Breaking News

Banyak Ke Dapat Jemputan Berbuka Kat Luar?


Assalamualaikum..

Baca tajuk kemain lagi Cik Nor ni. haha. Macm dia glemer sangat orang selalu nak invite dia berbuka kat luar. Perah santan jer la Cik Nor oii..hehe. Orang lain hari-hari dapat jemputan berbuka kat luar tak kecoh pun.Kan...kan?

Sebenarnya ceritanya macam ni, minggu ke dua berpuasa company tempat Cik Nor kerja mendapat 2 jemputan serentak. Oleh kerana bos tempat Cik Nor kerja tak boleh pergi jemputan tersebut, maka kami staf-staf dah berpakat. Staf tempat kerja Cik Nor tak ramai cuma 6 orang sahaja.  3 lelaki dan 3 wanita. Yang lelaki kami arahkan ke Hotel Grand Riverview dan kami pula ke The Ritz. The Ritz ni dekat jer dengan tempat kerja.

Jemputan ini di sponser oleh pemaju dan kontraktor yang selalu bekerjasama dengan company kami. Tak pergi nanti dicop staf company kami sombong pulak kan. hehe. Gambar makanan segan nak ambik sebab satu meja dengan kami ada staf dari company lain. Hanya tisu itu sahaja yang menjadi bahan bukti yang Cik Nor pernah makan kat The Ritz.

Makanan yang dihidangkan kat The Ritz ni memang menyelerakan dan menepati citarasa tekak Cik Nor. Tapi satu jer yang Cik Nor tak puas hati, meja dia kecik sangat. Ada sesetengah lauk terpaksa diletakan di meja kosong sementara makanan yang dihidangkan habis dimakan. Oleh kerana yang duduk semeja dengan Cik Nor ni bukan kaki makan, maka ada sesetengah makanan yang tak habis dimakan. Rasa macam membazir pulak, Cik Nor memang kaki makan tapi sebab bukan geng yang dok semeja maka Cik Nor kena cover sikit lagi. Nanti orang cakap Cik Nor ni pelahap la pulak.hehe

Korang dalam bulan puasa ni banyak tak dapat jemputan berbuka puasa kat luar? Cik Nor itulah satu-satunya jemputan. Itu pun under company tempat Cik Nor kerja. Kalau jemputan untuk blogger tak ada rasanya. hehe. Biasa lah kat Kelantan tak banyak tempat yang nak guna blogger untuk promosi perniagaan mereka. Tapi tak apa, blogger tetap blogger. Kerja menulis tetap diteruskan walaupun tiada job tambahan. hehe.

5 comments:

  1. Takde lah ciknor. Mama X glemer haha. Ada jemputan juga satu je tp xmo pigi

    ReplyDelete
  2. X de. Kita suam2 kuku je, x de invitation berbuka kat hotel atau kat luar...

    ReplyDelete
  3. Tak dapat jemputan pun.. kikiki..

    ReplyDelete
  4. jemputan mkn dr member je.. tu pn da puas ati sbb blk xyah msk😆

    ReplyDelete