KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Tuesday, July 4, 2017

Resepi Kari Sardin


Assalamualaikum..

Dah lamakan Cik Nor tak share resepi main masak-masak. Hehe. Hari ni Cik Nor masak kari sardin untuk berbuka. So, Cik Nor nak share la dengan korang resepinya.

Bahan-bahan untuk menumis :
1. 2 ulas bawang putih
2. 3 ulas bawang merah
3. Daun kari ( ikut suka korang nak letak banyak mana)
4. Cili padi ( ikut suka korang tahap pedas yang korang nak)
5. 2 @3 sudu serbuk kari yang telah dibancuh dengan air

Bahan-bahan lain : 
1 tin sardin besar ( brand ayam brand ke, marina ke yeos ke? Ikut kemampuan masing-masing..hehe
Santan ( 1  kotak kalau guna yang dalam kotak)
Air asam jawa, kalau tak ada boleh jer letak asam keping. Hehe
Ubi kentang ( ikut suka korang nak letak banyak mana)
Bawang besar dimayang
Garam, gula @gula melaka dan penambah perisa

Cara-caranya:

1. Bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk atau dimayang halus di goreng sehingga kekuningan, kemudian masukan daun kari dan juga cili padi. Dah layu semunya masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air. Tumis sehingga pecah minyak.
2. Bila sudah pecah minyak masukan ubi kentang dan santan. Biarkan ubi kentang tu empuk. Bila dah empuk masukan garam, gula dan perisa tambahan sesedap rasa.
3. Akhir sekali masukan sardin yang telah digoreng, tak goreng pun tak apa., air asam jawa atau asam keping dan bawang besar yang telah dimayang.
4. Renehkan ia seketika dan agak-agak kuah dah pekat bolehla tutup api dan sedia untuk dihidang. 

Mudahkan resepi main masak-masak Cik Nor. Makan dengan nasi panas memang terangkat. Walaweh...selamat mencuba.

11 comments:

  1. Wahh first time dgr org masak kari sardin...cm menrik je hehe :-*

    ReplyDelete
  2. lama tak buat kari sardin..tapi hari ni lauk rumah saya kari ikan bawal

    ReplyDelete
  3. Terima kasih.
    Esok saya beli sardin.

    ReplyDelete
  4. huihhhh mengundang betul la cik nor ni huhuuuuu terliur weiii

    ReplyDelete
  5. belum pernah buat lagi ni..

    ReplyDelete
  6. nanti nak try buat kari sardin nihihihihi tq share resepi

    ReplyDelete
  7. Biasa makan kari sardin buat cicah roti canai.

    ReplyDelete
  8. tak pernah masak kari sardin..boleh try guna recipe sis share ni

    ReplyDelete
  9. first time tengok resepi kari sardin..
    slalu tuang terus dari dalam tin hehe..

    ReplyDelete
  10. kari sardin..
    wahh sedapnyerrrr

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...