Tragedi Malam Raya
Assalamualaikum..
Sejak balik hari raya tempoh hari line tenet kemain slow. Kalah siput sedut masak lemak.haha. Nak buka facebook dan blog jangan harap la. Tak boleh buka langsung. Whatsapp boleh la slow-slow. Tu pun lepas 20 minit baru mesej dihantar atau diterima. Sadis betul kan? Huhu.
Malam raya tempoh hari, terjadi satu tragedi yang tidak diduga. Syok-syok membersih rumah sampai pukul 3 pagi berakhir dengan satu tragedi yang berlaku seorang diri. Selesai membuat ketupat dan kerja-kerja lain Cik Nor start mop lain kat ruang atas. Mop dapur untuk peringkat kedua dan paling last cuci bilik air.
Sementara menunggu lantai bahagian atas dan dapur kering, Cik Nor cuci kedua-dua bilik air. Bilik air pertama tak ada masalah. Sampai part bilik air kedua. Disinilah tragedi tu bermula. Suspen sikit ni..haha. Mula tu bersih depan pintu bilik air sebab dah berlumut dan licin. Masuk dalam bilik air tengok dinding dah tak berkilat. Masa tu Cik Nor buka penutup perangkap air yang diperbuat daripada besi nipis sebab nak bagi keluar sampah-sampah kecik dalam bilik air. Tengah syok-syok cuci dinding tak sedar jari tangan dah terkena penutup perangkap air yang nipis tu. Memang tak sedar langsung, tahu-tahu dah terbelah jari telunjuk kanan.
Darah tak payah cerita la membuak-buak keluar. Dah letak bawah pili supaya darah berhenti mengalir. Nampaknya makin kuat keluar. Terpaksa jugak keluar bilik air mintak bantuan. Masa tu anak buah seorang sahaja tak tidur sebab layan k-pop. Suruh dia cari apa-apa minyak untuk hentikan pendarahan. Boleh pulak dia bagi minyak gamat. Memang tak membantu sebab orang kata minyak gamat hanya menutup bahagian yang luka luaran jer, bahagian dalam tak sembuh.
Memang Cik Nor tak guna la minyak gamat tu. Ambik tisu tekap kuat-kuat supaya darah tak mengalir. Tengah buntut pukul 3 pagi nak letak ubat apa, terjumpa handseplast. Terus guna benda alah tu then balut pulak dengan plastik aiskrim malaysia. Then ikat ketat-ketat supaya air tak masuk. Sambung cuci sikit lagi kemudian cepat-cepat mandi.
Korang ada pengalaman pahit or manis malam raya? Jom share ngan Cik Nor.😀😀😀
samalah cik nor, line internet kat kampung sya hritu pun lambat sangat. nak hantar ws pun tak lepas2
ReplyDeleteaduh sakitny jari terbelah. boleh bayang dah tuu
harap2 dah sembuhlah luka tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah selamat semuanya ok ye cik nor. Kena lebih berhati2 lepas ni.
ReplyDeleteAaaa ... I kena hiris ngan kertas pon dah sakit .. Kalo kena cm cik nor mau admitted kat sepital kot huhu ..
ReplyDeletengeri ohhh bab hiris menghiris ni 😱 x sanggup sy 😢 tapi kalau letak ais bukan boleh hentikan darah?
ReplyDeleteKenangan pahit sebab jarang dapat tidur dengan nyenyak setiap kali malam Raya...Tapi tahun ni alhamdulillah....nyenyak sampai pagi hihi
ReplyDeleteadus. mesti pedih perit!
ReplyDeleteala kesiannya...biasala tangan orang bekerja beginilah...
ReplyDelete