Breaking News

Bila Sakit Kepala Atau Badan Ingat Minyak Urut Green Herbology

Assalamualaikum..

Sesekali sakit kepala boleh lah telan ubat dari farmasi, tapi bila seminggu tu sampai dua tiga kali sakit kepala tak boleh nak telan ubat selalu. Kena cari alternatif lain yang dapat melegakan sakit kepala ni.  Sesetengah orang mesti guna minyak angin kan? Tak la guna minyak angin, rasa macam orang tua pulak asyik bau minyak angin.

Apa kata orang bertukar kepada minyak yang berasaskan minyak sayuran dan minyak mineral pulak. Dah tak ada bau orang tua lagi bila guna minyak urut ni. Kalau sakit kepala atau sakit badan Cik Nor biasa guna minyak urut dari Green Herbology. 

Sebelum kita pergi dengan lebih jauh lagi bercerita tentang minyak urut Green Herbology apa kata kita kenal dengan lebih dekat tentang Green Herbology ini. Green Herbology menyediakan rangkaian penjagaan kulit yang dirumus dengan bahan-bahan semula jadi, latihan dan peralatan. Setiap pemilihan produk atau perkhidmatan melalui banyak prosedur kosmetik dijalankan, termasuk cair dan tuangkan asas & acuan sabun, minyak pembawa, minyak pati, ekstrak semula jadi, mentega, serbuk, lilin & lain-lain. Misi mereka adalah untuk menyediakan rangkaian ramuan penjagaan kulit yang diformulasikan dengan 100% semulajadi untuk memberi anda pengalaman dalam mencantikkan dan mendekatkan anda dengan alam semula jadi.

Minyak Urut Sakit Kepala ( Headache Relief Massage Oil)

Campuran minyak Lavender, Jamine dan Melissa Essential dapat membantu meredakan sakit kepala yang teramat sangat, migrain yang beserta dengan sakit pada otot dan leher. Minyak urut terapeutik ini diformulasi untuk memberikan luncuran yang sempurna semasa urutan dan membuatkan kulit terasa licin seperti sutera serta cepat menyerap kedalam kulit.

Minyak Urut Sakit Kepala ini mempunyai 2 siri adunan yang terdiri dari minyak asas yang berbeza iaitu :

1. Minyak Klasik - Berasaskan Minyak Mineral

2. Minyak Premiun- Berasaskan Minyak Sayuran


Kebaikan Minyak Urut Sakit Kepala

1. Menyejukkan, menyahsesak, menenangkan dan membantu mengurangkan sakit kepala, sakit berkaitan tekanan, migrain dan kebimbangan.

2. Ia sesuai untuk mereka yang sensitif dengan wangian kerana ia hanya mengandungi Essential Oil yang tulen.

3. Sesuai untuk semua jenis kulit.

4. Semua minyak urut Green Herbology bebas bahan pengawet kimia dan bahan pewarna.

5. Ia juga boleh digunakan untuk mengurut badan.

Cik Nor telah beberapa kali menggunakan minyak urut sakit kepala ini ketika sakit kepala menyerang. Alhamdulillah..sakit kepala hilang tanpa perlu menelan ubat dari farmasi. Cara yang Cik Nor buat mudah sahaja, cuma sapu minyak Urut Sakit Kepala ni di tempat yang sakit. Urut seketika biar minyak meresap ke dalam kulit. Korang boleh rehat atau tidur seketika supaya ketegangan dibahagian sakit beransur berkurangan. Itu adalah cara Cik Nor, mungkin cara korang berlainan pula.


Minyak Urut Grapefruit ( Grapefruit Massage Oil)

Minyak urut pati limau gedang ini mempunyai ciri kebaikan tersendiri dimana ia memberikan banyak manfaat kepada kesihatan kita. Antaranya mengurangkan tekanan darah dan tahap tekanan termasuk mengurangkan keletihan mental, kemurungan dan sakit kepala yang disebabkan oleh tekanan. Hanya dengan 2-3 titis  minyak ini disapu di bahagian pelipis, pergelangan tangan atau mana-mana termpat yang perlua ia dapat memberi ketenangan pada seluruh badan dan minda kita.

Kebaikan Minyak Urut Grapefruit 

1. Minyak urut limau gedang ini mengandungi enzim anti radang bromelaiirin yang membantu memecahkan selulit. Hanya dengan urutan biasa minyak ini sangat berkesan untuk mengurangkan penampakan selulit dalam masa yang singkat. Sapukan minyak ke kawasan yang dikehendaki dan terdapat banyak selulit, urut dengan perlahan supaya minyak menyerap ke dalam kulit.

2. Minyak urut  ini diformulasi untuk memberi luncuran yang sempurna semasa urutan dilakukan dan tidak terasa kesat dan berminyak bila disapu ke bahagian kulit badan.

3. Ia diadun daripada minyak asas yang berbeza iaitu Minyak Klasik (berasaskan minyak mineral) dan minyak Premium (berasaskan minyak sayuran).

4. Minyak ini juga dapat mengawal saraf autonomi dengan mengawal fungsi badan yang penting seperti degupan jantung, pencernaan serta menyekat selera makan dan berat badan. Dengan penyedutan minyak ia boleh merangsang pecahan tisu lemak dan membawa kepada pengurangan dalam pengambilan makanan. 

5. Penggunaan minyak ini sebagai terapi urutan pada perut dapat membantu mengurangkan lemak pada perut. Hanya perlu titis 2-3 titik minyak ini pada dada dan pergelangan tangan bila nafsu makan datang untuk menurunkan berat badan.

6.  Dapat memberi tenaga, menyegarkan dan membantu dalam mengurangkan tekanan, penurunan berat badan dan anti selulit.

7.  Ia juga dapat menggalakan kelonggaran fizikal dan mental, meningkatkan keanjalan kulit dan meminimumkan penampilan selulit apabila selalu digunakan pada kawasan terjejas.

Pengalaman Cik Nor setelah beberapa kali menyapu minyak ini pada kawasan yang lenguh setiap malam sebelum tidur memang mengasyikkan. Tidur malam lebih lena dan tiada lagi lenguh-lenguh badan bila tidur malam. Bila berat badan bertambah, kaki lah paling lenguh bila berdiri lama tetapi bila kerap menyapu minyak urut grapefruit ini, lenguh-lenguh kian berkurangan.

Korang kalau terasa nak ushar atau ank cuba kedua-dua minyak urut ni. Boleh lah lawati website mereka untuk maklumat lanjut.

Website : https://greenherbology.com/

Email : greenherbology@gmail.com

Tel :010-2899616

2 comments: