Breaking News

Banyak Ke Korang Dapat Jemputan Open House?


Assalamualaikum...

Masih lagi dalam mood raya ke? Cik Nor masih lagi dalam mood raya kerana masih banyak lagi dapat jemputan rumah terbuka. Tak kiralah dirumah ataupun dipejabat. Korang macam mana? Mesti banyak kan?

Kalau jemputan kat rumah memang best sebab kakak Cik Nor memang sekepala dengan Cik Nor kalau pergi rumah terbuka. Memang enjoy habis la orang kata. Hehe. Makan sampai kenyang tak ada nak malu-malu. Bukan makan banyak tapi cuba masakan yang kita terasa nak makan. Hehe.

Kalau kat pejabat memang tak best sangat sebab rakan pejabat Cik Nor jenis yang tak sporting. Kalau ajak pergi mana-mana majlis rumah terbuka memang banyak alasan dia. Last sekali terus tak pergi. Minggu lepas pergi la jugak majlis hari raya sebab pejabat yang jemput tu sebelah je dengan pejabat Cik Nor kerja.hehe. Tu pun sebab staf pejabat sebelah tu beria ajak suruh pergi.

Nak pergi tu satu hal dah, bila time makan dia jenis cover. Tak tahulah kot dia diet pun. Cik Nor ni jenis muka tak tahu malu, dah makan nasi tambah pulak bihun soto. Bukan apa susah tau nak jumpa bihun soto kat Kelantan ni. Hihi

Kalau korang pergi rumah terbuka korang makan ikut suka nak makan. Maksud Cik Nor bukan makan banyak tak mencuba apa yang terasa nak makan. Atau korang jenis yang cover makan. Hehe

11 comments:

  1. Tahun ni hanya sempat pegi 3 buah open house je . .

    ReplyDelete
  2. Makan selagi boleh. Rezeki jangan ditolak! Kan? Seronok dapat pergi open house. Tapi rasanya tahun lepas lagi dapat banyak jemputan.

    ReplyDelete
  3. takde dapat pun huhhu.. duduk rumah ja and jalan sikit2..
    ada open house best nyaa makan best2..

    ReplyDelete
  4. klu nieyl, nieyl suka cuba semua makanan tapi dgn kadar sederhana sahaja...

    ReplyDelete
  5. Sejak tak bekerja boleh kita brp je dpt undangan open house. Lgpun skrg ramai yg x buat dah open house. Lari bajet rasanya :)

    ReplyDelete
  6. pas balk raya hari tu lum lg p open house... hari ni ada tp cam xde teman nak p... hukhuk... bestnya cik nor ada open house sj...

    ReplyDelete
  7. Open house yang bebetul open house belum dpt jemputan lagi....takat gi rumah sedara mara ada lahh..heheh

    ReplyDelete
  8. weekend ni still dapat jemputan open house lagi..weekend depan tak ada dah..

    ReplyDelete
  9. ada a few.. tapi semua jauh-jauh..

    ReplyDelete
  10. xdak org ajk yaya g jalan pun..dok uma bnyk..
    huhu

    ReplyDelete
  11. haah tiap2 hari ada open ofis. weekend open house pulak.

    ReplyDelete