Breaking News

Kad Raya 2018


Assalamualaikum..

Mood raya masih ada lagi kan? Tak salah rasanya Cik Nor updates blog berkaitan hari raya kan? Ke ada yang marah..hehe. Jangan lah marah, Cik Nor hari raya ke 5 dah masuk kerja. Korang yang cuti 1 minggu tu best nya. Bila Cik Nor dapat  cuti macam korang jugak. Nak jugak cuti lama-lama macam korang tapi angan-angan jer la selagi Cik Nor kerja kat syarikat yang sama. huhu

Tak nak panjang-panjang membebel, go straight to the picture. Eh.. ter tulis dalam bahasa inggeris la pulak. Bahasa inggeris broken jer korang. Nak tulis lebih-lebih takut kena kecam pulak. Biasalah zaman sekarang ni zaman kecam-mengecam. Pantang silap sikit terima lah akibatnya.huuhu. Itu lah lumrah kehidupan masa kini. Tak ada yang memuaskan hati.

Panjang pulak melalut Cik Nor ni kan?hehe. Tak sangka tahun ni masih ada lagi insan yang sudi hantar kad raya untuk Cik Nor. Sebenarnya macam ni, Cik En ada buat google form kat facebook. Siapa nak kad raya dari dia sila isi google form tu. Cik Nor pun cuba nasib, kalau dapat  tu kira rezeki la. Kalau tak dapat, pasrah jer la sebab bukan Cik Nor seorang yang nak kad raya dari dia.

Sebelum raya tu memang frust jugak la bila tengok rakan-rakan blogger lain semua dah dapat kad raya dari Cik En. Cik Nor punya tak dapat lagi, dalam hati cakap tak apa lah. Tak dapat lah tu kot. Memang dah betul-betul redha tak ada rezeki Cik Nor nak dapat kad raya tahun ni. Frust kan ayat Cik Nor ni.

Tak sangka pula, frust tu cuma sementara. Masuk kerja raya ke 5 bertimbun surat posmen hantar. Rupanya dia kumpul semua surat sebelum raya dan hantar selepas raya. Terbaik baiklah abam posmen. Kalau ada surat penting memang menagis la kalau abam posmen buat macam ni. Harap abam posmen tak ulangi perkara macam ni dimasa-masa akan datang. Dalam banyak-banyak surat tu terselit la sekeping surat untuk Cik Nor. Bila buka, eh kad raya dari Cik En. Alhamdulillah..dapat juga akhirnya.

Terima kasih Cik En. Tahun depan nak lagi. Eh..Dari tadi lagi dok sebut Cik En. Siapa Cik En ni? Ni hah..http://www.nurfuzie.com a.k.a Cik En. Mana-mana pengunjung blog Cik Nor yang masih tak mengenali Cik En ni boleh klik link yang Cik Nor bagi tu.  Tak rugi tau kenal Cik En ni...selamat berkenalan..:)

12 comments:

  1. wah, dah lama tak dapat kad raya huhu

    ReplyDelete
  2. waa thniah cik nor. mek dapat daripada abe kie

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah sy pn dpt jg kad raya cuma lom share je lg kt blog... cik nor dah bls ke kad raya tu?

    ReplyDelete
  4. cantik.. selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  5. Sally pun ada dapat tapi lupa nak update dalam blog...

    ReplyDelete
  6. satu pun aida x dpt thn ni hu hu hu hu :(
    next year lah. dari skang nak kumpul address frens.

    ReplyDelete
  7. rajin depa2 ni hantar bagus. kipidap guys biar amalan ini tak lapuk dek zaman =)

    ReplyDelete