Breaking News

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum..

Masih tidak terlewat rasanya untuk Cik Nor ucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat semua kawan-kawan blogger sekalian. Korang faham-faham la bila dikampung dan musim cuti perayaan line internert slow mengalahkan siput. Siput pun laju jalan ko.haha

Mesti korang tertanya-tanya mana gambar raya Cik Nor. Jawapannya memang tak ada. Malas nau nak bergambar raya tahun ni. Mood memang dah ke laut sebab baju raya yang Cik Nor hantar kat kedai untuk dijahit berbulan lamanya tak dijahit. Last minute beli baju ready made kat Muaz dengan harga yang cukup murah.huhu. 

Pagi raya tu macam tak sempat nak iron baju, just sarung jubah untuk ke masjid untuk solat sunat Aidilfitri. Balik-balik masjid sempat la makan kejap, rumah terus kena serbu dengan kaum keluarga sebelah emak. Tak sempat la nak iron baju baru tu. Kejap jer pakai jubah tu, tshirt dan kain batik pulak ambil alih.haha

Maka sampai ke sudah la Cik Nor tak pakai baju baru tu dihari raya pertama. Begitulah kisahnya. Di kesempatan ini Cik Nor menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari hujung rambut hingga hujung kaki sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur kata secara sengaja atau tidak disengajakan sepanjang berkawan di alam maya ini. Manalah tahu kot-kot ada komen Cik Nor yang membuat korang terasa hati walaupun Cik Nor sekadar bergurau. Harap dimaafkan semua. Budak baru nak up kata 0-0 yer. hehe

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

11 comments:

  1. salam aidilfitri 1439H ciknor. maaf zahir batin deyh.

    ReplyDelete
  2. nanyo pulok tkdey paka baju rayo. tkpola, sipey rayo kedua pulok

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya ciknor.. tak apa nanti baju tu postpone pakai raya haji ye

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya, cik nor..salam 0-0 juga ;)

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya cik nor!love u!

    ReplyDelete
  6. kalau busy kat dapur first day raya, memang sekejap jela kan merasa syantek bergaya dengan baju raya hahaha. Selamat hari raya cik Nor!

    p/s: jemput join segmen blog saya hehe

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya cik nor... byk ke dpt duit raya thn ni? ;-)

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Raya Aidilfitri Cik Nor. Maaf Zahir & Batin

    ReplyDelete