Breaking News

Sinopsis Hatimu Sedingin Salju

 

SINOPSIS HATIMU SEDINGIN SALJU

Mengisahkan tentang Arman (Hisham Hamid) sanggup korbankan cintanya terhadap Rania lakonan Aprena Menrose selepas mengetahui rakan baiknya, Haikal (Fadlan Hazim) menaruh harapan kepada wanita itu. Sejak daripada itu, Arman hanya mampu memendamkan perasaannya sehingga pada satu tahap dia sudah berputus asa untuk bercinta lebih-lebih lagi apabila mengetahui Rania dan Haikal sudah bertunang.

Arman kemudian mula menyibukkan dirinya dengan mengurus syarikat yang diwarisi daripada bapanya, Datuk Jamal. Hal ini membuatkan Datuk Jamal (Mustafa Kamal) dan isterinya, Datin Mimi (Maria Farida) bimbang dengan kehidupan peribadi anak lelaki mereka itu yang sudah mencecah usia 33 tahun tapi masih belum fikirkan soal cinta kerana sibuk bekerja.

Pada suatu hari, Datin Mimi, Datuk Jamal dan adik Arman iaitu Nabil (Hafeez Mikail) mulakan ‘plan’ untuk mempertemukan Arman dengan bakal isterinya. Untuk menyempurnakan rancangan tersebut, Nabil telah memujuk Arman menemaninya bercuti ke sebuah resort di Langkawi. Di sana, Arman tidak sangka dia akan bertemu semula dengan Rania iaitu wanita yang pernah dicintainya pada suatu ketika dahulu.

Arman dan Rania mula rapat dan siapa sangka, dalam diam sebenarnya Nabil telah menaruh hati kepada Rania. Sejak itu, hubungan Arman dan Nabil mula dingin. Malah pelbagai dugaan dan rintangan yang datang dalam kehidupan Arman, Nabil dan Rania.

Adakah Arman akan korbankan cintanya sekali lagi ataupun Nabil yang akan beralah? Siapakah yang berjaya memiliki hati Rania? Mampukah mereka hidup dalam satu keluarga yang aman dan harmoni?

PELAKON : Hisyam Hamid, Apreena Manrose, Hafeez Mikail, Bella Dowanna, Mustafa Kamal, Maria Farida, Rahim Jailani, Zila Bakarin, Khaty Azian, Scha Eliana, Zaefrul Nordin, Aleza Shadan, Fadlan Hazim, Idzham Ismail, Mathni Razak, Ziema Din, Liza Semron, Omar Rizal, Saifullah Mohd Yunus, Natasha Elyzza, Alif Hilman, Ezzaman Othman

6 comments:

  1. Tak dan nak follow cerita ni.Best ke?

    ReplyDelete
  2. Minat sangat denagn Aprina ni. cantikkk. kalau berlakon mantop kecuali scene nangis tak pernah nampak real haha

    ReplyDelete
  3. baru start follow cerita ni mggu lps haha. menyesal marathon sbb xsabar nk tggu next. tgk harini pulak haha

    ReplyDelete
  4. Alamak takkk tgklah pulakk
    Aduhh terlepas episod pulak

    ReplyDelete
  5. x follow drama ni tgk iklan je😆😊

    ReplyDelete