Hadiah Lagi
Assalamualaikum..
Ni citer minggu lepas tapi Cik Nor up minggu ni.hehe Nak buat macam mana empunya blog sibuk kongsi resepi sempena bulan ramadan yang mulia ini. Mana tahu kot ada yang nak mencuba resepi yang Cik Nor kongsikan tu. Resepi simple jer Cik Nor kongsi tapi cepat dan sedap. Tak gitu korang..hihi
Minggu lepas, Cik Nor datang kerja tak perasan pula abam posmen tinggal surat cinta dalam letter box. Officemate naik dia bagi Cik Nor, aikk bila masa pulak abam posmen ni datang. Dia cakap entah la Kak Nor, saya tengok dah ada dalam letter box. Adoii satu kerja pulak aku nak kena pergi ambik kat pejabat pos besar dalam Bandar Kota Bharu. Ermm, tak apa lah mintak dengan bos keluar awal sebab nak kurier surat.
Kemain happy boleh keluar awal tapi Cik nor tak tahu dugaan yang akan dihadapi. haha. Dah la silap masuk jalan. Nak pergi pejabat pos tapi masuk jalan stadium, maka haru lah mengadap jem. Keluar dari jem jalan stadium, adoii...kena dapat jem kat bulatan Bandar Kota Bharu pulak. Stress sekejap kat situ.
Kereta dah gerak terus cari parking kat area Bazar Tok Guru. Jauh sikit pun tak apa janji tak hadap jem dah. Cik Nor jalan kaki kejap jer sampai, kereta yang sangkut dalam jem tak bergerak-gerak pun. Masuk pejabat pos, Ya Allah ramainya umat manusia dengan bawa barang-barang seguni seorang untuk pos. Adoii.. termenung jap, takut kat sempat kurier dan ambik surat berdaftar tadi. Buat tanya kat sorang pelanggan perempuan ni, nak kena ambil nombor juga ke kalau nak kurier surat. Dia cakap kena, tapi rezeki Cik Nor sebab dia bagi nombor giliran dia kat Cik Nor. Terima kasih dik, hari tu blur sangat tak sempat ucap terima kasih.
Alhamdulillah dalam pukul 5.00 petang Cik Nor dah siap kurier dan ambil surat berdaftar yang abam posmen tak nak hantar tadi. Tengok sampul surat macam nak rabak dah, eh macam dah lama pengirim hantar. Dah pelik kat situ. Buka sampul surat tu ada sampul duit raya Ana Muslim dan fridge magnet dari Taiwan. Dok fikir jugak siapa bagi.
Last-last tayang kat FB, ada orang jawab Blogger Anies kot bagi. Masa tu dah fikir dia sebab dia cakap guna pos biasa jer guna pos berdaftar. Tak mahu diselubungi misteri terus whatsapp Anies, adoii tak berjawab pulak dia ni. Bermain teka-teki la Cik Nor ni. Selang sehari baru Anies jawab yang tu barang yang dia pos.
Terungkailah juga misteri yang menyelubungi Cik Nor.haha. Kenapa Anie bagi Cik Nor hadiah? Sebab Cik Nor ni rajin komen blog dia, walaupun Cik Nor komen ciput-ciput..haha. Jangan marah yer Anies.
Nak kenal siapa Anies? Ini link blog dia : Blogger Anies. Selamat berkenalan dengan Anies, hehe
wah tahniah cik nor ;)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Tahniah sis..
ReplyDeletebulan puasa ni, mana2 jalan pun jammed giler..stress je..haritu masa awal posa, en.asben ada la ambik time balik keja tapi penyudahnya sampai rumah dah azan maghrib..kelam kabut nak masak..huhu..btw, tahniah cik nor..ada isi tak dalam sampul tu..hehe...
ReplyDeleterajin anies bagi hadiah :)
ReplyDeletetahniah kak dapat sampul duit raya.
ReplyDeletesyiokkk
ReplyDeletetahniah murah rezeki ciknor
ReplyDeleteWahhh tahniah ciknor
ReplyDeletesy mmg nk gn pos biasa tp staf pp tu xkasi...
ReplyDeletesama2
wah... cik nor... dpt hadiah lagi.... Allhamdulillah.
ReplyDeletewah..bestnya dpat hadiah...
ReplyDeletecomel je sampul duit raya Ana Muslim tu hehehe
ReplyDelete