Breaking News

Rumah Terbuka Cik Nor

Rumah Terbuka Cik Nor

Assalamualaikum..

Minggu lepas tension pasal pegawai LHDN datang pejabat, kemudian ambil berapa fail kat pejabat. Bos masuk bebel-bebel tak tentu pasal. Hari khamis Cik Nor isi borang ambik cuti. Memang tak boleh nak kerja kalau keadaan macam tu. 

Pagi khamis balik kampung sebab malas nak fikir hal pejabat. Makin fikir makin parah rasanya. Mak pun terkejut sebab pagi khamis dah balik. Biasa kalau hari khamis, magrib baru sampai. Whatsapp kakak suruh balik sebab nak bincang pasal nak buat rumah terbuka. Ingat dia boleh balik awal, tengok-tengok pukul 3 ptg jugak sampai kat rumah.


Rumah Terbuka Cik Nor

Bincang pun bincang hari jumaat jugaklah buat rumah terbuka. Alang-alang dah masak banyak terus panggil orang masjid buat solat hajat sekali. Anak buah Cik Nor nak exam. Seorang pt3 dan 2 orang upsr. Jimat kos tak perlu buat 2 majlis.hehe

Rumah Terbuka Cik Nor

Petang tu jugak cepat-cepat pergi beli bahan mentah, sebab esok hari jumaat banyak kedai tutup. Tempat pertama dituju kedai daging. Dah order dan tanya kedai tutup pukul berapa terus pergi kedai rempah ratus nak masak gulai. Fuhh..nasib sempat sebab kedai tu dah nak tutup. Dah siap beli barang untuk esok, tengok-tengok jam dah pukul 6.00 petang.


Rumah Terbuka Cik Nor

Malam tu ingat nak tidur lewat sebab nak terus buat agar-agar dan kuah kacang. Sambal nasib awal-awal lagi dah siap. Nampaknya mata tak boleh bertahan dan kepala pun dah mula berdenyut. Terpaksa surrender pukul 1.00 pagi masuk tidur dan pukul 3.00 pagi bangun balik. Terpaksa bangun jugak sebab banyak kerja tak settle lagi. Sampai ke subuh stay up. Mata dah rabak giler masa tu. Nasib dah masak semua sempat tidur sekejap. Bangun tu jiran-jiran dah datang membantu

Rumah Terbuka Cik Nor
 
Gambar menu korang tak payah tanya sebab Cik Nor tak ambik. Hihi. Yang ada gambar kitaorang jer. Menu hari tu gulai daging dengan umbuk kelapa sawit, acar timun, ikan kering goreng, sambal, agar-agar, kek span gula hangus, nasi impit dengan kuah kacang, ketupat palas dan biskut raya. 

Rumah Terbuka Cik Nor

Majlis bermula selepas solat jumaat dan berakhir sebelum magrib tapi kalau ada yang datang lagi lepas waktunya kami tak halau.hehe. Punyalah penat dan mengantuk malam tu memang ting tong. Letak jer kepala kat bantal terus hanyut macam telan pil khayal.haha

Rumah Terbuka Cik Nor

Korang layan la gambar kami adik-beradik yang ting tong ni. Inilah kami 6 beradik.hihi

Rumah Terbuka Cik Nor 

 Kakak sulung dengan anak sulung dia. Dah macam adik Cik Nor dah si kakak ni.haha

Rumah Terbuka Cik Nor

Macam-macam stylelah korang. Janji dapat masuk gambar kan. Tak per lah gambar ni akan sentiasa ada dalam blog Cik Nor.

Rumah Terbuka Cik Nor

Free style lah tu konon. Si kakak jer ada ni. Si adik sibuk melayan kawan-kawan sampai tak nak bergambar.  Kata rumah terbuka mestilah ramai yang datang kan. Hehe.

Ini cerita rumah terbuka Cik Nor, rumah terbuka korang mesti havoc lagi kan? Hehe

11 comments:

  1. yg pasti rumah terbuka ni mmg penat tapi seronok sebab boleh berkumpul sanak saudara dan jiran tetangga...

    ReplyDelete
  2. Boleh bygkn penat dia mcm mna. Kalau ana pun pengsan teruk lepas majlis.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...
    tahun ni nieyl x sempat buat open house..

    ReplyDelete
  4. Tak de rumah terbuka cik Nor....adalah buat makan makan sikit untuk jiran tetangga. Boleh pulak bangun pukul 3 pagi tu ye Cik Nor...kalau hakak dah hanyut sampai Subuh tu

    ReplyDelete
  5. nampak kemeriahannya rumah terbuka cik nor ;)

    ReplyDelete
  6. Ya Allah sedapnya masakan cik nor. Nasib baik takde gambo kalau tak mesti drooling

    ReplyDelete
  7. Bagus org yg selalu buat open house ni. murah rezeki jamu tetamu makan

    ReplyDelete
  8. seronok kalau buat rumah terbuka ni... meriah jumpa sanak sedara... cop.. mana gambar makanan...

    ReplyDelete
  9. jangan tension tension yea Cik Nor. kerja memang gitew.management always right.huhu

    ReplyDelete
  10. seronoknyaa open house jemput orang2 kampung skali.. meriah duduk kampung gitulaaa kan..

    ReplyDelete
  11. sempat gak cik nor buat rumah terkukan ye... seronok....

    ReplyDelete