjut mesin jait. Mesin jait dolu doluuu tu. Kikiki

    ReplyDelete
  7. ada laa cik nor goyang kaki dpt duit... tu hah... org menjahit baju hehehehe

    ReplyDelete
  8. macam macam orang cari. yang pelik pelik pun ada kadang tu

    ReplyDelete
  9. rekod kat blog ejulz setakat ni bahasa bidayuh serian.. hehe

    ReplyDelete
  10. mcm2 org search kat blog yer..kite punye blog org search psl rumah..deko2 tu tidak ler sangat..hehe

    btw, jemput singgah blog kite yer sis :) http://julsjulie80.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. Goyang kaki dapat duit.. itu kelakar.. adududu..

    ReplyDelete
  12. kelakar pun ada kekadang bila cek keywords ni.

    ReplyDelete