Breaking News

Isteri Untuk DiIktiraf- Episod Akhir


Assalamualaikum

Walaupun drama ni telah tamat sebelum raya hari tu, Cik Nor tetap nak updates juga sebab geram sangat dengan perangai Ana Julia yang berlagak tu. Aduh kemain berlagak lagi dia dengan mak dia tu. Rasa macam nak bagi pelempang jer sebab tak sedar diri yang diorang tu dah muflis.

Apa yang best drama ni happy ending sebab Saffiya dan Tengku Wildan bersatu semula walau banyak rintangan yang dihadapi.  Akhirnya Puan Seri Raja Mona tu pun sedar yang bakal-bakal menantu dia tu semuanya hendak membolot harga kekayaan mereka semata-mata. Part yang dia sedar dia bersalah tapi malu nak mengaku tu best. Baru dia tahu yang menantu orang kampung dia tu memang menantu terbaik dan banyak mengubah kehidupan orang-orang dalam rumah mereka.

Akhirnya Ana Julia  terpaksa akur yang mukanya tidak secantik sebelum ni bila dia disimbah asid oleh isteri datuk yang menjadi skandalnya. Tapi episod akhir ni tak tunjuk muka Ana Julia selepas disimbah asid. Kalau tunjuk lagi best rasanya. Manakala Datin Kasmah iaitu mak Ana Julia terpaksa pulang ke kampung selepas rumah mereka dilelong dan dia diceraikan.

Manakala Tengku Bella Donna pula cintanya beralih arah kepada bekas kekasih lamanya setelah tidak berjaya menagih cinta dari Tengku Widan dan juga Tengku Wafiy.  Tengku Salmah pula terpaksa akur, bila Puan Seri Raja Mona mengetahui niat tak baik beliau untuk bermenantukan Tengku Wildan.  Puan Seri Raja Mona menolak mentah-mentah alasan yang diberikan oleh Tengku Salmah.

Itulah sedikit sinopsis yang dapat Cik Nor buat untuk episod akhir drama ni.Untuk lebih menarik korang boleh layan kat : SINI


9 comments:

  1. Tengok sikit sikit je cerita ini.. okaylah..

    ReplyDelete
  2. Sally mmg follow..tapi selalu tgk masa sahur je...masa tayangan dia pukul 7 biasanya berebut TV dgn abg..hahaha

    ReplyDelete
  3. alahai... aida x tgk citer ni.
    x dpt nak komen.

    ReplyDelete
  4. Memang best drama ni.. Rose pun tengok juga...

    ReplyDelete
  5. Tengok juga drama ni.so far best juga.

    ReplyDelete
  6. Hmmm rasa cam tak pernah tengok la cerita ni

    ReplyDelete
  7. tak tengok citer ni.. tak minat hero dia =P

    ReplyDelete
  8. xsempat tgk ms epi last. tgk semula online.. tp ending x berapa nk menyengat

    ReplyDelete