Masalah Bilik Sewa
Assalamualaikum...
Dah lama benar Cik Nor tak membebel pasal isu rumah sewa dan bilik sewa Cik Nor ni. Kalau pasal housemate dan roomate tu korang dah lali kan baca. Setiap masa ada jer Cik Nor tak puas hati dengan roomate atau housemate Cik Nor. Buat masa sekarang ni roomate dah tak ada. Maka hip hip horray la buat sementara. haha. Housemate memang setiap hari ada jer yang buat Cik Nor sakit hati dan berbulu mata. haha. Tak payah la kot cerita kat sini nanti korang pulak yang berbulu mata membacanya..haha.
2 3 minggu lepas, mana yang friend dengan Cik Nor mesti ada terbaca status Cik Nor pasal mentol lampu bilik air hampir jatuh atas kepala Cik Nor. Ingat Cik Nor yang silap pasang tapi penyambung tempat letak mentol tu dah patah sikit. Bila nak letak mentol baru dia tak support dan ini menyebabkan mentol jatuh tiba-tiba. Nasib la masa mentol tu jatuh Cik Nor tengah ambik syampoo dan jauh sikit la dah mentol yang tak dijangka jatuh tu..haha. Mula tu ingat apa la terbang jatuh dari langit. Sekali tengok, ya Rabbi mentol lampu.
Mentol yang jatuh tu dah retak dan pecah, memang tak boleh pakai langsung dah. Beli yang baru dan cuba pasang sekali lagi. Oppss.. dia punya penyakut tak support dan terpaksa buka balik sebab tak kedian mentol jatuh berulang lagi. Kalau pasang jugak mungkin kali ni memang jatuh atas kepala rasanya. Nauzubillah. Memang Cik Nor tak pasang dan Cik Nor bagitahu tuan rumah supaya dia tolong pasangkan dan baiki apa yang patut.
Selesai masalah mentol dalam bilik air, hari ni datang ada masalah lain la pulak. Datang awal pagi mesti Cik Nor buka lampu dengan kipas. Suis kipas ok tapi suis lampu memang tak boleh nak tekan. Jadi longgar dan tak macam tak boleh guna langsung. Lampu bilik air rosak ok lagi, lampu bilik rosak memang gelabah jugak lah.
Pergi kerja, hantar mesej kat tuan tumah suruh dia baiki. Sekali dia telefon tak dapat datang rumah sewa dan suruh Cik Nor beli lampu sementara. Pergi kedai bawah opis Cik Nor cari lampu yang boleh guna kat plug. Cari punya cari jumpa lampu tidur jer. Hentam jer la, janji ada cahaya.haha. Alahai malapnya bilik...turun bawah basuh kain, cerita kat housemate. Dia tunjuk lampu yang Cik Nor guna sebelum ni ada dalam bakul atas peti ais. Alhamdulillah, terang sudah bilik Cik Nor. hehe.
leaps satu satu, tp mujur la da settle. Alhamdulillah ^^
ReplyDeletealahai...kalau kita ni pandai takpe jugak kan cik Nor.kadng nak harapkan tuan rumah,ada je ygang jenis tak ambil kisah
ReplyDeleteaduhaiii..syukur lampu jatuh tak kena kepala. dah settle masalah lega sikit kan
ReplyDeleteBaik cik nor beli umah sendiri la. Biarpun kecik tp hakmilik sendiri kan? Mcm wife abe kie dulu beli umah di Dengkil masa keja d putrajaya. Dah balik kelate ni umah tu kosong je.
ReplyDeletebertabah ye cik nor semoga cepat2 selesai masalah lampu ni
ReplyDeleteperkara biasa...
ReplyDeleteujian hidup tu..
mana-mana tempat pun sama sahaja..
tak kira bilik sewa atau rumah sendiri
tu lah orang suruh mai duk ganu..sewa bilik rumah i ols je..hahahahahahaha
ReplyDeletemalap malap romantik laa cik nor hehehe
ReplyDeleteadat resam hidup menyewa.. kalau jumpa yang bermasalah susah kehidupan. kalau jumpa yg baik xda masalah :)
ReplyDeleteAlahai.. memang menguji betul..
ReplyDeleteaida merasa menyewa rumah masa keje di JB 2010 dulu, ciknor.
ReplyDeletealahai faham bebeno pe'el landlord.
seksa!