Breaking News

Dilema

Sumber gambar dari pakcik google

Assalamualaikum...

Hari ni ingat boleh rileks kat pejabat tapi ada sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku. Nak tak hendak kena jugak hadap sorang-sorang. Lepas tu kena marah pun sorang-sorang. Terbaiklah Cik Nor😢😢😢

Pagi tadi pejabat Cik Nor telah dikunjungi oleh pegawai-pegawai LHDN. Tujuan diorang datang untuk audit syarikat K. Yang mana pengarahnya orang yang sama dengan syarikat J yang Cik Nor kerja sekarang. Macam-macam alasan Cik Nor bagi bahawa syarikat K hanya menumpang alamat jer tapi mereka tak percaya. Habis fail-fail pejabat digeledahnya. Cik Nor tak dapat buat apa dah.

Nak menghalang memang tak boleh sebab menghalang pegawai LHDN membuat kerja boleh mengakibatkan Cik Nor didenda RM1K- RM10k atau dipenjara 6 bulan hingga 1 tahun atau kedua-duanya sekali. Masak Cik Nor kalau kena, tak ada siapa yang nak tolong dah.huhu

Semasa pemeriksaan tu diaorang telah mengambil 1 fail berkaitan income tax syarikat J, 1 fail projek lama syarikat K dan satu company profile syarikat J. Setelah diorang berlalu pergi ke alamat sebenar syarikat K, bos Cik Nor telefon dan marah-marah sebab Cik Nor benarkan mereka ambik fail-fail tersebut.

Cik Nor dah la kena hadap pegawai tu sorang-sorang, lepas tu kena marah pulak. Yang bos Cik Nor ni satu hal, kalau ada masalah mesti mengelak punyalah. Yang jadi mangsa Cik Nor lah yang terpaksa hadap sorang-sorang masalah tu. Kalau Cik Nor buat keputusan sendiri memang kena la.huhu

Tapi Cik Nor nekad dah, kalau bos nak pecat Cik Nor pecatlah. Janji Cik Nor tak kena denda atau masuk penjara.huhu. Kalau korang kat tempat Cik Nor apa korang buat? 

12 comments:

  1. erm... payah gak tu cik nor... kalau sy buat bodoh jer la... masalah dia bukan masalah kita, pastu nak marah kita lak... sblum dia nak pecat atau jd apa2 baik back up keje dulu... hehehe... tapi mmg ramai yg kena kes mcm ni skang... ada sub company padahal atas nama yg sama.... LHDN mmg kejar kes ni skang ni...

    ReplyDelete
  2. Amboi boss cengelat aih. Kalau cx jd ciknor pon, akan decide the same thing. Sape pulak suka kena denda. Dahlah riban.

    ReplyDelete
  3. Allahuakhbar.. sabar CikNor.. semoga ada jalan penyelesaian dan dipermudahkan urusan.. kami insyallah kawan2 kirim doa buat CikNor..

    ReplyDelete
  4. Bos-bos jenis gini memang camni perangai diaorang, dia suruh kita hadap sorang2, lepas tu dia marah kita balik sebab buat itu dan ini... ni mesti kes elak cukai ni...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    Susah juga dapat bos cmtu sebenarnya.. Errmmm....

    Jemput baca dan komen entri ini juga ya.. :)

    http://www.erazfadli.com/2017/07/sndlipstick-by-siti-nordiana.html

    ReplyDelete
  6. Sabar byk2 cikno bosses ni mmg nak selamat diri sendiri aje. Patut nya tugas mereka yg kena jawab. Ciknor buat kerja ciknor aje

    ReplyDelete
  7. Tak pe la cik nor...bos nak pecat tu atas bos..rezeki bukan kat tangan bos..kalau masih lagi rezeki cik nor akan kerja lagi kat situ...

    ReplyDelete
  8. LHDN kalau dah masuk untuk tax audit memang dokumen semua dia akan amik. Byk client syarikat ana keje dulu alaminya. Nanti dokumen tu akan di pulangkan semula. Bos cik nor mesti tak faham prosedur tu kan. Bersabarlah ye.

    ReplyDelete
  9. Selalunya macam tu la...tp Cik Nor jgn risau la..boss x kan pecat sesuka hati..ok?relaxs your mind

    ReplyDelete
  10. betul dah tindakan Cik Nor tue.. Cik Nor bukannya buat yang menyalahi undang-undang pun..

    ReplyDelete
  11. Mmg dilema jugak tu Cik Nor, kalau berada ditempat Cik Nor...

    ReplyDelete