Tragedi Sebelum Raya
Assalamualaikum...
Rayakan sebulan, cerita raya belum tamat lagi lah yer. Selagi bulan syawal tak habis, selagi tu lah Cik Nor nak cerita pasal raya. Harap bertabahlah korang mana yang singgah dah baca blog Cik Nor suam-suam kuku ni..hehe. Tapi korang minatkan baca blog merapu Cik Nor ni kan? Done perah santan sorang-sorang..haha
Minggu sebelum raya tu Cik Nor kerja sampai hari rabu je. Hari khamis pejabat tempat Cik Nor kerja dah tutup. Ye lah sehari sebelum raya tak kan nak kerja lagi kot. Mesti lah semuanya excited nak beraya dah kan? Kalau bos tak bagi cuti memang Cik Nor ambik cuti sendiri dah..haha.
Hari rabu malam tu, malam terakhir terawih. Cik Nor tak pergi sebab batuk Cik Nor makin melarat sebab malam sebelum balik tu Cik Nor bersesak -sesak dengan orang ramai cari baju raya last minute. Baju raya yang Cik Nor hantar jahir tak dijahit oleh tukang jahit tu. Alangkah hampanya.. Nanti Cik Nor cerita lah pasal baju raya yang tak siap tu. hehe
Sebelum mak pergi terawih dia dah siapkan pulut ketupat. Satu bese tapi lupa berapa kilo beras. Dalam 3 ke 4 kilo macam tu lah. Siap pesan kat Cik Nor, siap kemas dapur nanti bungkus la ketupat tu slow-slow sementara tunggu dia balik terawih. Dah habis kemas teruslah bersila membungkus ketupat palas. Nasibla Cik Nor ni jenis yang laju jugak lah membungkusnya. Kiranya masa mak Cik Nor balik pulut yang dia tinggalkan tu tinggal separuh. Balik dari terawih dia terus join dan sebelum tengah malam kami dah siap membungkus. Alhamdulillah.
Hari terakhir puasa, bila dah siap mengemas Cik Nor ajak anak buah Cik Nor keluar beli barang yang tertinggal dan belum sempat dibeli oleh kakak. Keluar dalam pukul 10pagi macam tu lah dan balik lebih kurang pukul 12 tengahari. Balik-balik tengok mak dah siapkan pulut ketupat dalam 6 kilo macam dalam gambar kat atas tu. Kalau yang malam tadi tu ketupat lemak. Yang hari pulak ketupat manis dan ketupat serunding daging. Adoii masak nak membungkusnya.
Cik Nor ni jenis malam nak buat banyak kerja bila bungkus ketupat. Cik Nor ambik keputusan untuk bungkus ketupat manis biasa. Yang ada serunding tu mak dan kakak Cik Nor yang bungkus. Yang ni orang tempah. Dah la nak ambik awal. Berpeluh jugak la nak menyiapkan tempahan orang. Alhamdulillah siap pada waktunya, Yang untuk kat rumah mak kena siapkan sorang-sorang sebab Cik Nor dan kakak kena masak untuk berbuka.
Korang ada tragedi apa sebelum raya. Meh la kongsi dengan Cik Nor. hehe
singgah sini fuhh banyak cik nor bukuh tupakk.. sampai berkilo2.. cramp tangan doh tuu .. bukan senang nak buat tupakk... berpeluh2 hiks
ReplyDeleteuish rumah sha 2kg dah pakat merangkak hahaha, sha demam first day raya T___T
ReplyDeletemama tak penah buat ketupan palas.. makan pun baru-2 ni baru makan ketupat palas.. sedap juga
ReplyDeleteBaru baru ni raya mak dapat jiran kasi tatau la mana jiran beli dia bila kita bukak ketupat tu pecah berderai.... bile rasa kat lidah cam beras biasa bukan pulut.. pelik sejenak. huhu
ReplyDeleteaduhhh kesiannya hatar dekat tukang jahit tapi tak dijahit. Memang tragedi sangat. Nasib ketupat tu siap on time fuhhh
ReplyDeleteAlahaiii cian ciknor. Harap ianya tak berulang lagi la lepas ni
ReplyDeleteCT penah skali buat ketupat palas ni tapi lilit cem biasa jantan betina x kira janji belit tak terkeluar. hahaha. sedap eh ketupat palas. kat Selangor selalu tupat nasik jela ada. rindu arwah tok.. buat ktupat sedap T.T
ReplyDeleteperghhh. kematu tangan duk pulah tupat tuu. tp sies sedap wt sdiri kan. puas hati makan. mek suko gilo tu dgn tupat samba dgg.
ReplyDeletemek tragedi sebelum raya adalah pertukaran duit raya oleh saen mek. dio booking dh nk duit. tp mek yg tk igt. last minit nk cari duit raya baru weiiiiii. habis kering tekok duk tny ore
Ya Allah sedapnya..nangis baca entry ni. Cicah madu sedapnya..
ReplyDeletebyk tu cik nor sy penah jg rs bla ada org menempah mknn time nk raya... penat ya amat... then 10 thn lps, kalau x silap tiorg mkn ketupat hangit sbb rebus ketupat smpi air kering. peliknya seorg pun x igt psl ketupat tgh rebus hahahaha
ReplyDeleteSedapnya ketupat daun palas dengan serunding tu Cik Nor...pos pls hihi
ReplyDeletesedap ni :)
ReplyDelete