Berikan Kenderaan Anda WD-40® Untuk Kelancaran Balik Kampung Raya Ini
Assalamualaikum...
Adakah anda telah terbau aroma lemang?
Ya, musim balik-kampung sudah tiba dan
Malaysia meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan lebaran baru pada Syawal ini!
Kami di WD-40® mengucapkan selamat menyambut
Hari Raya kepada rakyat Malaysia yang meraikannya dan semoga tahun ini dan
tahun akan datang memberi lebih makna untuk anda. Bagi mereka yang akan pulang
ke kampung halaman semoga selamat tiba dan meraikannya bersama yang tersayang.
Jadi sebelum anda memulakan perjalanan ke
kampung untuk bertemu orang tersayang, pastikan kereta anda di servis bagi
memastikan pemanduan lebih selamat dan lancar.
Jika anda mempunyai Produk Pelbagai Guna
WD-40® di rumah, di sini kami sediakan beberapa tips yang boleh digunakan
terhadap kenderaan anda :
1. Mengeluarkan
kotoran minyak dari enjin, kotoran dari saluran PVC atau ketulan gris pada blok enjin dan sekitarnya.
2. Melindungi
besi daripada terhakis dan berkarat.
3. Memberi
kelembapan pada pendawaian kereta.
(Hanya sembur dan biarkan untuk kesemua
rawatan di atas)
*Sentiasa pastikan
enjin dalam keadaan sejuk dan berhenti, sebelum anda menggunakan mana-mana
produk penjagaan kereta lain pada kenderaan anda.*
Menyimpan sebotol Produk Pelbagai Guna WD-40® dalam kenderaan
anda juga merupakan idea yang baik kerana ia sangat BAGUS dengan :
1. Membantu
menghidupkan enjin yang basah, terutama apabila enjin menjadi lembap disebabkan
banjir.
2. Memudahkan
membuka bolt dan nut. Sebagai contoh apabila tayar kereta pancit. Hanya perlu
sembur kepada bolt dan nut yang ketat, dan penukaran tayar akan menjadi lebih
mudah.
Jika anda mahukan persediaan yang lebih
menyeluruh bagi kereta anda—sesuatu yang dipanggil sebagai pakar—semak barisan
produk automotif kami, WD-40® Specialist™.
Terdapat 5 produk di bawah kategori ini yang
direka khas oleh WD-40® untuk memaksimumkan prestasi kenderaan anda dan
memastikannya dalam keadaan terbaik.
Antaranya ialah:
Pembersih:
1. Pembersih
WD-40® Specialist™ Automotive Throttle Body, Carb & Choke : Ia
memaksimumkan prestasi karburetor dan meningkatkan prestasi sistem bahan api.
Ia menghapuskan permukaan keras dan kasar,
mengurangkan pelepasan asap, membersihkan getah, kotoran, minyak,
plumbum dan karbon.
2. Pembersih
WD-40® Specialist™ Automotive Brake & Parts : Untuk penyingkiran cecair
brek, minyak dan bahan cecair brek daripada pelapik brek, pad dan drum.
3. Pembersih
WD-40® Specialist™ Automotive Machine & Engine Degreaser: Pelarut penghapus
minyak yang mampu menembusi secara mendalam kesan kotoran minyak degil, lekit,
tar dan banyak lagi.
Dan
Pelincir:
1. WD-40®
Specialist ™ Automotive Chain Lube: Menyediakan pelinciran dan perlindungan
jangka panjang untuk rantai O, X dan Z.
2. WD-40®
Specialist ™ Automotive Belt Dressing: Memberi perlindungan lebih lama terhadap
tali pinggang keledar dan cengkaman lebih baik untuk semua jenis tali pinggang
keledar. Baik digunakan sebelum ia mula mengeluarkan bunyi!
P / S: Rangkaian produk pakar automotif ini
juga sesuai digunakan pada motosikal.
Akhir sekali, jangan lupa tanpa mengira sama
ada anda seorang pemilik kereta DIY atau
jenis yang menghantarnya kepada mekanik, jangan terlepas untuk menservis
kereta anda sebelum balik kampung! Hanya buat sedikit persediaan untuk perjalanan
jauh.
Dari hati yang tulus ikhlas, kami mengucapkan
Selamat Hari Raya!
Banyak juga kegunaan WD-400 ni ye.. thanks for sharing
ReplyDeletebagus ada 1 WD-400 ni...
ReplyDeleteThank you sharing info
ReplyDeletewajib ada satu dalam kete dan kat rumah.serbaguna!
ReplyDelete2x bc tajuk.. igt kn cik nor suh kitorang tkr kereta 4WD td utk beraya heheheheh
ReplyDeleteterbaek :)
ReplyDelete