KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Wednesday, July 5, 2017

Kad Raya 2017


Assalamualaikum..

Malam ni macam tak ada idea nak updates apa. Tapi bila belek gallery terjumpa la kad raya yang Cik Nor dapat untuk tahun ni. Alhamdulillah..masih ada yang sudi hantar kad untuk Cik Nor. Hehe

Kad raya pertama Cik Nor dapat dari Cik Ein a.k.a http://www.nurfuzie.com. Mesti korang kenal Cik Ein ni. Dia selalu anjur contest kat blog. Cik Nor kenal Cik Ein ni pun seban join contest kat blog dia. Menang tu tak la tapi ikatan persahabatan di alam maya..alhamdulillah lebih mesra. Kad raya dari dia Cik Nor terima sebelum raya. Sempat la bangga jap ada orang hantar kad raya.hehe. Apa-apa pun terima kasih Cik Ein sebab sudi hantar kad raya kat Cik Nor😚😚😚

Kepada yan tak kenal lagi Cik Ein ni, boleh lah klik link yang Cik Nor bagi kat atas tu. Mana tahu lepas ni boleh jadi kawan baik di alam maya. Opps..sebelum terlupa Cik Ein ini kerja kat veterinar. Kalau ada masalah berkaitan haiwan peliharaan boleh rujuk kat dia dulu sebelum pergi klnik.hehe



Kad raya ke dua Cik Nor dapat dari Shida Ridzuan a.k.a http://www.duniashida.com. Kenal tak Shida ni. Masakan korang tak kenal blogger femes ni. Kalau nak tempah business kad or apa-apa kad seperti kad raya boleh la cari dia. Perkhidmatan yang ditawarkan memang ohsem dan terbaik.

Dah lama Cik Nor kenal Shida ni, asalnya join contest. Lama-lama mesra macam dah lama kenal. Malu pulak kat Shida ni, yelah tiap-tiap tahun dia jer hantar kad raya kat Cik Nor. Cik Nor tak pernah pun balas sedangkan di sampul surat kad raya tu ada jer alamat dia. InsyaAllah..panjang umur tahun depan Cik Nor balas kad raya Shida yer.

Kad raya dari Shida ni selepas raya sebab Cik Nor cuti 9 hari. Mungkin dia sampai awal tapi Cik Nor cuti lama. Hari ahad la baru dapat. Masih rasa teruja walaupun dapat selepas raya. Apa-apa pun terima kasih Shida sebab sentiasa ingat Cik Nor walaupun Cik Nor jarang singgah blog Shida sekarang.

Nak kenal Shida or nak tempah business kad boleh lah klik link yang Cik Nor bagi kat atas tu. Korang dapat berapa keping raya tahun ni?hehe

12 comments:

  1. wow, bestnya dapat kad raya.. Qekra dah lama tak dapat huhu

    ReplyDelete
  2. cik ash pun dapat kad raya daripada cik EN gak

    ReplyDelete
  3. dapat sesuatu yg kita jarang dapat memang rasa seronok kan.. :)

    ReplyDelete
  4. wahh..bestnya masih dapat kad raya

    ReplyDelete
  5. wahh bestnyaaaaa. uyul tahun nih nak buat jugak tapi tak de masa. huwarghh inshaallah panjang umur tahun depan laaa uyul buat kad raya. tq sudi komen fb uyul aritu. dah masukkan blog akak dalam bloglist julai. jom ke blog uyul.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  6. bestnya dapat kad raya..saya just dapat satu jea..tu pun dari agen insurans yang mmg tiap2 tahun send.

    ReplyDelete
  7. lama tak dapat kad raya.. ermm tahun depan lah nak buat hihih..

    yanieyusuf.com

    ReplyDelete
  8. tahun ni dpt 2 kad raya..lagi satu tak pos lg

    ReplyDelete
  9. tahun ni tak memberi pada sesiapa dan dapat sekeping saja hehe..
    terharu gak ada orang ingat kat kita =D

    ReplyDelete
  10. lama jugak aida x terjah blog cikEn dan shida.
    and ofcoz ler x dpt kad raya dari diorang :) hi hi hi

    ReplyDelete
  11. yaya time pose slow sgt dgn blog..nk joinape2 utk dpt kad rye free pon xdpt..hehehe =p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...