Breaking News

7 Langkah Bijak Mengurangkan Gula....

LANGKAH 3


ELAK ATAU HADKAN PENGGUNAAN GULA DALAM MASAKAN, SEDIAKAN KUIH DAN KEK YG RENDAH KANDUNGAN GULA.
KENAPA?

  • Gula merupakan salah satu ramuan utama dalam masakan seperti kiuh-muih dan kek.Contohnya bagi menyediakan 8 biji chocolate chip cupcakes, sebanyak 100 gram gula diperlukan.Gula tambahan yg terkandung di dalam setiap biji cupcakes adalah 12 grams bersaman 2 1/2 sudu teh gula.
  • Sekiranya 2 biji cupcakes dimakan, gula tambahan yang di ambil adalah sebanyak 5 sudu teh.
  • Pengurangan gula secara berperingkat dalam masakan boleh memnbantu megurangkan pengambila gula.
  • Gula juga dikaitakan dengan pembentukan karies gigi(dental caries).Data dari Kementerian Kesihatan menunjukan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5% (2005) dan 80.9% dalam kalangan kanak-kanak yg berumur 6 tahun (1997).
  • Setiap kali makanan dan minuman manis diambil, bakteria di dalam palk gigi akan bertindakbalas dengan gula dan menghasilkan asid.Jika dibiarkan asid ini akan mereputkan gigi dan menyebabkan karies gigi.Jadi, amalkan penjagaan kesihatan pergigian yg baik seperti.
  1.   Minum air kosong di antara waktu makan utama.
  2. Berkumur selepas makan.
  3. Berus gigi sekurang-kurangnya 2kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida.
  4. kurangkan penmgambilan makanan dan minuman manis di antara waktu makan.

No comments