Breaking News

Resepi Nasi Minyak

Sumber Gambar Google

Assalamualaikum..

Hari terasa nak kongsi resepi mudah dengan korang sebab dah lama betul tak berkongsi resepi campak-campak dalam blog Cik Nor ni. Tak sangka resepi campak-campak Cik Nor ni menjadi carian tertinggi di google. Korang yang pandai masak mesti tak pandang resepi campak-camapak Cik Nor ni kan? haha.  Oklah jom kita tengok apa bahan-bahan untuk nasi minyak ni.

Resepi Nasi Minyak

Bahan-bahannya : 

1.  4 gelas beras basmathi atau beras biasa ( Cik Nor guna gelas shaker sebagai penyukat, bukan gelas shaker yang besar tau) - cuci dan toskan
2. 1@2 sudu minyak sapi
3. 2 sudu planta
4. 3 kuntum bunga lawang, 1 batang kulit kayu manis dan 3 biji buah pelaga.
5. 5 biji bawang merah (dimayang halus)
6. 2 inci halia ( di blend ambil jusnya)
7. 1 sudu besar sanquick
8. sedikit garam
9. sedikit pewarna kuning telur
10. suku tin susu cair

Cara-caranya : 

1. Panaskan minyak sapi dan planta, kemudian masukan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.
2. Bila naik bau masukkan bawang merah  dan tumis sehingga keperangan. Masukkan air mengikut sukatan beras ( 1 gelas air bersamaan 1 1/4gelas air). Jangan lupa masukkan garam
3. Biarkan sehingga air mendidih dan masukkan beras yang telah ditos tadi.
4. Biarkan seketika dan masukkan jus halia dan sanquick.
5. Masa tengah mendidih Cik Nor tukar dari dapur gas ke periuk elektrik. Bila nasi hampir kering, masukkan susu cair dan kacau rata.
6. Bila nasi hampir masak, masukkan perwarna dan tutup periuk sehingga masak. Bila nasi sudah masak baru lah nasi di kacau atau digembur supaya nampak menarik sebelum dihidangkan.

Nasi minyak ni kalau di hidang dengan ayam masak merah dan acar timun memang sedap sangat. Untuk resepi ayam masak merah nak Cik Nor kongsi dalam entry akan datang ya.

7 comments:

  1. rindu nak merasa nasik minyak arwah mak mertua.. huhuu..
    sedap nasi minyak!

    ReplyDelete
  2. Sedapnya nasi minyak. Nanti boleh cuba cara Cik Nor masak ni. Rindu nasi minyak kenduri kahwin. huhu

    ReplyDelete
  3. ada lg x cik nor? nakkkk😊

    ReplyDelete
  4. baru semalam buat, campak-campak jugak..

    ReplyDelete
  5. Sedapnya nasi minyak lama x makan nanti buat la

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak maka nasi minyakjemputan orang kahwin

    ReplyDelete