Breaking News

Bila Keadaan Terdesak


Assalamualaikum..

Nak tidur awal hati tak sedap pulak kalau tak updates blog. Cewahh..kekonon padahal dia tak mengantuk lagi. Lepas tu nak berborak kawan dah masuk bilik masing-masing. Roomate pulak giler kerja, masa ni tak balik-balik lagi.haha.

Belek gambar dalam telefon tiba-tiba teringat beg duit ni. Ada kisah disebalik beg duit ni. Haha. Seminggu sebelum raya Cik Nor dengan kakak keluar g bandar beli oven baru. Kakak la yang beria nak buat biskut raya. Cik Nor memang tak pandai, jadinya Cik Nor belanja dia oven baru jenama butterfly. Oklah sedang-sedang sahaja bentuknya.

Dah settle bayar kos oven, perasan zip beg duit lama tu macam susah nak tutup. Kalau tutup pun dia jadi terbuka balik. Arghh.. sudah. Duit pulak riban-riban dalam tu. Nampak nau menipu.haha. Tak adala, tipu jer tu. Duit adalah jugak sebab nak beli keperluan dapur. 

Dok fikir pasal zip beg duit yang tak boleh tutup tu, akak pulak mintak bayarkan separuh harga telefon baru dia. Dia terpaksa beli telefon murah-murah sebab telefon lama dia tak boleh diselamatkan lagi. Nasib la adik dia ni duit madih tebal dalam beg duit. Kalau tak bayarlah sendiri. Long jang lupa bayar yer.haha

Settle beli telefon baru bergegas lah Cik Nor cari kedai jual beg duit murah-murah. Alhamdulillah dapat beg duit dalam gambar kat atas tu dengan harga bawah RM20.00.haha. Cik Nor tak guna beg duit mahal-mahal sebab kalau rosak sayang nak buang. Kalau yang murah ni, main buang macam tu jer.. owh dah macam orang kaya Cik Nor ni.haha.

Macam budak-budak citarasa Cik Nor.haha. Tak ada ke orang belanja beg duit branded untuk Cik Nor. Cik nor tanya jer😂😂😂

10 comments:

  1. Comel je walau rm20 je tu kak nor.

    ReplyDelete
  2. saya pun tak pakai yang mahal...murah je..janji cantik..snang nak tukar2

    ReplyDelete
  3. alololoooo comelnya kakkk. uyul pun sama, beli yang memurah je dulu. belum nak beli yang mahal mahal.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  4. cantik laa Cik Nor xde pun cem budak2.. eehe sweet saja..
    biar murah yang penting isi dalam tu hehe..

    ReplyDelete
  5. wahhh cantik beg duit baru cik nor....

    ReplyDelete
  6. amboi kemain dier..
    ok la tu..yaya lagilah..xdak beg dompet pun,guna beg duit dari cenderahati member bagi sbb dia pergi travel sblum tu..hahahah
    sape lagi sadis skrng?? ^o^

    ReplyDelete