Korang percaya tak???
Korang baca email nie n korang nilailah sendiri btl atau tdak......:(
Kpd yg menerima email yg mcm ni jgn cepat terpedaya. Ini Spam!
----- Forwarded Message ----
From: Rohayu Binti Abdul
Sent: Mon, March 21, 2011 8:21:54 PM
Subject: Assalamualikum
From: Rohayu Binti Abdul
Sent: Mon, March 21, 2011 8:21:54 PM
Subject: Assalamualikum
Assalamualikum... Saya Puan Siti Rohayu Binti Abdul Razak dari Malaysia. Saya seorang janda yang kematian suami dan tidak mempunyai anak, Saya berkahwin dengan Mohd Aminuddin Bin Muhammad Abas yang bekerja sebagai Jurutera dengan Kedutaan Besar Malaysia di United Kingdom selama dua belas tahun dan bersara sebagai pedagang minyak sebelum meninggal dunia pada tahun 2006 yang lalu. Selepas kematian suami, saya mengambil keputusan untuk tidak berkahwin lagi atau mengambil anak angkat. Saya berjuang melawan kanser payudara selama tiga tahun selepas kematian suami. Dia meninggal dunia setelah koma selama dua minggu selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya. Baru-baru ini, doktor peribadi saya berterus terang dan mengatakan bahawa saya tidak akan dapat bertahan lama, dan mungkin hanya dapat bertahan dua bulan sahaja kerana penyakit kanser yang saya deritai sekarang. Saya mempunyai deposit $1.3 Juta US Dollar (Satu Juta Tiga Ratus Ribu Dolar Amerika Syarikat) dengan Bank di UK. Saya berhajat untuk menggunakan wang tersebut untuk membantu mereka yang memerlukan di sini. Secara ringkas saya ingin menggunakannya untuk membantu mereka yang memerlukan dan sebagai tanggugjawab sesama manusia dan saudara sesama Islam. Saya mengambil keputusan ini kerana saya tidak mempunyai anak yang akan dapat mewarisi wang ini dan ibubapa saya juga sudah meninggal dunia sebelum kematian suami saya. Saya tidak mempunyai adik beradik kerana saya adalah anak tunggal di dalam keluarga. Saya tidak percaya pada saudara mara arwah suami saya, kerana mereka hanya berbuat baik pada saya kerana harta yang telah arwah suami saya tinggalkan untuk saya. Selepas saya menerima balasan dari anda, saya akan memberitahu peguam arwah suami saya di London untuk membantu anda mengeluarkan dana kepada anda. Saya ingin anda menggunakan dana ini untuk membantu mereka yang kurang benasib baik dan membina rumah kebajikan. Allah S.W.T telah membuka pintu hati saya dan mendorong saya untuk mengambil langkah ini, saya harap anda dapat meyakinkan saya bahawa anda akan dapat melakukan yang terbaik untuk membantu saya. Hubungi saya di alamat E-mail saya: (rohayuabdulrazak@yahoo.com) Semoga Allah merahmati anda. Amin. |
No comments