5 KAFE ESTETIK DAN BERGAYA DI NEGERI SELANGOR
Bukan Sahaja Menyajikan Hidangan yang Enak; Hiasan Dalaman 5 Kafe Ini Juga Mempunyai Daya Penarik yang Tersendiri
Kafe merupakan lokasi yang gemar dikunjungi untuk menikmati hidangan serta bersantai bersama kawan-kawan mahupun ahli keluarga. Selain menawarkan hidangan yang lazat dan khidmat yang baik, hiasan dalaman juga memainkan peranan yang penting untuk menarik perhatian pelanggan. Kafe yang menawarkan suasana yang selesa dan pengalaman yang menarik akan memberi kepuasan kepada para pelanggan, di samping mempunyai potensi yang tinggi untuk mendapat sambutan di laman media sosial. Dalam artikel ini, Tourism Selangor telah menyenaraikan 5 kafe yang estetik dan bergaya di Negeri Selangor untuk anda kunjungi selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kelak! - #ImagineNowExperienceSoon.
1) Bukku Cafe, Klang
Sebuah kafe yang terletak di Bandar Bukit Raja, Klang, Bukkumerupakan perkataan dalam bahasa Jepun yang bermaksud buku. Suasana kafe ini sangat menenangkan dengan hiasan dalaman yang minimalis. Kafe Bukku ini amat sesuai kepada mereka yang gemar membaca buku sambil menikmati secawan kopi. Selain itu, antara hidangan yang harus anda cuba adalah “Salted Egg Yolk Croissant” ataupun “Lemongrass Chicken Rice”. Jom ajak kenalan anda bersantai di sini!
2) La Fleur X Uniqorn, Sunway Geo Avenue
Sekiranya anda seseorang yang suka pada warna merah jambu, pasti anda tidak mahu lepaskan peluang untuk pergi ke kafe ini! Kafe ini bernama La Fleur x Uniqorn yang terletak di Sunway Geo Avenue, dan ianyamenawarkan kepada anda kafe yang berkonsepkan “unicorn” dan berlatarkan warna merah jambu. Hiasan dalaman yang menarik juga membuatkan ramai orang menjadikannya sebagai tempat untuk mengambil gambar“OOTD”. Menariknya lagi, anda berpeluang untuk membuat “coffee art” pada kopi anda sendiri di sini!
3)
2D
Bubble Tea Cafe, Subang Jaya
Kafe lukisan 2D yang sangat unik ini akan membuat anda terpegun! 2D Bubble Tea Cafe ini terletak di SS15, Subang Jaya. Kafe ini menawarkan lukisan yang mengetengahkan konsep Mesir Purba, dan ianya sesuai dikunjungi untuk semua peringkat umur. Menu utama yang menjadi kegilaan orang ramai adalah air “bubble tea” yang mempunyai pelbagai perisa - pastikan ada cuba salah satu daripada perisa yang ditawarkan! Apa yang penting jika anda ke sini adalah untuk tidak lupa mengambil gambar kerana hiasan kafe ini sangat cantik dan unik!
4) Little Salty Cafe, Hulu Langat
Inginkan suasana yang tenang dan mempunyai pemandangan yang indah sambil menikmati hidangan anda? Little Salty Cafe, terletak di Bukit Ampang adalah tempat yang sesuai untuk anda! Nikmati secawan kopi sambil menikmati keindahan pemandangan bersama rakan-rakan mahupun pasangan anda. Selain dapat melihat keindahan ibu kota yang amat mempesonakan, Little Salty Cafe juga menyajikan seleksi menu yang sangat menyelerakan! Menu yang harus anda pesan adalah menu popular mereka iaitu “Dark Heaven Waffle”. Jadi, jangan lupa untuk rasai pengalaman ini!
5) The Teddy Cafe, Petaling Jaya
Kafe yang terletak di Petaling Jaya, The Teddy Cafe merupakan sebuah tempat untuk bersantai yang membawakan tema beruang yang comel! Anda masuk sahaja kafe ini, anda akan lihat pelbagai jenis beruang di setiap sudut kedai. Menariknya lagi, hiasan beruang tersebut turut dihias pada makanan dan minuman -- ianya sangat comel dan menonjol! Anda pasti akan berpuas hati dengan pengalaman di The Teddy Cafe ini.
Tidak dapat dinafikan lagi, Negeri Selangor mempunyai pelbagai
kafe yang boleh anda singgah bersantai dan menikmati makan minum yang enak. Sambil
menyelam minum air;kafe ini juga sesuai dijadikan sebagai tempat untuk
mengambil gambar untuk dikongsikan di laman media sosial anda. Singgah sahaja
tempat-tempat yang telah disenaraikan di atas jika berpeluang satu hari nanti
dan pastinya apabila tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kelak! -
#ImagineNowExperienceSoon!
Di samping itu, adalah diingatkan, ianya adalah tanggungjawab kita semua untuk sentiasa berdisiplin dalam mematuhuiprosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negaradalam memastikan penjarakan sosial, memakai topeng muka setiap masa, menggunakan pembasmi kumansecara kerapdan mendaftar melalui aplikasi mudah alih "SElangkah: Langkah Masuk Dengan Selamat”ketika memasuki premis-premis di Negeri Selangor.
Untuk informasi lanjut ,layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Baca juga : Tourism Selangor Teruskan Promosi Pelancongan Domestik
Menariknya. Seronok makan kat cafe macam ni. Selesa dan boleh jadi hotspot ambil gambar.
ReplyDeleteaaa menariknya. bilalah boleh cafe hunting nii
ReplyDeletesaya teringin nak pegi 2D bubble cafe tu, mesti lawa amik gambar
Menariknya cafe nyaa
ReplyDeletealaaa knape semua jauh2... tggu habis pkp laa nmpk nya
ReplyDelete